Empat Doktor Hospital Kerajaan Bedah Siasat Mayat Teo
KLANG, 17 Julai - Hasrat untuk mendapatkan khidmat pakar Patologi dari Thailand tidak kesampaian, apabila keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.
Justeru, Teo yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari tingkat 14, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, petang semalam, dibedah siasat oleh pakar hospital kerajaan hari ini.
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media, mahu urusan bedah siasat ke atas mayat Teo, turut dilakukan oleh pakar bedah dari hospital swasta bagi memastikan dengan jelas, punca kematian Teo.
Kematian Teo telah menimbulkan seribu tanda tanya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu siasatan terpeinci dijalankan oleh pihak polis terhadap kejadian itu dan meminta bedah siasat mayat turut dilakukan oleh pakar asing.
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, sekumpulan empat doktor bedah dari Jabatan Forensik hospital itu, kelihatan memasuki bilik mayat, kira-kira jam 11.30 pagi.
Suasana muram dan sedih menyelubungi perkarangan rumah mayat HTAR, apabila keluarga serta tunang Teo berkumpul dan menunggu beramai-ramai sejak awal pagi lagi.
Teo dan tunangnya, Teng Shuw Hoi, 29 tahun dijadual akan mendaftarkan perkahwinan mereka di Melaka, hari ini.
Teng bagaimanapun enggan di temubual pemberita dan hanya mengalirkan airmata sewaktu ditanya tentang kematian Teo.
Empat doktor bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur dan hospital ini, selesai menjalankan tugas mereka jam 6.25 petang tadi.
Mayat Teo kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah, Melaka untuk upacara pengkebumian. Mayat Teo akan disemadikan di Taman Peringatan Semenyih, Isnin ini.
Pihak hospital dan doktor pakar terbabit bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang laporan mengenai bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Teo.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, kematian Teo tidak masuk akal sekiranya beliau dikatakan membunuh diri.
Tambahan lagi, katanya, kehilangan telefon bimbit Teo selepas kematiannya di bangunan SPRM itu menjadi tanda tanya kerana ia merupakan satu bukti yang penting untuk mengetahui panggilan keluar dan masuk, serta sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Teo.
“Saya tidak boleh terima (kepada SPRM) jawapan macam ni kerana kita sangat bergantung kepada handphone kerana pihak kita tak percaya Beng Hock membunuh diri, jadi suspek. Handphone sangat penting untuk kita, tak boleh terima, mahu handphone itu jugak,” katanya.
Ronnie turut menemui keluarga Teo di perkarangan rumah mayat berkenaan sambil menenangkan mereka yang diselubungi kesedihan.ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR

No comments
Post a Comment