Najib Tak Sabar Nak Habiskan Tahun 09

KUALA LUMPUR 28 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak menunggu-nunggu kemunculan Tahun Baru dan seterusnya menyeru rakyat agar menyertai beliau untuk menjadikan konsep 1Malaysia sebuah realiti.

"Tahun ini pasti telah membawa pelbagai ganjaran dan cabaran, tetapi saya menunggu-nunggu kedatangan 2010, agar kita dapat terus meneroka laluan kita bersama ke arah menjayakan konsep 1Malaysia dari segi semangat dan amalan.

"Saya harap anda terus menyertai saya dalam usaha ini!” kata Perdana Menteri ketika mengimbau tahun yang akan berlalu dalam blognya 1Malaysia ketika tinggal tiga hari saja lagi sebelum penutup 2009.

Najib, yang mengambil alih jawatan pada awal April berkata, daripada tugasnya yang membawa beliau ke serata bahagian negara, beliau telah menyaksikan banyak persitiwa yang membuktikan bahawa konsep 1Malaysia merupakan amalan yang telah berlaku lama di Sabah dan Sarawak.

"Saat-saat ini memberi saya keselesaan bahawa kita berada di laluan yang betul ke arah mencapai perpaduan dan kemakmuran,” tulis beliau, dan menambah bahawa beliau mengambil perhatian nilai 1Malaysia diterima dengan baik.

Najib, pemimpin pertama Malaysia yang menggunakan ruang siber untuk menghubungi rakyat berkata, beliau juga menunggu-nunggu untuk bertemu dengan “rakan-akan internet saya dan peminat” dalam program yang dijadualkan tahun depan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.