Alam selepas mati tak kenal selebriti atau populariti
KEMATIAN Michael Jackson, Raja Pop dunia diketahui seluruh dunia, hingga penduduk pedalaman di sebuah negara dunia ketiga. Internet menjadi begitu lembab ekoran minat orangramai yang mahu mengikuti berita kematian seorang artis tersohor.
Presiden Venezuela, Hugo Chavec sehinggakan mengkritik media yang memberi liputan berlebihan kepada berita kematian tersebut. Tersohornya Michael Jackson bukan kepalang.
Berita kematiannya lebih besar dan lebih dimaklumi dan diambil perhatian dari berita kematian al-Ustaz Fathi Yakan, seorang ahli Parlimen Lubnan dan tokoh gerakan Islam terkenal di peringkat antarabangsa, terutama melalui karya-karyanya yang memberi impak besar kepada gerakan Islam sedunia.
Tetapi sayang Michael, ketersohoran anda, populariti anda, bahkan harta anda sebanyak lebih 500 juta USD itu tidaklah menjamin ‘dunia baru’ anda lebih baik dari dunia seni anda di atas dunia.
Keranda anda yang termahal di atas dunia itu pun belum tentu menjamin tempat bersemadi anda yang terhebat di kalangan ‘penduduk barzakh’. Rakan-rakan Hollywood sepersemadian anda juga tidak dapat menjamin apa-apa untuk anda di dunia sebelah sana.
Inilah hakikat yang sering dialpakan oleh orang seperti anda, yang hanya mengejar populariti, mencari glamour, mengumpul harta dunia, dengan meninggalkan bekalan sebenar yang boleh menjamin kehidupan kondusif di alam barzakh itu.
Mujur sahaja anda ada mengucap dua kalimah syahadah (jika benar) yang membantu anda untuk tidak kekal di dalam neraka, jika anda dihumban ke sana nanti. Kalau anda tidak mempunyai kesalahan terhadap manusia, dan dosa anda hanya ‘menyanyi’, tidak mustahil Allah mengampunkan dosa anda itu.
Di Malaysia, artis dan selebriti yang mengucap dua kalimah syahadah juga ramai. Dan ramai juga yang tenggelam dengan dunianya yang tersendiri.
Terkadang hanya kerana sanggup mengejar nama dan populariti, segalanya tergadai-aqidah, agama, akhlak dan harga diri. Bagi mereka yang insaf, selebriti dan populariti belum menjamin kebahagiaan hakiki di alam selepas mati.
NIK NASRI

No comments
Post a Comment