News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli untuk berangkat ke Masjid Putra

April 28, 2017











Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli untuk berangkat ke Masjid Putra, Putrajaya bagi menunaikan solat Jumaat berjemaah & Khutbah Khas sempena Istiadat Pertabalan baginda pada 28 April 2017 bersamaan 1 Sya'aban 1438H. Khutbah disampaikan YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di JPM manakala solat Jumaat dipimpin Y.Bhg. Tan Sri Dato Seri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad. Ribuan jemaah yang hadir, ternyata teruja dapat mengenali baginda dengan lebih dekat serta bersalaman sebaik solat selesai.

MENJAWAB TOHMAHAN WAN SAIFUL WAN JAN TERHADAP PAS



MENJAWAB TOHMAHAN WAN SAIFUL WAN JAN TERHADAP PAS

Tulisan Ketua Eksekutif, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, bertajuk “PAS Has Always Been Conservative” (“PAS Adalah Selamanya Konservatif”) di dalam The Star pada 25 April 2017 adalah dipenuhi dengan tohmahan.

Sesuai dengan nama kolum beliau di dalam akhbar tersebut, iaitu “Thinking Liberally” (“Berfikir Secara Liberal), jelas bahawa matlamat tulisan beliau adalah untuk memaparkan PAS sebagai sebuah parti yang ditubuhkan bagi memperkukuhkan kedudukan UMNO.

Fakta ini terlihat melalui kenyataan beliau bahawa Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-3 yang melahirkan PAS di Seberang Perai, Pulau Pinang, pada 24 November 1951 adalah berasal daripada strategi politik UMNO (“has its origin in UMNO’s political strategy”).

Kata Wan Saiful, UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar merasa bimbang dengan kehilangan sokongan daripada golongan Melayu Islam yang konservatif menyebabkan UMNO cuba memposisikan semula dirinya bagi memastikan sokongan mereka kekal.

Ini, kata Wan Saiful lagi, UMNO lakukan dengan matlamat untuk mengumpulkan golongan ulamak Islam yang konservatif (di dalam satu wadah) bagi membincangkan langkah-langkah yang mereka perlu ambil menuju ke arah kemerdekaan, di bawah lambang UMNO.

Hakikat bahawa Presiden pertama PAS, Haji Ahmad Fuad, adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO, digunakan bagi mengaitkan PAS dengan strategi politik UMNO, begitu juga ucapan sulung Haji Ahmad Fuad yang didakwa menyeru umat Melayu bersatu.

Dakwa Wan Saiful, ucapan bertajuk “Kita Laksana Sampah, Kerana Tidak Bersatu” ini menyeru semua Melayu bersatu di bawah satu lambang, di mana golongan lebih konservatif berada di dalam PAS, tetapi akhirnya semuanya masih di bawah payung besar UMNO.

Kata Wan Saiful lagi, konservatisme Melayu kemudiannya menjadi makin kuat. Bila Haji Ahmad Fuad cuba mengubah PAS menjadi kurang perkauman dengan membawa PAS mendekati IMP, parti bukan perkauman milik Datuk Onn Jaafar, beliau ditolak oleh PAS.

Simpul Wan Saiful, perpaduan Melayu adalah asas penubuhan PAS dan inilah yang berlaku di dalam PAS yang kini kembali kepada bentuk asalnya sebagai sebuah parti konservatif Melayu yang memperjuangkan perpaduan Melayu seperti kehendak Datuk Onn Jaafar.

Kebanyakan dakwaan Wan Saiful di dalam tulisan ini sebenarnya adalah dakwaan palsu yang tidak disertakan sebarang bukti konkrit, apatah lagi rujukan kepada dokumen-dokumen rasmi era awal penubuhan PAS, sekali gus adalah berupa satu pemesongan fakta sejarah.

Tulisan sebegini jelas mahu memalitkan PAS dengan imej sebagai kuda tunggangan UMNO dan melegitimasikan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, bahawa undian untuk PAS adalah menyamai undian untuk UMNO.

Benar Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Pertama di Muar, Johor, pada 21 dan 22 Februari 1950 berpunca daripada keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 16 Januari 1950 melangsungkannya, ekoran desakan pelbagai pihak mengenai isu-isu agama.

Benar Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Pertama ini turut dihadiri oleh wakil UMNO Bahagian, dirasmikan pembukaannya oleh Pengerusi Tetap UMNO, Syed Abdul Kadir Mohammed, dan dirasmikan penutupannya oleh Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar.

Benar Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-2 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23 Ogos 1951 berpunca daripada keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun 1951 melangsungkannya, ekoran desakan Bahagian Agama UMNO.

Benar Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-2 ini turut dihadiri oleh wakil UMNO Bahagian, dan dirasmikan pembukaannya oleh Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, tetapi Datuk Onn Jaafar sudah tidak lagi bergelar Presiden UMNO mulai dari 26 Ogos 1951.

Tercatat dalam lipatan sejarah UMNO bahawa Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO bila cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada golongan bukan Melayu ditolak dan bahawa Tengku Abdul Rahman Putra dipilih menggantikan beliau.

Tercatat dalam lipatan sejarah UMNO bahawa Presiden pertama PAS, Haji Ahmad Fuad, adalah pencabar Tengku Abdul Rahman Putra dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dan bahawa Haji Ahmad Fuad mengumumkan keluar dari UMNO pada 2 Disember 1951.

Benar usul menubuhkan “Persatuan Ulama' Se-Malaya” yang diluluskan oleh Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-2, dan yang membawa kepada kelahiran PAS, dikemukakan oleh Ahmad Fuad Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO.

Bagaimanapun, Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-2 ini juga memutuskan bahawa persatuan ini tidak akan terikat dengan UMNO, perjumpaan penubuhannya tidak akan dianjurkan oleh UMNO dan perbelanjaan baginya akan ditanggung oleh pesertanya.

Disebabkan ketidakterikatan “Persatuan Ulama' Se-Malaya” dengan UMNO-lah maka kehadiran wakil UMNO Bahagian di dalam Perjumpaan Alim Ulama' Se-Malaya Kali Ke-3 di Seberang Perai, Pulau Pinang, pada 24 November 1951 tidak seramai sebelumnya.

Dakwaan Wan Saiful bahawa penubuhan PAS adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO ternyata jauh tersasar kerana di dalam perjumpaan penubuhan PAS ini sendiri terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa PAS bukanlah alat UMNO.

Pertamanya, nama “Persatuan Ulama' Se-Malaya” itu sendiri diubah oleh para perwakilan menjadi “Persatuan Islam Se-Malaya” sekali gus membuka penyertaan PAS kepada massa berbanding hasrat awal penganjur untuk membukanya hanya kepada ulama' sahaja.

Keduanya, unsur politik juga dimasukkan pada tujuan utama PAS menjadi “mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk suatu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan agama Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi”.

Sepanjang kajian saya, tidak wujud ucapan Haji Ahmad Fuad selaku Presiden PAS yang menyeru semua Melayu bersatu di bawah satu lambang, di mana golongan lebih konservatif berada di dalam PAS, tetapi akhirnya semuanya masih di bawah payung besar UMNO.

Tidak munasabah untuk Haji Ahmad Fuad membuat seruan begitu dalam keadaan mentor beliau, Datuk Onn Jaafar, sudah tidak lagi bergelar Presiden UMNO dan beliau sendiri dikalahkan oleh Tengku Abdul Rahman Putra dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO.

Dakwaan Wan Saiful bahawa perpaduan Melayu, yang dikaitkan dengan UMNO, adalah asas penubuhan PAS juga tersasar kerana jelas bahawa Perlembagaan pertama PAS yang diluluskan oleh para perwakilan menyebut mengenai “perikatan persaudaraan Islam”.

Wan Saiful juga terang-terang berbohong bila menyebut bahawa sebab Haji Ahmad Fuad ditolak oleh PAS adalah kerana cubaan beliau mengubah PAS menjadi kurang perkauman dengan membawa PAS mendekati IMP, parti bukan perkauman milik Datuk Onn Jaafar.

Muktamar Khas PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 26 September 1953 menolak cadangan supaya PAS meneruskan penyertaan di dalam Persidangan Kebangsaan (National Conference) yang diasosiasi dengan Datuk Onn Jaafar bukan kerana isu perkauman.

Sebab utama cadangan ini ditolak, dan cadangan menyertai Perhimpunan Kebangsaan (National Convention) anjuran UMNO-MCA diterima, adalah kerana penyertaan di dalam Perhimpunan Kebangsaan akan membolehkan kemerdekaan dicapai dengan lebih cepat.

Ini kerana Perhimpunan Kebangsaan mencadangkan supaya pilihan raya sebagai persiapan kemerdekaan dilangsungkan dengan lebih cepat, pada tahun 1954, dua tahun lebih awal berbanding tarikh yang dipersetujui oleh Persidangan Kebangsaan, iaitu tahun 1956.

