Takut sehingga meracau..


Saya agak tertarik dan terdorong untuk membaca akhbar Berita Harian yang semakin menghairankan masyarakat Malaysia dengan pelbagai putar belit yang semakin terdedah, sangat memalukan! Bukan itu sahaja, beberapa pimpinan yang sememangnya semakin kecut telur, sudah mula berkata bukan-bukan, seolah-olah budak sekolah rendah yang kehilangan gula-gula.
Perhatikan sendiri berita yang telah di"ciplak" daripada Berita Harian, 11 November 2007. Bandingkan sendiri dengan akal anda dengan berpandukan kecerdikan, bukan kebodohan.
Perhimpunan haram punca kesesakan, jejas peniaga: TPM PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, semalam kerana menyusahkan orang awam untuk menjalankan urusan harian. Timbalan Perdana Menteri berkata, ada pekedai terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang kemungkinan timbul suasana kurang menyenangkan.
Beliau berkata, orang ramai yang melalui laluan di situ juga terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas dan keadaan itu menyusahkan mereka menjalankan urusan harian. Katanya, tindakan itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan kesannya tidak baik terhadap pandangan umum, termasuk negara luar.
"Dalam kita menyokong kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh membenarkan pihak mengambil kesempatan mewujudkan suasana kurang selesa. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. "Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Felda Chini Timur 3, di sini, semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor. Najib berkata demikian ketika mengulas perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini.
Sementara itu, pemimpin dan pelbagai pihak mengecam tindakan mengadakan perhimpunan haram itu yang disifatkan sengaja mencabar undang-undang. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu dan sengaja melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. "Umumnya perhimpunan ini mahu mencabar undang-undang, membuat provokasi terhadap agensi penguat kuasa supaya mengambil tindakan dan nampaknya mereka nak salahkan kerajaan atas alasan tidak menghormati hak asasi, tak hormat nak buat perhimpunan," katanya.
Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman, yang mengutuk demonstrasi itu berkata perhimpunan itu bukan budaya kita... anak muda jangan terpengaruh dengan sifat rakus pembangkang untuk menangguk di air keruh. "Kita yakin itu kerja pembangkang, mereka ambil kesempatan. Rakyat perlu ambil iktibar apa berlaku di Myanmar, Pakistan akibat demonstrasi jalanan," katanya. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, memberi amaran kepada kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan haram itu menanggung risiko dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya, kakitangan kerajaan terikat dengan akujanji ditandatangani dan perlu patuh kepada peraturan, termasuk tidak menyertai kegiatan menyalahi undang-undang seperti menyertai perhimpunan haram. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perhimpunan seumpama itu akan dieksploitasi oleh pihak yang tidak sukakan Malaysia untuk memburukkan negara dengan menggambarkan negara tidak stabil dan dalam keadaan huru-hara.
Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata sejarah menunjukkan parti pembangkang bukan sekadar menang dalam pilihan raya negara ini, malah berjaya menubuhkan kerajaan seperti di Kelantan dan Sabah. "Saya hairan bagaimana mereka boleh kata Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam pilihan raya. Jika BN tipu, mengapa BN boleh kalah dalam pilihan raya?," katanya. Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat, berkata mana-mana pihak boleh menyalurkan rasa tidak puas hati mengikut peraturan bukannya dengan mengadakan perhimpunan.
Ulasanku
Lihatlah sendiri, provokasi yang dilakukan oleh media dengan telunjuk mereka yang sudah terbuka pekung sendiri. Terasa mual ketika membaca berita ini, seolah-olah menganggap si pembaca ini tiada otak langsung. Malas juga hendak mengulas berita ini, kerana semua orang mampu berfikir untuk membuat perbandingan sendiri.
1. Perhimpunan haram punca kesesakan? Benarkah perhimpunan tersebut menimbulkan kesesakan? Apa yang dilihat dan boleh diperhatikan sendiri, kesesakan tersebut tercetus apabila sekatan polis dilakukan. Ia merupakan perhimpunan aman, bukanlah sebuah kekacauan atau kekecohan. Lihatlah sendiri dengan kehadiran FRU dan Polis yang cuba membuat sekatan sehinggakan berlaku kesesakan. Sungguh geli hati apabila melihat orang bodoh berkata-kata, ada sahaja alasan untuk menyalahkan orang lain.
2. Merosakkan harta benda awam? Sebuah lagi kenyataan yang tidak masuk akal, mana mungkin sebuah perhimpunan aman, yang menuntut keadilan, disertai oleh 68 NGO begitu bodoh untuk merosakkan harta benda awam. Sekiranya benar berlaku kerosakan harta benda awam, sudah pasti perhimpunan ini tidak disertai oleh masyarakat kerana mereka berhimpun hanya untuk menuntut keadilan, takkanlah masyarakat begitu bodoh sangat, hendak merosakkan harta benda sendiri tanpa sebab.
3. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. Perhimpunan aman yang dijalankan terus berjalan dengan aman, tanpa sebarang masalah, walaupun kehadiran Penyembur Gas Pemedih Mata tanpa sebarang sebab perlu kehadirannya dan FRU yang tiba-tiba sahaja beriya-iya mencetuskan kekecohan sedangkan tiada sebarang masalah dan gagguan yang dilakukan. Bandingkan sendiri dengan konsert yang dilakukan dan dijalankan dengan tenang walaupun menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan banyak lagi masalah. Contohnya ketika sambutan kemerdekaan dan banyak lagi yang doleh dibaca sendiri di dada akhbar. Langsung dibiarkan sahaja! Di mana FRU ketika itu, pegang telur sendiri, tidur di rumah?
4. Berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini. Ha ha ha, aku hanya perlu menjawab dengan hilai tawa. Tak perlulah diulas panjang...
5. Majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu Benarkah segelintir sahaja? Siapakah pengkhianat sebenarnya? Siapakah yang tidak menghormati undang-undang? Perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri oleh pihak pembangkang, malah 68 NGO yang turut serta dengan bilangan melebihi 100 000 orang, masih boleh dikatakan sebagai segelintir. Badan Kehakiman yang telah diseleweng untuk menegakkan kejahatan masih boleh dikatakan mengikut undang-undang? Tak perlulah didedahkan di sini, kes-kes pimpinan kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang.
6. Perhimpunan itu bukan budaya kita... Adakah perhimpunan menyaksikan konsert bogel dan seksi adalah budaya kita? Perhimpunan yang meninggalkan kondom bersepahan, adakah ini juga budaya kita? Kenapa perlu mengutuk perhimpunan menuntut keadilan? Kalau benar tidak bersalah, mengapa perlu beriya-iya mengkritik? Jaga pekung sendiri? Kesimpulan Janganlah anda tertukar di antara baik dan buruk. Jangan tertipu dan terpedaya, anda mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah, gunakanlah sebaiknya. Anda juga mempunyai al Quran dan as Sunnah sebagai perlembagaan, amalkanlah isi kandungnya.

No comments

Powered by Blogger.