3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA
Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.
Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.
Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.
Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.
Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.
Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!
http://dppwp.wordpress.com/

2 comments
depa nak buat huru hara.jgn salahkan kami kalo ada yg terpaksa bw senjata tajam!
Tidak ada yang pelik, bro. Mereka juga ingin menyatakan bahawa mereka juga boleh berdemonstrasi dan menyatakan rasa hati kepada puak yang satu lagi... bahawa mereka tidak sama pendapat. Biasalah tu bro... berlainan pendapat itu kan perkara yang lumrah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang merdeka... jangan sampai kita dijajah kembali... Hidup Malaysia
Post a Comment