Harga minyak melonjak lebih tinggi

LONDON: Harga minyak melonjak lebih tinggi dari US$78 setong dalam tempuh empat minggu semalam ketika cuaca sejuk menyelubungi seluruh Amerika Syarikat (AS) dan tanda-tanda pemulihan ekonomi membantu merangsang prospek permintaan terhadap minyak.

Harga minyak meningkat lebih 12% dari US$70 setong dua minggu lalu, dengan harapan peningkatan dalam penggunaan dan kejatuhan harga minyak. Laporan dari kerajaan AS minggu lalu menunjukkan kejatuhan nilai minyak mentah itu dari yang dijangka.

Nilai minyak mentah meningkat 21 sen Khamis lalu, tutup pada US$78.26 pada 1148 GMT, sebelum itu mencecah US$78.68 tertinggi sejak 1 Disember lalu, lapor Reuters.

Iklim dijangka bertambah buruk dan jatuh ke bawah paras normal di hampir seluruh AS dalam tempuh beberapa hari, menurut pakar kaji cuaca, Meteorlogix awal semalam.

Minyak berlegar di paras atas dari lingkungan harga US$70-US$80 setong. Arab Saudi, pengeluar terbesar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) berkata pada paras harga ini, para pengeluar, pengguna dan pelabur merasa selesa.

No comments

Powered by Blogger.