Umno lemah pembangkang pecah
SUBKY LATIF 05 APRIL 2017
KOLUMNIS
APABILA Umno kalah di Kelantan, di Terengganu dan di Selangor dulu masing-masing kata, bukanlah ia justeru pembangkang kuat, tetapi ia justeru Umno berpecah.
Tetapi sekarang Umno menaruh harapan untuk mempertahankan kerajaan pusat dan negeri yang dikuasainya serta merampas negeri yang ia kalah.
Jika ia berjaya bukan justeru ia kuat dan dipercayai, tetapi pembangkang pula berpecah.
Benarnya ada teori itu. Dalam dua kali PRU di Kelantan sebelum PRU 1990, PAS berhempas pula untuk mengambil semula negeri itu, ia hanya mampu meraih sekitar 10 kerusi. Tidak dapat dipastikan ia boleh menguasai PRU 1990 kerana pertambahan pengaruhnya bertambah tapi tidak tidak ketara.
Umno berpacah sakan selepas PRU 1986 gara-gara perebutan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh dalam pemilihan Presiden partinya. Ia diikuti oleh pengharaman Umno oleh mahkamah. Team A masuk pilihan raya sebagai Umno (Baru), Team B masuk atas Parti Melayu Semangat 46. Terpecah dua Umno.
PAS kental bersatu. Dengan politik pintarnya, Umno Kelantan kalah semua kerusi Parlimen dan semua kerusi Dun. Sekalipun Umno selepas itu tidak lagi berpecah, Umno dalam S46 kembali semula setelah parti serpihan itu dibubarkan, tetapi hingga ini ia belum berjaya mengambil semula Kelantan.
Sekalipun Umno kembali bersatu tetapi PAS pun bersatu juga, bahkan pembangkang yang PAS adalah sebahagian daripadanya tidak berpecah.
Umno yang berpecah tadi masih menyelamatkan Umno Terengganu dalam PRU 1990. Tetapi itu tidak sempat dipateri, lalu PAS yang tidak sekuat mana menjelang PRU 1999 berjaya meninggalkan empat kersi saja untuk Umno dalam PRU itu.
Komen Umno atas kekalahannya di Terengganu itu, bukanlah kerana PAS kuat sangat tapi kerana Umno di hujung pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar agak goyang gara-gara pemecatan DS Awnar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan.
Pemecatan DS Anwar itu menyumbang pepecahan ketara bagi Umno hingga ia menyumbang kemenangan bagi pembangkang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dalam PRU 2008 sambil mempertahankan Kelantan.
Selepas ia kalah di Selangor, sekalipun pimpinan Umno Selangor diambil alih oleh PM Najib, ia berpecah juga. Sebagaimana rakyat Kelantan tolak pimpinan Dr. Mahathir sebagai Ketua Umno Gua Musang pasca PRU 1990, demikianlah arakyat Selangor tolak Najib dalam PRU2013. Sampai sekarang Umno Selangor belum dapat pimpinan yang disegani.
Jika Umno sendiri tidak muncul pemimpin yang disegani bagi mengganti Najib, maka ia menyukar Umno di lain negeri beroleh pimpinan yang berwibawa.
Selepas Mahathir meninggalkan Umno dan TS Muyidin Yassin dipecat, Umno dilihat mulai hilang taring. Tidak diketahui hakisan parti itu setelah Mahathir dan Muhyidin membentuk parti baru. Tetapi Mahathir mengambil tindakan politik yang betul dalam usaha melucutkan pengaruh dan kuasa Najib dan Umno. Dia bentuk parti sendiri tapi bergabung dengan Pakatan Harapan serta mengagaskan formula satu lawan satu dalam PRU akan datang.
Orang PAS yang keluar yakin sangat dengan wawasan Mahathir, Najib dan Umno yang lemah itu pasti tersungkur jika satu lawan satu dicapai.
Malangnya Mahathir datang ketika pembangkang berpecah. Dia tiba ketika PAS sudah tidak bertahaluf dengan DAP dan ketika pembangkang terus keliru denan RUU355. Umno dan Najib dilihat amat lemah, tetapi pembangkang pula berpecah.
Jika Umno tidak kalah, bukan kerana ia kuat tetapi pembangkang payah bersatu. – HARAKAHDAILY 5/4/2017
No comments
Post a Comment