News Update :

Pian K Pop terselamat dirempuh lori

April 5, 2017


Keadaan kereta Pian K Pop dilanggar lori. FOTO Ihsan Pian

Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Chukai: Selebriti media sosial yang dikenali di Kelantan dan Terengganu, Sufian Muhammad, 26, atau lebih dikenali sebagai Pian K Pop mengalami cedera ringan dan sakit badan selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah lori dalam kejadian di persimpangan lampu isyaratdi hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Pian menaiki kereta Perodua Axia bersama rakannya berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit sebelum sebuah lori melanggar belakang kenderaannya.

"Saya yang berada dalam kereta bersama kawan saya terkejut sebaik mendeggar dentuman dan mendapati sebuah lori dipandu seorang lelaki sudah merempuh belakang kereta saya.

"Saya cuma cedera ringan dan sakit-sakit badan. Bahagian belakang kereta pula kemek agak teruk," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sidang dijalankan.

Artikel berkaitan SEMASA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.