Selepas 13 tahun, Mark Zukerberg akhirnya dapat ijazah
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas Facebook, Mark Zukerberg akhirnya berjaya memperoleh ijazah dari Universiti Havard selepas 13 tahun meninggalkan pengajiannya ketika mengasaskan laman sosial Facebook.
Mark kembali ke universiti di mana dia melancarkan rangkaian sosial terbesar di dunia itu untuk menerima ijazah doktor kehormat undang-undang pada majlis konvokesyen 2017.
Dalam ucapannya, jutawan berusia 33 tahun itu turut berkongsi pengalamannya melawat kembali ke bilik asrama yang pernah didiaminya di univerisiti berkenaan.
"Ibu, saya sentiasa memberitahu kamu saya akan kembali dan mendapatkan ijazah saya," tulis Mark di laman Facebooknya.
Facebook kini adalah sebuah syarikat teknologi terbesar dengan hampir dua billion ahli di seluruh dunia, berkembang daripada sebuah laman web yang dicipta Mark di kampus.
Menurut profil Facebooknya, Mark meninggalkan Havard pada tahun 2004.
Dalam ucapannya, Mark berkata, dia telah bekerja dalam jangka masa panjang dan mengesa graduan membina perkara-perkara besar.
Mark berkata, kesaksamaan, keterangkuman dan peluang perlu dititikberatkan dan menggesa pelajar supaya jangan takut mengambil risiko.
"Saya ingin memberitahu anda, mencari tujuan adalah tidak cukup.
"Cabaran kita adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana semua orang mempunyai tujuan," katanya dipetik AFP
No comments
Post a Comment