Begitupun, penyertaan PAS di dalam Perhimpunan Kebangsaan turut berakhir pada 11 Oktober 1953 apabila bantahan dua wakilnya ke atas cadangan untuk memperluaskan hak mengundi mengikut dasar jus soli telah ditolak oleh mesyuarat perhimpunan itu.

Apa yang jelas daripada komentar ringkas saya ini adalah bahawa, berdasarkan penelitian ke atas dokumen-dokumen rasmi era awal penubuhan PAS, tiada catatan rekod yang menunjukkan PAS pernah menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak.

Apatah lagi bila Perlembagaan PAS dipinda oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-3 di Parit Buntar, Perak, pada 12-14 Ogos 1954 bagi memperuntukkan bahawa hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulama'.

Begitu juga dengan pengisian fasal “Tujuan PAS” dengan butiran “menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan menegakkan kemerdekaan negara dan umat Islam” dan “memperjuangkan cita-cita Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia

Pengumuman Rasmi Jawatankuasa DMPM sesi 2017/2019

April 27, 2017



Oleh: Zakiah A. Hannan

ALOR SETAR, 27 April- Kemuncak agenda pemilihan berakhir sebentar tadi dengan perisytiharan keputusan oleh Dato’ Haji Wan Muthalib Embong selaku Pengerusi Lembaga Pemilihan PAS.

Terdahulu, para perwakilan telah membuang undi bagi memilih 12 orang ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2017 – 2019.

Proses pengundian dilakukan bergilir-gilir mengikut negeri manakala seramai 16 orang calon telah bertanding.

Menurut Dato’ Haji Wan Muthalib Embong, sebanyak 654 kertas undi telah disediakan serta dikembalikan dengan 3 daripadanya adalah undi rosak.

Berikut adalah 12 orang calon yang dipilih menjadi ahli Jawatankuasa DMPM sesi 2017 – 2019:
Dr Najiahatussalehah Ahmad (601)
Puan Kartini Ahmad (577)
Dr Wahibah Tahir (563)
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (562)
YB Dr Halimah Ali (557)
Dr Che Faridah Ismail (549)
YB Dato’ Siti Aishah Ghazali (540)
Dr Uyun Abdul Malek (516)
Dr Azimah Ibrahim (499)
Puan Normala Sudirman (465)
Puan Husna Hashim (450)
Puan Noraini Hussin (430)

Sebelum ini, tiga jawatan utama DMPM menang tanpa bertanding mengekalkan Ustazah Nuridah Saleh selaku penyandang di kerusi Ketua DMPM.

Dr Rosni Adam dan Ustazah Salamiah Mohd Noor pula masing-masing memenangi jawatan Timbalan Ketua serta Naib Ketua tanpa bertanding.

Selain itu, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan serta dua jawatan Pemeriksa Kira-kira juga menang tanpa bertanding.

Musuh PAS Dan Kawan PAS




 Musuh PAS Dan Kawan PAS

Oleh; Ustaz Nik Nasri

TANDOP- Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi menjelaskan bahawa Nabi buat persefahaman dengan kumpulan tertentu di Mekah. Di Madinah, Nabi ambil pendekatan lain. Ia bukan menafikan pendekatan yang telah dibuat di Mekah. Nabi SAW ambil pendekatan khusus selepas pembukaan Mekah.

Semua tahaluf siasi dibincang oleh Majlis Syura Ulama dengan sangat teliti.

Beliau menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama putuskan bahawa PAS tidak buat apa-apa persefahaman dengan Umno. Namun, dalam bentuk perbincangan sebagai kerajaan, maka ia berlaku. Perkara ini perlu dibezakan dengan baik.

Mengenai bukan Islam, kita tidak memaksa mereka masuk Islam tetapi paling kurang mereka tidak bermusuh dengan Islam.

Intipati Ucapan Perasmian Muktamar DPPM Kali ke-58



Intipati Ucapan Perasmian Muktamar DPPM Kali ke-58

Oleh: YBrs. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Timb. Presiden PAS)

27 April 2017, Kompleks PAS Kedah.

1. Tahniah kepada DPPM atas Muktamar kali ke-58, saat parti-parti lain menangguhkan pemilihan. Benarlah kata pepatah, "saat ribut melanda, laut akan menjadi setenang-tenangnya".

2. Inilah pemuda yang PAS tawarkan. Pemuda yang bertaqwa kepada Allah, bersedia untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik. Inilah pemuda yang baik, ditengah kerosakan anak-anak muda yang lain.

3. Inilah anak muda yang soleh, yang akan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain.

4. Hari ini 27 April, satu tarikh penting dalam sejarah Islam. Pada hari ini, suatu masa dahulu, Sultan Muhammad Al Fateh, pada usia 21 tahun, telah membuat satu keputusan yang pelik, untuk menawan kota konstantinopel. Baginda mengarahkan para tentera untuk memikul kapal-kapal yang besar, untuk menaiki bukit bagi melakukan serangan.

5. Inilah pemuda dan tentera yang baik, pemuda yang mengatakan kami dengar dan kami taat. Inilah kunci kepada kejayaan menawan kota konstantinopel.

6. Ketikamana tumbangnya khilafah Islamiah, pada tahun 1924h, bukan sahaja runtuhnya sistem pemerintahan Islam, bahkan juga runtuhnya sistem kehidupan manusia, yang menjauhkan manusia dari Allah SWT.

7. Kebangkitan gerakan-gerakan Islam sedunia adalah untuk mengembalikan rahmat Islam ke seluruh dunia. Pentingnya bagi gerakan Islam untuk meyakinkan ummat dengan cara hidup Islam yang sebenar.

8. Pesan Nabi SAW, sesungguhnya Islam ini mudah. Jangan ada yang syadid dengan Islam, nanti kamu akan ditolak. Permudahkan apa yang mudah, dan sampaikanlah berita gembira.

9. Kata Imam Syafie, "Tugas kita bukan membunuh orang yang sakit, tetapi tugas kita adalah untuk mengubat orang yang sakit".

10. Inilah yang telah ditegaskan oleh TGHH, kita mesti tegas dengan dasar kita, namun kita boleh berbincang berkaitan strategi dan langkah. Kita perlukan komitmen semua terutama dalam menghadapi PRU 14 yang akan hadir kelak.

11. Sistem politik mesti diurus tadbir dengan pendekatan Islam, dengan kaedah Islam. Hari ini politik negara dipimpin oleh mereka yang meninggalkan dan mengenepikan dasar Islam.

12. Negara berdepan dengan kemelut yang berat dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia. Isu 1MDB, nilai matawang yang rendah, kadar inflasi negara yang tinggi, sangat memberi kesan kepada generasi muda.

13. PAS menawarkan satu penyelesaian melalui gagasan BPMS dan juga dokumen hijau bagi memberikan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kita telah mengadakan perbincangan dengan menteri di JPM bagi memberi cadangan berkaitan penambahbaikan dalam pilihanraya.

14. Kita bersama dengan rakan dalam Gagasan Sejahtera, bagi membentuk dan melahirkan negara yang lebih baik. Kita menawarkan pilihan ketiga, di saat kelompok kanan dan kiri berhadapan dengan pelbagai krisis dan kemelut.

15. Kita mengambil ikhtibar daripada ujian-ujian besar yang melanda sahabat-sahabat kita di negara-negara lain. Kita mengambil ikhtibar dari peristiwa arab spring, yg kita gambarkan sebagai musim bunga yang tidak menghasilkan buah.

16. Pemuda mesti tampil menjadi pembela parti. Kita mesti menguatkan ukhwah sesama kita. Abaikan jarum-jarum musuh yang sentiasa melakukan provokasi bagi memecahbelahkan kita.

17. Umno/BN sangat bercita-cita untuk merampas Kelantan. Juga muncul PAN, yang juga ingin mentadbir Kelantan. Pemuda masti bangkit bagi memastikan Kelantan senantiasa hijau. Kita mesti ingat dan menginsafi usaha dan pengorbanan mereka yg terdahulu.

18. InsyaAllah, kita juga akan mentadbir di Kedah, Terengganu dan Selangor. Pemuda mesti mengambil sasaran TG Presiden untuk menguasai sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen, sebagai satu cabaran dalam menggerakkan gerak kerja yang lebih mantap.

19. Hari ini ramai pihak memfitnah kita dengan pelbagai tuduhan. Namun, kita tidak akan biarkan nama baik kita, maruah kita diperkotak katikkan oleh musuh-musuh kita.

20. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah, jaga solat kita, jaga amalan-amalan zikir maathurat. Semoga kemenangan menjadi milik kita.

