RM3.26 juta Untuk Belanja

Kuala Lumpur, 18 November - Di antara 1 Januari 2007 hingga 22 Ogos 2007, sejumlah RM3.26 juta telah dibelanjakan untuk membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.

Maklumat ini telah didapati Presiden KeADLIan, juga merangkap Wakil Rakyat Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam pertanyaannya kepada Dewan Rakyat penggal Parlimen yang lalu.

Datin Seri Wan Azizah juga telah bertanya tentang menteri-menteri yang telah mengikuti Perdana Menteri dalam lawatannya ke Eropah bulan Jun yang lepas.

Menurut jawapan yang diberi, semasa lawatan ke Russia, Perdana Menteri telah diiringi oleh 3 menteri Kabinet, 1 Menteri Besar, 1 Ketua Menteri, dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Penerangan, Menteri Besar Pahang, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Di Bosnia dan Herzergovina, PM diiringi oleh 3 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Kerja Raya, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Terengganu, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lawatan PM ke Itali pula diiringi oleh 4 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 1 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perlis, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Menteri Luar Negeri mendakwa bahawa semua ahli rombongan yang dibiayai perjalanan mereka dengan wang rakyat ini relevan kepada skop kerjasama antara bidang yang mereka wakili dan negara yang berkaitan.

http://www.suarakeadilan.com/isi/2007/11/19/rm-326-juta-dibelanja-untuk-lawatan-lawatan-pm/

No comments

Powered by Blogger.