2 pemimpin Pakatan ditahan di Plaza Masalam

Ingkar arahan polis supaya tidak berhimpun, susulan insiden semalam

SHAH ALAM: Tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar - kedua-duanya dari Pakatan Rakyat - ditahan polis di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 150 orang yang berdemonstrasi di luar Plaza Masalam kira-kira pukul 10 pagi tadi susulan insiden semalam.

Semalam, mayat Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditemui kira-kira 1.30 tengah hari.

Kebanyakan mereka yang berkumpul telah meninggalkan kawasan pekarangan plaza itu kemudian.

Anggota polis dan FRU diletakkan di plaza tersebut.

No comments

Powered by Blogger.