Catatan Oleh:
Mohd Afif Rabbani b. Abdullah,
TKP DPP Pengkalan Chepa

#maramenujucita
#pemudapas

Gimik Perasmian Muktamar DMPM Penuh Bergaya




ALOR SETAR, 27 April- Ketibaan sebuah kenderaan mewah berwarna hitam menyusuli ucapan perasmian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang berbesar hati merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-57 hari ini.Gimik tersebut diteruskan pula dengan kehadiran seorang petugas muslimat berkaca mata hitam yang membawa sebuah beg korporat ‘briefcase’ dengan warna sama serta terus menuju ke pentas dewan.

Langkah petugas bergaya agen khas itu turut diiringi Briged Muslimat seterusnya membuka ‘briefcase’ tersebut sambil mengeluarkan sebuah tablet bersaiz besar.

Gimik perasmian yang cukup bergaya serta mendebarkan itu disempurnakan dengan perletakan tapak tangan Mursyidul Am PAS di atas skrin tablet tersebut seterusnya diikuti montaj bertulis ‘AKIFI.

Gimik perasmian diakhiri dengan tayangan montaj khas yang menggambarkan peranan muslimat bukan sahaja dalam rumahtangga, malah kepada masyarakat dan negara.

Menurut Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptamanya yang disampaikan sebelum ucapan perasmian, ‘AKIFI adalah kependekan kepada ciri alim, haraki dan sufi yang perlu dihayati oleh muslimat PAS seluruhnya.

“Muslimat ‘Akifi ialah muslimat alim, haraki dan sufi yang terus menjalankan tugasnya di dalam dan luar rumahtangganya dengan penuh seimbang serta menjaga semua hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam.”

Kemenangan Di Atas Kepala, Sibukkan Diri Dengan Kerja Islam




Oleh: Ustaz Nik Nasri Nik Malek

Tandop, Alor Setar, 27 Apr 17-YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yaakob mengingatkan kepada perwakilan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bahawa kemenangan Islam itu sudah berada di atas kepala, hanya tunggu kun fayakun (Jadi, maka jadilah). Jangan sibukkan dengan soalan bilakah kemenangan, tetapi sibukkan diri kita dengan tugasan dan posisi masing-masing, sambil menjerit kepada masyarakat yang hak dan yang batil, sebagaimana yang diucap oleh Syed Qutb.

Justeru, perwakilan diseru supaya mempersiapkan diri secara lahir dan dalaman, serta munajat kepada Allah agar Allah menurunkan rahmat dan pertolonganNya.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur pada 12.37 tengah malam



Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur pada 12.37 tengah malam

Sejarah dicipta apabila buat kali pertama seorang atlet para dinobatkan sebagai Olahragawan Negara!

April 26, 2017



Sejarah dicipta apabila buat kali pertama seorang atlet para dinobatkan sebagai Olahragawan Negara! Tahniah @latifromly!

Hormat Tuanku Kepada Mereka Yang Lebih Tua



Gambar ini mengajar kita supaya hormat orang yang lebih tua walaupun setinggi mana pangkat kita di atas dunia.

Berniaga Dari Sekolah, Kini Miliki BMW i8 & Mustang

April 25, 2017



Oleh RTKY Staff pada 25 April 2017, 12:04PM

Berhempas pulas sejak dari usia 16 tahun lagi, perjalanan jutawan muda ini dalam bidang perniagaan penuh dengan liku dan halangan. Malah tidak pernah kenal erti putus asa, dirinya mengakui belajar banyak perkara melalui pengalaman yang ditempuhi.

Kejayaan demi kejayaan ditempa dan baru baru ini, Safiey Ilias yang juga merupakan pengasas produk Perlaking telah memiliki kereta idaman BMW i8. Malah sebelum ini, Safiey yang sememangnya meminati kelajuan telah pun memiliki Mustang ikonik berwarna kuning. Dahsyat!

Bagaimanapun, apa yang dilaluinya kini adalah satu keputusan yang telah pun dibuat sejak beberapa tahun lamanya. Kami kongsikan serba sedikit tentang Safiey yang tidak pernah lokek berkongsi kisah kehidupannya di laman sosial.

Ibu Bapa Adalah Peneroka

Bermula dari bawah dengan usaha sendiri, bukan mudah jalan yang ditempuhi oleh Safiey Ilias. Tekad yang tinggi untuk membantu ibu dan bapanya yang juga peneroka di Felda Lakum mendapatkan kehidupan yang lebih baik, usaha jutawan muda ini sejak dari bangku sekolah adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Perkongsian jutawan muda ini di Facebook juga dalam masa yang sama turut menyentuh perasaan warga laman sosial yang lain. Ternyata ibu bapa yang juga permata hati merupakan kunci utama kejayaan.

Kecaman Jadi Pembangkit Semangat

Bukan mudah untuk berhadapan dengan kecaman namun sebagai manusia yang tidak mudah mengalah dan kembali cepat bangkit, Safiey membuktikan perkara tersebut tidak mampu menjatuhkannya. Malah melalui peristiwa tersebut jugalah dia menemui kawan sejati.

Belajar Sendiri, Tidak Pernah Sertai Seminar Bisnes

“Saya tak join MLM dan saya berniaga secara solo, main redah, main langgar demi kumpul pengalaman. Sebab itulah semangat bisnes saya kental! Sehingga ke hari ini memang saya belum pernah berguru dengan mana-mana mentor atau menyertai mana mana seminar bisnes,” jelasnya.

Ini Rahsia Kejayaan Safiey Ilias!

Selain turut berkongsikan kisah kehidupan seharian di Instagramnya, @safieyilias94, jutawan muda ini juga dalam masa yang sama tidak kedekut untuk berkongsi rahsia kejayaannya selama ini. Bagi Safiey, inilah perkara yang banyak membantunya berjaya, bermula sejak dari bawah lagi:

+ Tahan nafsu diri yang boros
+ Kena pandai menyimpan
+ Kena banyak bantu mak dan ayah, baru rezeki murah
+ Kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ Fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ Sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ Sentiasa kena sebut apa yang kita inginkan
+ Jangan mudah berputus asa (kalau berputus asa, cepat cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak berbisnes balik)
+ Jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ Maafkan kesalahan semua orang

Safiey sendiri sudah membuktikan apa yang diusahakannya selama bertahun lamanya sudah membuahkan hasil. Mungkin nampak mudah dari luaran, namun hanya empunya diri menyimpan pengalaman.

Apa yang pasti, hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita sendiri.

Tukang Make Up YDP Agong




Hebat abang ni. Memang terbaik lah.

Sporting betul agong kita.

Rangka manusia ditemukan di Guar Kepah mungkin milik wanita zaman Neolitik.

April 24, 2017




Rangka manusia ditemukan di Guar Kepah mungkin milik wanita zaman Neolitik.

Watikah ikrar Yang di-Pertuan Agong XV ditulis dalam tulisan seni khat Thuluth dan Nasakh di atas kulit kambing




Watikah ikrar Yang di-Pertuan Agong XV ditulis dalam tulisan seni khat Thuluth dan Nasakh di atas kulit kambing.

Anies Baswedan umumkan kemenangan

April 19, 2017




Anies Baswedan umumkan kemenangan: Kita akan membereskan masalah-masalah yang menimpa Jakarta.

Maaf Dato' Kami Mahu Bertanya, Agama Islam Yang Bagaimana Dato' Mahukan?

April 18, 2017



Maaf Dato' Kami Mahu Bertanya, Agama Islam Yang Bagaimana Dato' Mahukan?

Oleh : Nazman Che Iberahim

1. Dato' sebut kononnya negeri ini terbiar dan terlalu lama hambar? Tidakkah Dato' celik mata akan bagaimana pembangunan demi pembangunan berlaku di Kelantan sejak 1990 hingga ke tahun 2017 ini? Kelantan yang Almarhum Tok Guru warisi daripada UMNO memang mundur pada tahun 1990. Dan sejak itulah, negeri ini dibangunkan oleh Tok Guru, yang mana gedung besar dan bangunan tinggi dimajukan selari dengan akhlak dan sahsiah anak muda. Nah sekarang lihat sahaja pembangunan di Lembah Sireh, Bandar Satelit Pasir Tumboh dan Tunjong, yang tidak memungkin lagi UMNO mahupun DAP seperti Dato' mengatakan yang negeri kami ini mundur dan tiada pembangunan.

2. Dato' sebut bahawa anak muda mahu ekonomi yang mampu menyediakan pekerjaan kepada mereka? Sedarkah Datuk dengan pesatnya pembangunan di Kota Bharu saat ini, pelbagai peluang kerja tersedia untuk anak anak muda? Di Aeon Mall sahaja, sejak setahun lalu lebih 2000 peluang kerja terwujud. Bahkan tidak lama lagi apabila Platinum Mall dan Lu' lu' Hypermarket siap, unjuran yang dibuat adalah lebih 10,000 peluang pekerjaan akan disediakan untuk anak muda Kelantan. Itu sekadar beberapa contoh yang boleh kita lihat di Lembah Sireh sahaja.

