Datuk Seri Azizan Beri Jaminan Rumah Sembelih Babi Mesra Alam

YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam, bagi memastikan keadaan persekitarannya tidak tercemar sehingga menyusahkan penduduk tempatan.


Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah.

"Saya difahamkan tempat itu adalah tanah persendirian yang terletak di tengah bukit, jauh dari penempatan dan memang sudah ada ternakan babi kecil-kecilan di situ. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.

Cadangan itu dibuat bagi menggantikan tapak penyembelihan babi tidak berlesen yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, di kampung Berjaya di Alor Setar, baru-baru ini. Azizan berkata pihaknya kini menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat kajian sebelum meluluskan pembinaan rumah penyembelihan di kawasan berkenaan. -- BERNAMA Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=424708

No comments

Powered by Blogger.