Derhaka Mentamukan Bencana

Oleh atriza

"
Pelbagai peristiwa nyata telah terjadi seperti hancur lebur, musnah dan lenyapnya eksistensi bangsa zaman dahulu. mereka adalah seperti yang dikhabarkan dalam Al-Quran merupakan bangsa-bangsa yang kuat, baik dari segi fizikal mahupun ilmu pengetahuannya.


Al Quran mengabdikan bagaimana kedasyatan banjir yang menghancur lumatkan manusia, iaitu ummat Nabi Nuh `alaihis Salam setelah mereka diperingatkan oleh Nabi Nuh itu selama 950 tahun. Begitujuga dengan Kaum `Ad, Kaum Tsamud dan kaum-kaum lain seseudahnya termasuk Firaun berserta pengikutnya. Mereka telah dimusnahkan oleh Allah, dengan pelbagai yang menimpa.

Semua itu berlaku adalah disebabkan mereka kufur, syirik dan derhaka kepada Allah Rabbil `alamin. Kederhakaan pertama dalam sejarah adalah yang dilakukan oleh Iblis laknatullah alaihi. Dan dari itu berlakulah malapetaka yang berlarutan kepada makhluk.

Kerana kederhakaannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala, Iblis menjadikan makhluk yang bergelar manusia sebagai sumber kekafiran dan diberi kesempatan Allah untuknya hidup sehingga Hari kiamat bagi memainkan peranannya, menyesatkan ummat dan melempiasakan dendamnya hingga semua makhluk itu menjadi derhaka sepertinya juga.

Mangsa pertama yang diperdayanya ialah Adam dan Hawa `alaihimus salam, hingga keduanya terusir dari Syurga. Akan tetapi Iblis tidak berkuasa memperdayakan Adam berterusan. Anak, cucu, cicit dan generasi keturunan Nabi Adamlah menjadi sasaran Iblis. Begitulah seterusnya, hingga membiaknya generasi kafir menjadi pengikut Iblis dan menjadi kakitangan Iblis, bersama melakukan konspirasi untuk menyesatkan ummat dan akhirnya dihancurkan Allah Subhanahu Wa Ta`ala di dunia sebelum tibanya balasan yang Maha Hebat di Akhirat kelak yang bernama neraka.

Begitulah berterusannya, patah tumbuh hilang berganti, orang-orang kafir generasi pertama yang musnah datang pula generasi yang berikutnya. Begitulah sehingga akhir zaman. Iblis tidak akan pernah puas dan asa dalam menggoda dan menjerumuskan manusia ke lembah neraka bersamanya.

Sesiapa yang termakan hasutan dan provokasi Iblis nescaya akan binasa. Bentuknya cepat atau lambatnya dan sifat kebinasaan adalah kekal hingga Hari Akhirat.

Berdasarkan sejarah yang dinukilkan dalam Al Quran Karim dan berdasarkan Sunnah Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wasallam bahawa kebinasaan, kehancuran dan kefatalan adalah akibat kederhakaan, kekafiran dan kesyirikan kepada Allah Azza Wajalla.

Realiti kini adalah kemusyrikan yang berleluasa. Kenyataan ini dapat dilihat dengan berleluasanya manusia bergantung pada manusia seperti berurusan dengan bomoh, memuja tempat-tempat yang digemburkan keramat, membuat taruhan berkaitan sesuatu, mengagungkan sesuatu yang dikatakan sakti yang kini banyak berleluasa baik melalui media cetak mahupun media elektronik.

Selain kemusyrikan itu maraknya kemaksiatan yang nyata. Perti perjudian, pelacuran, rasuah, pembunuhan, perzinaan, peragut dan lain-lainnya.

Sungguh ummat kini tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah menimpa ummat yang terdahulu. Jika ummat kini tidak mahu mengalami kebinasaan, tentu mereka dengan ikhlas menurut segala perintah dan ketaatan serta tidak menderhakai Allah. Sewajarnya berpegang kepada erat kepada Al Quran dan As Sunnah Rasulullah sesuai dengan apa yang berkaitan dengan syariat.

Sebagai bukti bahawa ummat ini telah kembali kepada ketaatan dan tidak derhaka kepada Allah dan RasulNya adalah bahawa mereka tidak akan bertoleransi terhadap kebatilan dan kemungkaran walaupun hanya sekecil zarah. Apalagi berkaitan kemusyrikan, bid`ah dan khurafat termasuklah dalam sistem apa pun.

Moga bermanfaat buat sekalian.. bersamalah kita martabatkan Amar Maaruf Nahi Mungkar, semata mendambakan redha Allah. insya`allah

No comments

Powered by Blogger.