3. Dato' juga sebut "mereka (kerajaan negeri) sibuk dengan hukum hakam dan menjual balak dan tidak terdaya memikirkan bagaimana untuk menambah dana negeri". Dato', agama apakah Dato' sebenarnya? Apakah menjadi kesalahan bagi pemimpin suatu negeri sibuk menguruskan rakyatnya dan negeri yang disayanginya dengan landasan agama? Berteras dan berpandukan hukum hakam Allah. Apa masalahnya Dato'? Dan menjual balak ini, adakah ia menjadi satu kesalahan dari segi undang undang? Kelantan sahajakah yang mengusaha-hasilkan balak untuk sumber ekonomi negeri? Semuanya yang berkaitan hutan simpan pengeluaran, yang boleh diusaha hasilkan adalah mengikut prosedur dan tatacara oleh Majlis Perhutanan Negara dan dikawal ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

4. Dato' menyebut lagi, "mereka (kerajaan negeri) tidak peduli gejala sosial seperti dadah dan perceraian tidak terkawal". Sedarkah Dato' bahawa isu ini adalah tugas asasi agensi kerajaan pusat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta pihak PDRM bahagian Narkotik? Akan tetapi kerajaan negeri tetap memberikan kerjasama yang erat kepada semua agensi ini dalam menguruskan isu dadah. Berkaitan kes cerai pula, tahukah Dato' bahawa Selangor mencatat kes paling tinggi sebanyak 30,901; Sabah (22,331 kes) dan Johor sebanyak 16,718 kes dari 2014 hingga 10 Julai tahun lalu? Nah, kenapa Kelantan pula dihodohkan dengan kes perceraian sebegini?

5. "Anak muda Kelantan mesti menyelamatkan keadaan ekonomi yang lumpuh di negeri ini". Apa yang Dato' maksudkan dengan lumpuh? Tahukah Dato' bahawa Kelantan telah berjaya mengurangkan defisit belanjawan negeri daripada 85 juta pada 2015 kepada hanya 33 juta sahaja pada tahun 2016? Sedangkan kerajaan DAP Dato' yang memerintah Pulau Pinang mengumumkan defisit daripada 292 juta pada 2016 kepada 667 juta bagi tahun 2017!

6. Dato' juga menyuruh anak muda menonton TV, Youtube, radio untuk belajar agama, fardhu ain, fardhu kifayah dan tidak perlu kepada guru agama atau orang pakai serban sebagai pemimpin. Nah, ini satu lagi kedangkalan Dato' dalam beragama dan berfikir. Jikalah semudah itu Islam ini, maka Allah tidak perlu turunkan Nabi dan Rasul kepada umat manusia, cukup dengan mengirimkan TV dan Internet sahaja kepada manusia sejak zaman Nabi Adam dulu lagi. Atau bagaimana Dato'?

7. Dato' menyarankan pula agar kita mestilah sanggup memilih pemimpin seperti Datuk Husam yang memiliki kepakaran dan berwawasan. Barangkali Dato' sudah pun nyanyuk, dan lupa bahawa sekian lama dahulu Dato' bersama UMNO menentang kerajaan negeri yang mana Husam adalah salah seorang exco-nya?

8. Lagi Dato' menyebut "hanya dengan royalti itu (petroleum) kita akan ada modal untuk membangun semula negeri bertuah ini". Ohh, pandai pula Dato' terfikir untuk membangunkan negeri dengan royalti? Mana pergi kepakaran dan wawasan Husam? Mana pergi kebijaksanaan Dato' berbanding PAS yang dipimpin oleh orang berserban? Jika Dato' pun terfikir dengan HANYA royalti, dapat bangunkan Kelantan, maka janganlah secara wewenang mengkritik Kelantan. Kalaulah Dato' dan DAP yang perintah negeri ini, jangankan balak, sungai dan gunung pun akan dijual nanti.

Luahan Safieyilias Selepas 1 Tahun Berhijrah Dari Makyah Kepada Lelaki Normal

April 17, 2017



safieyilias94: SEMALAM Genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel... Hijrah saya bukan sekadar luaran & penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yg satu... Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah. Nasihat saya adalah jaga solat betul2 sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat... Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat... saya baru jumpa jalan... hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul..
.
Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat... pokok pangkal adalah tentang solat... berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi... solatlah kejayaan yg sebenar! Solatlah walau siapapun awk.. mulut org letak tepi... mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha "mencari hidayah"... sbb tu org yg tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yg dh diperoleh sejak lahir...
.
Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya "alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak".. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap...
.
Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang... bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yg tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yg kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu...
.
Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun... rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA... kasih sayang manusia ni tak puas..

Gema Gegar Vaganza: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Kedua



Konsert kedua Gema Gegar Vaganza (GGV) telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras malam tadi.

Bertemakan Dalam Lagu Ada Makna, 10 bintang GGV menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.

Bienda yang menyampaikan lagu Sejati menjadi bintang pertama yang tersingkir manakala Mirwana yang menyampaikan lagu Satu dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori transformasi terserlah atas persembahan mereka yang memukau.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Semua peserta GGV memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

UNIC - Hijau Bumi Tuhan
"Bukan sahaja pandai menyanyi tapi pandai mengaji. Semoga anda menjadi idola anak muda di luar sana," - Oki Setiana Dewi.

Hijjaz - Srikandi Cintaku
"Saya menangis sekali lagi. Anda mengingatkan kami tentang perjuangan saudara kami di sana. Terima kasih kerana menyedarkan kami," - Oki Setiana Dewi

Mirwana - Satu
"Tahniah atas persembahan anda. Walaupun ada sedikit kesilapan, tetapi itu menyempurnakan persembahan anda," - Farihin Abdul Fattah.

Azmi Saat - Redha
"Siapa yang tak meruntun jiwa dengar suara Azmi. Kelebihan anda takkan pernah terganggu. Tahniah Azmi," - Farihin Abdul Fattah.

Hafiz Hamidun - Relakan Jiwa
"Saya lebih terkesan dengan persembahan anda minggu lalu. Anda telah melakukan perkara betul, feel memang dirasakan tetapi muzik melebihi suara anda," - Farihin Abdul Fattah.

Izam EYE - Seruan
"Syabas kerana bila anda menghayati maksud lirik, anda menyampaikannya penuh penghayatan," - Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Saujana - Ketulusan Hati
"Lagu ini susah untuk dibawakan, tetapi satu percubaan yang bagus dari Saujana," - Farihin Abdul Fattah.

Wani - Bila Diri Disayangi
"Wani peserta termuda, satu persembahan yang luar biasa. Wani bawa macam lagu Wani sendiri," - Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Ana Raffali - Suci Dalam Debu
"Persembahan bagus dan lembut di bahagian awal tetapi ada sedikit kurang di bahagian tengah, mungkin kerana sangat menjiwai," - Oki Setiana Dewi.

Bienda - Sejati
"Lagu ini tentang hubungan insan dan Tuhan. Impak penyampaian memang luar biasa. Mesej sampai, tahniah Bienda," - Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

GGV bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu ketiga GGV bakal membawa tema Nakustik (Nasyid Akustik) dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.


Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @ohselebriti

KELANTAN MENANG 5-1 KE ATAS PULAU PINANG, GHADDIATOR!

April 16, 2017



4 gol Ghaddar telah membantu Kelantan menang ke atas pasukan Pulau Pinang.

Mohammed Ghaddar meneruskan aksi cemerlang beliau musim ini. Selepas memiliki 2 hatrik musim ini, penggempur dari Lubnan ini menambah lagi koleksi gol dengan 4 gol dalam satu perlawanan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan corak taktikal Zainal Abidin.

Mereka baru sahaja mencatat kemenangan pertama musim ini pada minggu lalu di Jengka.

Kelantan di hadapan pada minit ke-20 menerusi jaringan penalti oleh Ghaddar. 5 minit kemudian, Ghaddar menggandakan pendahuluan gol .

Shukor Saidin merapatkan kedudukan untuk Pulau Pinang pada minit ke-35.

Bersambung separuh masa kedua, Ghaddar berjaya melakukan hatrik pada minit ke-57. Namun kisah kehebatan Ghaddar dalam perlawanan ini tidak sampai di situ sahaja.

Kelantan player celebrate goal during Malaysia Super League between Pulau Pinang vs Kelantan on 15 April 2017 at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. Photo by Mohd Zureehan Zakaria/www.asiana.my

Ghaddiator menjaringkan gol peribadi ke-4 pada minit ke-78. Danial Ashraf melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan gol ke-5 pada masa kecederaan.

Impak keputusan

Kemenangan ini adalah yang ke-5 untuk Kelantan musim ini. Ia juga kemenangan ke-4 dari tempat lawan oleh pasukan Kelantan.

