1 ogos – selamat berhimpun. semoga isa mansuh

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz

Walau apa berlaku, perhimpunan gerakan mansuhkan ISA adalah perhimpunan yang benar. Hasrat kita, niat kita dan matlamat kita sudah membenarkan apa saja yang akan berlaku esok seperti yang dirancang oleh pihak penganjur. Jika berlaku sebaliknya dan bukan daripada perancangan asal, bahkan jika ianya bertentangan, kita putuskan keputusannya esok.




Yang penting, niat kita sudah betul. Sesiapa yang menafikan niat agung kita ini, sesungguhnya dialah pembelot agama, negara dan bangsa!

Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.

Jika anda mahukan sebuah negara yang perkasa, anda mesti menjulang dan menatang kebenaran dan hak. Negara kita masih ditakuk lama. Rapuh pertahanannya, mandul kejantanannya, mudah diserang musuh, tiada perwira untuk diarah bertempur dan tiada jaguh untuk mencabar. Semuanya kerana rakyat dibina untuk menjadi penakut dan dayus. Semuanya kerana kebenaran ditindas dan ditutup. Pejuangnya dicampak ke jeriji ISA yang digunakan buat membunuh kebenaran dan pejuangnya.

ISA membantutkan kebijaksanaan, hikmat, kesarjanaan, keberanian, jati diri, kebenaran dan al haq. Negara kita terbantut kebangkitannya kerananya. ISA membiakkan H1N1 dalam politik negara, malah seluruh sektor kehidupan.

Jadi, pergi jahanamlah puak – puak pro ISA. Kamu pergi jahanamlah menjadi pejuang menyokong ISA. Apakah mata kamu sudah buta?! Telinga kamu telah pekak?! Atau, hati kamu telah keras pejal, mati untuk mendengar kesengsaraan, penderitaan dan kesedihan yang tak pernah dibela pemerintah?!

PPIM, kerja kamu mengharamkan yang haram. Hari ini, kamu berlagak untuk ‘berjihad’ menghalalkan yang haram!!? Bertaubatlah sebelum Allah meruntuhkan segala amalan baik dan terpuji kamu.

Ayuh anak – anak muda, kita bina Malaysia baru. Malaysia baru untuk kita dan generasi baru yang gagah berani bersaing di kelompok hadapan. Ayuh maju, kita runtuhkan tembok dan jeriji Kem Tahanan Kamunting!

No comments

Powered by Blogger.