Gelombang Biru? Golombang buncitkan perut!

Semalam 18 November 2007, Pok Loh melawat Terengganu dan kemuncaknya program makan malam di SMK Seri Budiman, KT. Saya tercuit untuk menulis sedikit ulasan dari sedikit hal yang dilaporkan di berita tv ini terutamanya gelombang biru.

SMK tempat makan malam dibuat tu duduknya depan rumah saya. Jadi sesak pula jalan laluan penduduk kampung. Turut menjadi persoalan, mengapakah bendera ameno boleh menghiasi kawasan SMK tu? Bukankah SMK tu bangunan kerajaan?

Antara benda yang diketengahkan ialah kecemerlangan Terengganu dalam keputusan UPSR. Tahniah kepada yang cemerlang dan yang berjaya. Bagi saya kecemerlangan UPSR Terengganu bermula sejak zaman TG Ayoh Chik jadi MB lagi. Lagi satu, saya sendiri dulu pun dapat cemerlang juga masa sekolah rendah dulu, sehingga dapatlah RM100 dari
YT yang disampaikan bekas MB lama dulu. Tapi sekarang ni apa yang saya dapat?


Seterusnya ditonjolkan usaha kerajaan Terengganu sekarang ni nak meningkatkan lagi bidang ICT & Multimedia. Antaranya pembelajaran JAVA. Syabas dan semoga berjaya kepada mereka yang mempelajarinya. Sebenarnya tidak susah untuk berjaya di dalam bidang ini, terutama jika kita sertakan dengan disiplin dan minat yang tinggi. Saya sendiri pernah mendapat pingat emas ibn sina pada konvokesyen KUSZA atas kejayaan dalam bidang teknologi maklumat. Syukur alhamdulillah. Namun, kini apa yang mungkin boleh saya perolehi dari kehebatan program ICT & mulitimedia ini?

Sebelum terlupa, saya ingin menegur juga perihal program mengkomputerisasikan sistem-sistem pengurusan yang dijalankan secara manual terutama di organisasi-oraganisasi kerajaan. Satu usaha yang bagus dalam memudahkan lagi urusan orang ramai dengan organisasi tersebut dan pengurangan penggunaan kertas. Saya memerhatikan daripada luar organisasi sahaja dan mungkin dapat merumuskan bahawa keberkesanan matlamat asal penggunaan teknologi ini belum tercapai. Antaranya penggunaan borang-borang kertas masih meluas digunakan dan ada data yang berulang kali perlu diisi. Pengulangan data berlaku dan mungkin sistem pangkalan datanya belum sempurna dan juga tidak berpusat yang boleh dikongsi oleh semua unit yang ada di dalam organisasi. Perlu diingat juga penggunaan pangkalan data yang baik mampu menjimatkan kos.

Seterusnya, pok loh menyentuh hal gelombang biru dan meminta semangat gelombang biru dikekalkan kerana gelombang itulah yang telah menumbangkan pas. Sebenarnya sebelum PRU 11 dulu, saya pernah masuk mesyuarat gelombang biru tu kat sebuah motel di KT.

Kesimpulannya bagai dihebahkan "kalu bn menang, semua kita senang". Tapi semua dah sedia maklum tentang siapa yang senang sekarang ini. Semua juga telah sedia maklum, banyak rumah rakyat yang sudah dimusnahkan oleh gelombang biru tu termasuklah Rumah Allah Masjid Kg Bujal. Semua juga telah maklum berapa ramai yang hilang pekerjaan kerana gelombang biru tu. Apa pula yang saya dapat dengan gelombang biru tu?

Apa yang saya dapat daripada penguasaan bn ke atas kerajaan Terengganu?

Sejurus selepas PRU 11 tu, saya kira saya adalah antara kumpulan awal yang jadi tidak senang dengan kemenangan bn di Terengganu. Kerja sebagai TCS serta merta ditarik balik. Dan daripada hal itu, saya seolah-olah dicop pembangkang dan dilayan sebagai pembangkang "dalam budaya demokrasi ala Malaysia" sedangkan saya belum pun lagi mendaftarkan diri menjadi ahli mana-mana parti pembangkang. Lalu kini jadilah saya seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan dalam UPSR pertama dulu dan seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan pingat emas ibn sina KUSZA dulu.

Gelombang biru? Takmboh doh! "

No comments

Powered by Blogger.