Pulau Pinang kini sudah dijarakkan 4 mata dari Melaka yang berada di zon selamat. Mereka turut dijarakkan dengan 3 mata dari Sarawak yang berada di tangga ke-11.

Ini adalah kekalahan ke-7 untuk Pulau Pinang selepas 10 perlawanan. Kedudukan semasa Pulau Pinang menyukarkan mereka untuk layak ke Piala Malaysia.

Namun yang lebih penting adalah mereka sedang berusaha untuk kekal dalam Liga Super untuk musim hadapan.

Rafizi mahu pecah belahkan PAS-PKR untuk singkirkan Azmin

April 15, 2017



Rafizi mahu pecah belahkan PAS-PKR untuk singkirkan Azmin
-------------------------
“Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk pastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.

“Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.antarapos 15-04-2017 06:04

Apa agaknya ‘tugas khas’ Hisham?




Tok Perak

*TERDEDAH sudah siapa gerangan bekas pemimpin Pas yang dihebohkan menerima dana dari SRC International Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB. Sekarang semua orang sudah tahu!

Pada satu sidang media Khamis lalu, Rafizi Ramli menyebut nama bekas pemimpin Pas yang menerima habuan berkenaan, tetapi tidak menyatakan berapakah jumlah sebenar dedak yang diterima.

Dalam pengakuan berkanun (SD) anggota Parlimen PKR Pandan itu mendakwa beliau menerima butiran mengenai perkara tersebut daripada bekas seorang pegawai kanan SPRM yang menyiasat skandal 1MDB.

Rafizi bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu, dan bersedia untuk disiasat dan diambil tindakan sekiranya apa yang didedahkan itu tidak benar.

Terpulang kepada bekas pemimpin Pas berkenaan, dan pihak-pihak lain – termasuk 1MDB – untuk mengambil tindakan ke atas Rafizi.

Setakat ini umum beranggapan pendedahan Rafizi itu adalah benar, walaupun sebelum ini Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dakwaan Rafizi sebagai 300 peratus palsu.

*FAKTA atau auta belakang kira. Apa yang pasti ialah setakat ini Pas tidak pernah menerima walau sesen pun duit yang diterima oleh bekas pemimpin kanan parti tersebut.

“SPRM dialu-alukan untuk menyiasat,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sambil menegaskan: “Pendedahan (Rafizi) itu langsung tidak memberi sebarang kesan terhadap parti kita.”

Kata beliau si fulan yang menerima duit daripada 1MDB bukan lagi ahli Pas, “dan sudah tiada kena mengena dengan parti.” Maka terserah kepada SPRM untuk menyiasat dan mendapatkan kepastian. Dan, terpulang juga kepada si fulan yang empunya diri untuk menghujah atau membetulkan pendedahan Rafizi. ‘Satu Malaya’ sedang menunggu...

*TIDAK pasti tuah atau tulah, tetapi memang mengejutkan. Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diberi jawatan baharu dan tambahan tugas, iaitu sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan yang berkuat kuasa serta-merta itu menjelaskan perkembangan terbaru ini tidak menjejaskan kedudukan dan tanggungjawab Hishammuddin dalam portfolio sebelum ini.

Sepatah kata Perdana Menteri, seperti yang dipetik Bernama: “Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.”

Maka, timbullah pelbagai soseh-soseh, spekulasi, andaian dan sindiran. Awal-awal sudah kedengaran sinis: “Kalau tidak apa-apa masakan tempua bersarang rendah...”

*ADA pun antara yang kuat disoseh-sosehkan sekarang ialah apa perlunya Hishammuddin diberikan tugas-tugas khas, sedangkan di JPM sudah ada sekian banyak menteri dan strategis?

Alkisah, ada yang berteori pelantikan ini adalah untuk memperkukuhkan kedudukan yang empunya diri sebagai naib presiden parti, sebab dengan memegang dua portfolio akan memberi Hishammuddin kuasa yang lebih besar.

Arakian, ada juga yang mencongak Najib mahu mewujudkan keseimbangan politik dengan memberi kuasa kepada sepupunya untuk ‘memerhatikan’ Zahid.

Hatta, ada yang awal-awal sudah meramalkan bahawa YAB dari Bagan Datuk, juga menteri dalam negeri, sekali gus timbalan perdana menteri itu mungkin terlepas peluang menjadi perdana menteri.

Almaklumlah, sejarah telah membuktikan bahawa ramai timbalan perdana menteri sebelum ini akhirnya kempunan untuk menduduki kerusi No.1 itu. Kantoi di tengah jalan...

*ADA cakap-cakap bahawa PRU14 akan diadakan tidak lama lagi. Maka masing-masing parti giat berusaha menambahkan bilangan ahli dan pengundi.

Umno mendakwa parti itu semakin diminati anak muda. Menurut Setiausaha Kerja, Datuk Ab Rauf Yusoh, golongan muda membuktikan “mereka ingin bersama perjuangan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.”

Kata Ab Rauf lagi: “Jumlah pendaftaran tertinggi dalam bulan ini, iaitu dalam satu minggu itu ada 3,000 orang, iaitu dalam kalangan anak muda...mereka yang berusia di bawah 30 tahun.” Mungkin mula timbul kesedaran...

Umno mencatatkan jumlah ahli seramai 3,573,719 orang, di 21,653 cawangan di seluruh negara hingga 30 November 2016.

*AKHIR KALAM Pas juga tidak mahu kalah menambah keahlian. Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa parti itu menerima purata keahlian mencecah 4,984 ahli pada setiap bulan sejak awal Januari tahun ini.

Katanya, dari segi keahlian baharu, parti Islam itu tidak pernah ‘suram’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. Tidak pula dinyatakan dari jumlah ahli baharu itu berapa peratus golongan anak muda.

Nasrudin mengakui “partinya dikepung dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus. Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati...”

TG Haji Hadi: GELOMBANG RUU 355



Tidak diduga betapa RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam. Walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti Islam, namun tetap dikaitkan juga. Tujuannya untuk menikam Islam daripada segenap penjuru dengan hukum Allah tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya. Matlamatnya semata-mata mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.

Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui parlimen dengan kebijaksanaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia menangguh lagi untuk memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak. PAS dan semua yang menyokongnya daripada UMNO dan lain-lain menerima dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya. Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355.

RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling halus dan paling lemah pegangan agamanya, tetapi rasa kasihkan Islam masih tersemat di dalam dirinya. Maka, RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.

Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam satu negara yang wajib dihormati, kerana bahasa penjelasannya pula sangat mudah difahami perlunya bagi umat Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap bukan Islam.

Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wudhu’ dan sembahyang pun ada was-was syaitan. Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa.

Allah mendedahkan betapa kalangan bukan Islam yang bermusuh terhadapnya dan segelintir serpihan kalangan Islam yang ada sifat munafiq lapuk bersamanya, berpura-pura Islam mencari kesempatan semata-mata apabila mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati sanubari mereka kebenciannya terhadap Islam, walaupun penganut Islam menunjukkan semangat persaudaraan bermasyarakat majmuk. Firman Allah memberi peringatan kepada yang beriman:

﴿هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩﴾ [آل عمران: 119]

“Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada kitab (Al-Quran) semuanya. Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada)”. (Surah Ali-Imran: 119)

Kini umat Islam dapat meletakkan markah atau kadar suhu kepanasan kemarahan mereka yang ingin bermusuh terhadap Islam dan membezakan mereka yang mahu bersahabat bersama umat Islam dalam satu masyarakat madani.

Namun, umat Islam tetap dilarang memaksa pihak lain dalam urusan keagamaan dan kemasyarakatnya serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua dengan nas daripada Al-Quran:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾ [المائدة: 8]

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan)” (Surah al-Maidah: 8)

Di Malaysia, kita telah menerima konsep masyarakat majmuk yang bersaudara, bukannya bermusuh dan kebencian, maka sepatutnya bersikap saling menghormati di antara satu sama lain. Apabila RUU 355 adalah khusus bagi penganut Islam sahaja yang berkewajipan meninggikan kedudukan agama Islam dari segi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang berkait dengan penganut Islam sahaja, maka sepatutnya mereka sekurang-kurangnya berdiam dan bersikap terbuka, tetapi malangnya ada kalangan yang menunjukkan penentangan dan berkempen bagi menghalangnya, serta mengugut yang tidak bersamanya.

RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat yang dihalang dan dihina oleh penjajah dahulu dan pintu memperkenalkan sistem kehakiman Islam dan hukuman Islam yang mendidik penjenayah dan masyarakat. Apabila ditentang bermakna menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh alam, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam. Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam dan setiap manusia yang ingin mencari kebenaran dan kebaikan. Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.

