Ahli Umno dilarang sebut nama parti pembangkang dgn nama 'Pakatan Rakyat'..
Usah sebut ‘Pakatan Rakyat’: Shafie
BANDAR TUN RAZAK – Ahli UMNO dilarang dan dinasihatkan berhenti memanggil nama parti pembangkang dengan ‘Pakatan Rakyat’ kerana nama yang layak untuk mereka adalah ‘Pakatan Pembangkang’ kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata, ahli UMNO khasnya dinasihatkan agar jangan lagi menyebut atau memanggil dengan gelaran itu, kerana ucapan mereka itu adalah satu doa.
“Kita ahli UMNO jangan pula dengan mudah mengiktiraf mereka sebagai pakatan untuk rakyat, mereka bukan pakatan rakyat, malah memecah- belahkan rakyat jadi adalah lebih tepat nama yang dipanggil ‘pakatan pembangkang’ yang mana mereka ini yang sering kali membangkang keputusan kerajaan.
“ UMNO sendiri sebenarnya adalah pakatan untuk rakyat tetapi kita lebih selesa dan yakin dengan nama Barisan Nasional yang menjaga kepentingan bersama sejajar dengan konsep 1 Malaysia kini,” katanya.
No comments
Post a Comment