Sejarah Islam membuktikan keterbukaan Islam yang tegas pegangannya boleh menerima kebijaksanaan daripada semua pihak yang tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah (tujuan mencari kebaikan dan menolak keburukan) dalam perkara yang tiada ketetapan daripada Al-Quran dan Hadis, termasuk yang datang daripada kebijaksanaan akal, pengalaman dan kajian pihak yang lain daripada Islam. Ini menjadikan Islam mewarisi tamadun ilmu paling kaya dalam dunia termasuk dalam aspek perundangan dan sistem kehakiman.

Aspek spiritual yang ada dalam kehakiman Islam berkonsepkan iman dan taqwa yang tidak ada dalam sistem ciptaan manusia, kerana konsep Islam bukan sahaja ilmu dan akhlak, menjadikannya mendidik masyarakat bukannya menghukum. Pendekatannya membawa keberkatan yang mewujudkan keamanan dan perpaduan masyarakat majmuk yang unggul.

Contohya hukuman sebatan syariat yang tidak mencederakan jasad yang berbeza dengan sebatan undang-undang sivil yang sangat menyeksakan dan tidak ada kesan mendidik. Konsep saksi yang adil dalam sistem kehakiman bermakna tidak fasik dalam sistem kehakiman Islam bersama konsep dosa besar dan neraka terhadap saksi fasik, kerana tiada dosa dan tanpa syarat menjaga maruah dalam undang-undang sivil sepatutnya diketahui oleh semua kalangan pengamal undang-undang dalam proses reformasi kehakiman yang perlu dihidupkan sepanjang zaman. Ini adalah ruang daripada RUU 355.

Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula.

Maka umat Islam yang bangkit bersatu tidak boleh memberi kemaafan terhadap mereka. Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk bermadani wajib menolak parti politik dan semua kumpulan yang sifatnya sudah tidak adil dalam politiknya, bersifat cauvinis dan opportunis tanpa perhitungan secara saksama.

Islam tetap mewajipkan keutamaan pendekatan damai dan bersaudara, serta berhujah secara ilmu dan matang mencari kebenaran. Islam juga mewajibkan penganutnya tegas dan bijak mencari kebenaran dan menegakkannya bersama jaminan Allah:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ٧ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعۡسٗا لَّهُمۡ وَأَضَلَّ أَعۡمَٰلَهُمۡ٨ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَٰلَهُمۡ٩﴾ [محمد: 7-9]

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka) (9)” (Surah Muhammad: 7-9)

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
18 Rejab 1438H / 15 April 2017

Dosa besar khianati Kelantan



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2017

PASIR PUTEH - Negeri Kelantan yang dibina dengan asas Islam yang kukuh sejak Pas mengambil alih pentadbiran mesti dipertahankan dan sebarang penentangan terhadapnya suatu pengkhianatan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha menjadikan Kelantan sebagai negeri bertunjangkan Islam bukan perkara main-main dan ia tidak dicapai dengan mudah.

Katanya, pimpinan Pas melalui pelbagai bentuk halangan sebelum berjaya menterjemahkan konsep Membangun Bersama Islam.

"Bukan senang untuk kita nak capai seperti apa yang kita nikmati hari ini, namun segala bentuk halangan dan kekangan berjaya kita atasi.

"Ketika menyambut ulang tahun ke-23 Pas memerintah Kelantan, Allahyarham Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berpesan kepada saya agar jangan mengkhianati negeri ini kerana ia merupakan dosa besar," katanya.

Menurutnya, suasana politik menyaksikan pimpinan Pas yang kecewa meninggalkan parti dan berhasrat untuk merampas Kelantan daripada Pas.

"Teruslah istiqamah kerana kita tidak reda untuk serahkan negeri ini kepada Pakatan Harapan, kita tidak mahu melihat Kelantan di bawah kepimpinan ulama ini berkubur," katanya pada Majlis Amanat MB di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), petang semalam.

Ahmad berkata, kerajaan negeri turut memberi fokus kepada pembangunan pendidikan walaupun berdepan masalah untuk mendapatkan pengiktirafan.

Menurutnya, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dibangunkan dengan standard dan kemudahan asas yang baik tetapi sehingga sekarang belum diiktiraf sebagai kolej universiti.

"Hanya kerana kita negeri pembangkang, kita susah untuk diiktiraf, bagaimanapun kita tidak lemah dengan semua itu, kita akan terus bergerak dengan membina kerjasama dengan universiti dari luar termasuk dari Turki," katanya.

Beliau berkata, Maahad Sains Tok Guru di Pengkalan Chepa menggambarkan usaha berterusan kerajaan dalam melahirkan cendekiawan Islam.

"Maahad ini bakal melahirkan pelajar bukan sahaja menguasai bahasa Arab, malah Inggeris kita berhasrat untuk melahirkan pemimpin masa depan yang bertakwa dan memenuhi tuntutan semasa," katanya.

Jawapan Amzad kepada tulisan Raja Bahrin

April 14, 2017



AHMAD AMZAD HASHIM 14 APRIL 2017

SAYA merujuk kepada tulisan yang sangat jauh dari kebenaran yang ditulis oleh Dato' Raja Bahrin Shah (DRB), Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang atas tiket PAS, tetapi kemudiannya memilih menyerang PAS sebagai Pengerusi PAN Terengganu.

Ia berhubung tulisan beliau disiarkan pada 12 April 2017, di dalam Malaysiakini dengan fokus kepada Legasi Almarhum Tok Guru Nik Aziz, tokoh yang dikasihi oleh semua pejuang Islam dalam PAS.

Buku-buku yang menghimpun buah pemikiran Tok Guru banyak ditulis oleh ramai penulis PAS. Catatan DRB hanya sekelumit pengalaman beliau yang sekali sekala ke kuliah Tok Guru berbanding mereka yang berdamping rapat dengan Almarhum yang faham benar pemikiran Almarhum.

Fokus saya cuma berhubung kisah yang dicatatkan beliau tentang beliau dipanggil oleh Yang Di Pertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah di rumah seorang pemimpin PAS di Kampung Durian Burung , Kuala Terengganu.

DRB mendakwa seolah fokus perbincangan adalah mengapa beliau menulis artikel "Mengimbau sumbangan dan jasa Nik Aziz?".

Bohong dan tidak dibangkitkan langsung. Ia seperti mahu membuat orang berprasangka bahawa begitu sekali Ustaz Wan Sukairi tidak menghargai Tok Guru Nik Aziz.

Walhal pada buku-buku catatan, pada kenderaan, pada laptop Ustaz Wan, pelbagai pelekat TGNA bertampal-tampal. Usrah yang dikendalikan Ustaz Wan sentiasa mengkisahkan teladan ulama besar ATGNA.

Saya punya locus standi untuk menegakkan kebenaran ini kerana saya yang mengaturkan pertemuan. Dan rumah itu rumah saya. Dan pertemuan itu adalah antara tiga orang iaitulah YDP PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi, Dato' Raja Bahrin, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan saya sendiri selaku Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu yang juga Ketua Sekretariat Semua NGO Yang Bergabung Dengan PAS.

Arwah isteri saya ada sekejap sekadar menghidang kuih dan nescafe.

Puncanya kerana telah kecoh di peringkat akar umbi yang marahkan DRB yang dilihat 'mengikut' rentak aliran Pasma ketika itu. DRB menulis dan memanjangkan fitnah UG.

Bukan setakat di Terengganu, Blogger dan Facebooker di luar Terengganu pun mula mempertikaikan kesetiaan DRB kepada PAS. Ini memberi tekanan kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermati-matian mempertahankan, menepis cuba memperbaiki kerosakan yang menjejaskan bukan sahaja DRB, tetapi nama baik PAS Kuala Terengganu sendiri.

Saya sendiri selaku Ketua Penerangan perlu jawab semua ini. Yang akan keluarkan kenyataan adalah saya.

Selain dari itu, PAS Kuala Terengganu sendiri mempunyai harapan yang besar kepada DRB, mahu melonjakkan lagi posisinya kerana kami percaya DRB punya potensi ke hadapan lagi oleh kedudukannya dipandang Kerabat Di Raja dan latar belakang profesionalnya.

Minat beliau dengan NGO kami bantu jayakan, arahkan supaya seluruh jentera beri sokongan, kehadiran pemuda dan muslimat. NGO seperti GANTI, MAMPAT, ROYALTI R angkat beliau. Beliau ke hadapan berucap dan sidang media. Urusan persiapan, kerjasama dan liason dengan persatuan persatuan, semua kami yang buat.

Bukan seperti hari ini, beliau berucap seorang diri di belakang Toyota Hilux. Tak dipedulikan sesiapa.

Kerana itu saya yang bincang dengan Ustaz Wan. Selagi boleh dibantu, diselamatkan, kita ikhtiarkan dulu. Biar saya cakap dulu dengan DRB. Kalau setuju kita jumpa di rumah saya. Ustaz Wan terus setuju dan memang diapun berpendirian begitu dari dulu.

Saya sampaikan kepada DRB. Ringkaskan cerita kami bertemu. Hampir dua jam.

Topiknya mulanya kita beritahu senario yang berlaku yang perlu kita baiki dan selamatkan. DRB nampak macam faham.

Fokusnya mula-mula kami minta DRB tak perlu panjangkan lagi soal Pilihan Raya Kecil DUN Cempaka yang menulis secara prasangka kepada PAS ekoran keputusan BN tidak mahu masuk bertanding di situ. Ramai orang PAS yang marah dengan tulisan DRB yang menohmah UG, inginkan jawatan dan lain-lain.

Posisi PAS ketika itu ialah PAS akan pertahankan DUN Cempaka tak kira siapa yang masuk bertanding. Umno tak mahu bertanding, itu hak Umno, PAS tidak bincang apa-apa syarat atau persetujuan sampingan yang lain.

Ia baik untuk PAS yang bergelut mengurus bencana banjir dan sedang mengumpul kekuatan.

PRK Chempaka ekoran kematian Almarhum TGNA. Berlaku pertandingan empat penjuru tidak disertai Umno. PAS menang besar.

Mesejnya Umno tak berani letak calon di DUN Cempaka.

Isu kedua berkait pendirian DRB berhubung isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), antara tuntutan DAP sejak sekian lama. DAP secara umumnya menguasai populasi bandar besar dalam negara yang peratus penduduk bukan Melayu lebih besar.

Jika Pilihan Raya PBT berlangsung, kemungkinan pentadbiran bandar utama dalam negara dikuasai bukan Melayu adalah besar. PBT berkuasa atas segala perlesenan tapak perniagaan, kedai, premis hiburan, arak, judi dan segala syaratnya.

Ini ditolak oleh PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberi penjelasan tentang dasar ini kepada ahli parti PAS. Pemimpin lebih-lebih lagi dijelaskan.

Masalahnya DRB mengulanginya lagi dan disiar media sehingga persepsinya DRB menyanggah Presiden PAS sendiri. Itu merosakkan imej DRB sendiri dalam PAS dan merugikan rancangan PAS Kuala Terengganu yang amat harapkan kemaraan beliau menjadi pemimpin besar satu hari nanti.

Ironinya baru enam hari yang lalu, Tun Mahathir yang diangkat ikon oleh Pakatan Harapan pun menolak dengan tegas idea Pilihan Raya PBT ini.

Jika PAS Kuala Terengganu mementingkan diri berbanding kepentingan nasional, memanglah lagi untung buat Pilihan Raya PBT untuk Bandaraya Kuala Terengganu kerana seluruh Kuala Terengganu satu Parlimen dan empat DUN, semuanya BN kalah, dimenangi PAS, termasuk bantuan PAS yg memenangkan PKR di DUN Bandar.

Memanglah seronok akan ada jawatan Datuk Bandar, seluruh Ahli Majlis Bandaraya dan pelbagai kemudahan.

Tapi orang PAS bukan jenis gilakan jawatan. Fikir kesan jangka panjang dengan matang.

Itulah topik sebenar yang dibincang dalam dua jam yang berkenaan.

DRB bukan orangnya yang sesuai syarahkan perjuangan Tok Guru Nik Aziz kepada Ustaz Wan yang sejak dari zaman muda pengajian di Mesir, kembali ke tanah air bergiat dalam PAS, mengaturkan perjalanan pelbagai kunjungan Almarhum TGNA ke Terengganu atas kapasitinya Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu dan Urusetia Negeri.

Beliau lebih kenal ATGNA berbanding DRB.

Malah, Zainuddin Abu Bakar, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu ketika itu, adalah berbesan dengan ATGNA. Anaknya Asyraf Zainuddin adalah menantu ATGNA.

Zainuddin yang mengetuai Lujnah Tarbiyyah Kuala Terengganu juga adalah tenaga Tarbiyyah di PAS Pusat.

Beliau yang menjadi Naqib usrah pelbagai peringkat di Kawasan Kuala Terengganu sama ada bulanan atau dwimingguan.

Dan fikrah, tasawwur, teladan dari ATGNA sentiasa diceritakan sesuai hubungan peribadi dan kekeluargaannya dengan ATGNA.

Dengan penjelasan ini saya harap sebagai orang yang masih ada sisa perasaan hormat dan sayang sesama Islam kepada DRB supaya hentikanlah menulis yang bukan-bukan begini.

Saya yang bertanggungjawab dengan Allah atas apa yang saya tulis. DRB suka bicara tentang tasauf kan? Tasauf yang saya belajar tak izinkan saya merekayasakan cerita yang tidak benar.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
14hb April 2017 – HARAKAHDAILY 14/4/2017

BN Sedia Hadapi PRU-14 Jika Diadakan Waktu Terdekat - Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Menurut Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, persiapan rapi telah dan sedang dibuat oleh Umno serta parti-parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera yang kuat itu mampu mempertahankan Putrajaya.

"Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris," katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Bagaimanapun Najib mengingatkan pemimpin dan jentera BN agar tidak terlalu memikirkan bila atau siapa yang bakal terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum itu nanti, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk menawan hati pengundi.

Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu yakin dan berlagak walaupun BN mempunyai kekuatan sendiri berbanding pembangkang, termasuk memenangi pilihan raya Negeri Sarawak dengan majoriti lebih besar serta menang  tiga pilihan raya kecil iaitu di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Tanjong Datu.

"Saya sebut ini kerana nak ingatkan, kita boleh menang, tapi, kita telah menang peperangan namun perjuangan belum berakhir," katanya.

Najib berkata beliau berpegang kepada prinsip bahawa persiapan yang rapi perlu dilakukan untuk menghadapi sesuatu perkara yang besar seperti pilihan raya umum.

"Saya kira kita sudah bersedia, tapi masih ada lagi sikit kerja. Kita mesti pastikan jentera kita buat kerja," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera supaya mengamalkan prinsip kesederhanaan dalam melakukan gerak kerja terutama di peringkat akar umbi.

"Saya nak minta, jaga hati rakyat dan pengundi. Bila mereka susah, kita tolong... jangan dekat pilihan raya baru nak pergi jumpa mereka," kata Najib.

Beliau berkata hanya dengan cara itu, Umno dan parti komponen BN yang mempunyai hubungan yang diasaskan secara telus dan ikhlas untuk kepentingan rakyat yang dapat bertahan.

Ini, katanya, berbeza dengan pembangkang yang wujud atas dasar kebencian.

"Untuk menang di kerusi-kerusi tertentu, bolehlah. Tetapi, adakah mereka (pembangkang) mampu tubuhkan satu kerajaan?," katanya.

KREDIBILITI YB RAFIZI SANGAT MERAGUKAN DENGAN TUDUHAN BERSUMBERKAN DENGAR CAKAP



Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

1. Sidang media oleh YB Rafizi dalam isu tuduhan kaitan PAS dengan dana 1MDB menunjukkan betapa beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas?

2. Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk oleh beliau sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pimpinan PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka sangat jelas bahawa YB Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.

3. Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau “merasakan” pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam “seimbas lalu” sahaja yang “dirasakan” mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS.

4. Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru,  kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau.

5. Beliau juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan. Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence.

6. Kami menganggap ianya hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai utk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.

7. Sehingga kini segala dokumen yang kami perlukan belum dibekalkan oleh pegawai SPRM berkenaan (sekarang beliau adalah pesara).

8. Kenyataan YB Rafizi juga hanya bersumberkan maklumat pegawai SPRM secara lisan dan kenyataan itu juga tidak disertakan dengan sebarang bentuk maklumat terperinci mahupun sebarang dokumen pembuktian.

9. Persoalannya; bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini  dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?

10. Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut:

“Bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa”.

Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah “bukti”?

11. Kaedah pengadilan juga menyatakan:

“Seseorang itu secara asasnya adalah bebas daripada sebarang tuduhan”.

12. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong beliau melakukan sesuatu yang tidak beretika.

13. Kenyataan YB Rafizi yang bersifat tuduhan ini adalah dalam konteks niat jahat memalitkan isu ini kepada PAS dengan bersandarkan “cakap dengar” sahaja tanpa sebarang pembuktian.

14. Orang yang dituduh pula tiada lagi kaitan dengan PAS. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada PAS daripada individu yang dituduh itu.  Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB.

15. Rakyat telah menilai betapa gelojohnya YB Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dengar hanya semata-mata kebencian kepada PAS dan juga semata-mata kerana menentang RUU 355 yang diusahakan oleh PAS.

16. Justeru, saya menyeru YB Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur.

Allah berfirman

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

_”Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu (buhtaan)  dan dosa yang sangat nyata”._

Surah al-Ahzab ayat 58.

17. Berkata seorang tokoh ulamak terkenal, Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid

_”sesungguhnya sangkaan jahat dan kegopohan menuduh telah menakutkan ramai yang tidak berdosa dan menzalimi ramai manusia.  Menjadi sebab orang yang soleh diketepikan tanpa sebab yang syarie. Membangkitkan permusuhan dan siri-siri kezaliman daripada golongan yang jahil yang menyebarkan berita, sangkaan penuh dosa, umpatan yang jahat dan tuduhan palsu. Sesungguhnya tuduhan kepada orang yang tidak bersalah dengan tuduhan palsu, hanya berupa sangkaan dan telahan dan tuduhan terhadap orang Islam melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, kesudahannya sangat buruk di dunia dan di akhirat.”_

rujuk https://almunajjid.com/8087

18. Suka juga disebut bahawa pegawai SPRM berkenaan menganggap pembangkang sebagai “bodoh” apabila memfokuskan pada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC. Itu pandangan beliau.

19. YB Rafizi juga sangat kuat berbohong apabila menuduh PAS tidak pernah berbicara tentnag 1MDB. Sedang PAS konsistan berbicara tentang isu 1MDB sejak dahulu berasaskan kepada beberapa prinsip antaranya prinsip kerajaan berniaga, perniagaan bermodalkan hutang, hutang dijamin kerajaan melibatkan dana awam dan hutang berasaskan riba.  Semua prinsip ini adalah asas kepada penolakan PAS terhadap 1MDB bukan hanya fokus kepada kegagalan bisnes 1MDB.

20. Saya rasa YB Rafizi perlu fokus pada tuduhan oleh Chegu Bard yang telah tersebar bahawa beliau dan PKR menerima wang daripada John Soh yang terlibat dengan pelbagai skandal salah laku kewangan sehingga merengkok di dalam penjara di Singapura sekarang.

Sekian.

Dakwaan kekayaan luar biasa, Adam Rosly direman lima hari - SPRM



Astro Awani | April 14, 2017 11:36 MYT

Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly direman lima hari berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya.

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly direman lima hari berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya.

Adam diwakili oleh peguam Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Othman.

Terdahulu hari ini, Adam, 28, tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.25 pagi untuk direman ekoran siasatan ke atasnya.

Semalam, Adam disoal beberapa jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kekayaannya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Neelofa tersenarai dalam Forbes 30

April 13, 2017



PELAKON Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Neelofar Hijab".

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.

"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web www.forbes.com/30-under-30-asia/2017. - Bernama
 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat tunjuk

April 11, 2017



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berkenaan yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

Lindsay Lohan Pakai Burkini Di Thailand

April 8, 2017

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 5:40 AM



Lindsay Lohan dilihat mengenakan burkini ketika bercuti di Phuket, Thailand. Foto DAILY MAIL


PELAKON Lindsay Lohan mengejutkan peminat apabila tampil dengan burkini (baju renang muslimah) ketika melakukan aktiviti mendayung di Phuket, Thailand minggu lalu.

Daily Mail melaporkan aktres berusia 31 tahun itu lengkap menutup kepalanya selain burkini berwarna hitam dan merah itu tidak memperlihatkan bentuk tubuhnya yang seksi.

Aktres itu berada di Thailand untuk bercuti selama dua minggu selepas berkunjung ke Dubai.

Pemakaian Lindsay itu sebenarnya tidak pelik kerana sebelum ini dia beberapa kali dilihat mengenakan tudung dan mengakui sedang mendalami Al-Quran.

Dalam satu temubual sebelum ini, pelakon filem Mean Girls itu mengakui mendapat ketenangan jiwa dengan membaca Al-Quran.

"Belajar tentang Al-Quran memberikan ketengangan jiwa kepada saya dan saya jumpa tujuan saya berada di dunia ini.

"Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama, dan ia sesuatu yang saya tidak mahu komen buat masa ini," katanya berhubung status agamanya sekarang.

SENJATA KIMIA DAN DEMOKRASI

April 7, 2017



Saya tidak termasuk di kalangan Melayu mudah lupa seperti kenyataan seorang tokoh negara. Saya tidak lupa kisah senjata kimia yang menjadi sebab beberapa siri Perang Teluk yang masih tidak padam apinya. Bermula kerana dikatakan regim Saddam Husein mempunyai senjata kimia yang membahayakan negara serantau. Sebelumnya, di awal tahun 1980-an, Iraq menyerang Iran kerana alasan bahaya Revolusi Islam, dengan bantuan semua negara Barat, Amerika dan sekutunya, manakala bersama sebahagian besar negara Arab kerana bahaya Syiah terhadap Sunni.

Dalam muqadimah Perang Teluk ternyata Saddam menggunakan senjata kimia sehingga berlakunya Peristiwa Halabjah yang memangsakan kaum Kurdis dan rakyat Iran yang tidak berdosa. Selepas Perang Teluk siri berikutnya terbukti tidak ada senjata kimia di Iraq, tetapi yang ada hanyalah kawasan minyak dan gas yang menjadi rebutan.

Berikutnya muncul pula ISIS yang mengisytiharkan Khalifah Abu Bakar Al Baghdadi. Ada pun kawasan dikuasainya pula memiliki m banyak telaga minyak di daratan yang boleh diperniagakan dengan mudah; dikatakan melalui Turki dan lain-lain melibatkan beberapa orang tokoh politik atau kroni mereka.

Pasukan tentera ISIS pula banyak menggunakan pacuan empat roda, puluhan ribu kenderaan jenis Hilux dan senjata moden yang mudah didapati. Banyak pendapat mengatakan ia dibeli dengan duit Arab yang kaya raya dan dibekalkan oleh kilang senjata Barat, bagi menjana ekonomi Barat yang sedang merosot dan mengorbankan harta dan nyawa sahabat Arab yang kurang cerdik, mungkin kerana tidak mampu menyaingi kemaraan Jepun dan China yang lebih ke depan perniagaannya dalam polisi ekonomi bebas.

Kita masih tidak lupa dengan peristiwa Arab Spring, kebangkitan rakyat mendesak Demokrasi Bebas dan menentang kezaliman. Dalam masa yang sama negara Barat yang menyokongnya pula mendukung dan menyokong kerajaan yang mengamalkan konsep Diktator dan nyata zalimnya. Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah, sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan.

Isu senjata kimia ditimbulkan pula di Syria yang masih bergolak dengan ganas. Sepatutnya cerita lama tidak ditayang semula, tetapi dunia hiburan sudah biasa menayangkan filem hitam putih yang tidak berwarna beberapa kali tanpa puas.

Boleh juga berlaku cerita sebenar di sebaliknya, umpama apabila pencuri yang dikepung di malam yang gelap cuba melepaskan diri daripada orang ramai yang mengepungnya berteriak dengan menempik perkataan, "Pencuri! Pencuri!! Pencuri!!!”. Pencuri sebenar juga sama-sama menempik perkataan "Pencuri !!!”, berulang kali, bahkan lebih kuat dari orang lain bagi melepaskan dirinya.

Allah mengingatkan orang-orang yang beriman :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ ٦ الحجرات .

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."(al-Hujurat: 6)

Sebab turunnya ayat ini apabila disampaikan berita bohong oleh orang yang fasik di zaman Rasulullah S.A.W yang hampir mencetuskan peperangan.

Al Quran adalah mukjizat petunjuk di sepanjang zaman, sehingga zaman terkini. Peristiwa yang berlaku kini, kalau silap langkahnya boleh mencetuskan perang dunia yang parah akibatnya.

Amir Al Mu’minin Ali K.W menegaskan:

كلمة حق أريد به باطل

"Ada perkataan yang benar (maknanya dari segi sebutan), tetapi dikehendaki kepada tujuan atau maksud yang salah atau jahat."_

Jangan lupa bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya disamping menguasai media dan kuasa kewangan yang mempengaruhi politik negara lain.

Maka PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita. Manakala di peringkat nasionalnya pula PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih, apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih.

Inilah Penyelesaian Kita

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Rejab 1438H/07 April 2017M

Aznil Dipilih Ganti Najip Ali Dalam MLM2017

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 12:14 PM

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai kekosongan kerusi juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) akhirnya terjawab apabila pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi dipilih bagi menggalas tugas berkenaan.

Menerusi kenyataan rasmi stesen penyiaran Astro, Aznil akan memulakan tugasnya bermula siaran malam ini (Jumaat).

"Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini," demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Bagaimanapun wakil Astro enggan memberikan komen lanjut mengenai pemilihan Aznil sebaliknya akan mengadakan sidang media pada malam ini.

Sementara itu Aznil, 55, juga gagal dihubungi kerana difahamkan masih dalam perjalanan pulang dari London.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa pelawak terkenal, Harith Iskander terpaksa menolak tawaran sebagai juri tetap MLM2017 berikutan terikat dengan komitmen lain.

Aznil dipilih menggantikan Najip, 50, yang terpalit kontroversi akibat keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.