Jawapan Balas Pernyataan supaya Tok Guru Letak Jawatan

Tulisan ini tidak berniat langsung mempertikaikan kredibiliti dan autoriti Tuan Guru Mursyidul Am. Tetapi sekadar pandangan peribadi demi kerana sayangkan Tuan Guru Mursyidul Am ini.

Tajuk tulisan ini sudah lama berlegar dalam kepala penulis. Tetapi penulis hentikan sekejap untuk menunggu keputusan PRK Manik Urai dikeluarkan.

Penulis juga tidak pernah menganggap kemenangan tipis PAS di Manik Urai sebagai alasan supaya Tok Guru Letak jawatan.

Sewaktu Muktamar ke 55 baru, penulis sempat melihat kelibat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan turun dari pentas. Kebetulan pula penulis berada berdekatan dengan pentas tersebut.

Penulis melihat, terlalu uzur dan letihnya Mursyidul Am yang disayangi oleh kita semua. Letihnya beliau berjuang dalam PAS. Beliau telah berjuangan semenjak zaman Dato’ Asri Muda sehingga sekarang ini.

Umur beliau sekarang ini hampir 79 tahun. Waktu sebegini ialah waktu emas untuk urusan beliau bersama dengan Allah SWT. Penulis tidak berkata bahawa bergiat dalam politik tidak mendapat pahala.

Penulis tidak mempersoalkan jawatan beliau sebagai seorang mursyidul Am. Bahkan penulis berharap beliau memegang jawatan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Yang penulis minta ialah kepada pimpinan PAS agar memikirkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan. Penulis merasakan bahawa apa yang Tok Guru impikan hampir tercapai dalam 70%. Bahkan kesemua barisan exco sekarang ini telah memahami standard kerja Tok Guru memperjuangkan Membangun Bersama Islam dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Penulis sentiasa mengikuti tulisan Mohd Sayuti Omar yang mengceritakan tentang pergolakan politik negeri Kelantan tentang pelbagai perkara. Penulis tidak pasti kebenaranya macam mana.

Kalau betul ianya berlaku, bermakna lebih selamat kalau Tok Guru meletakkan jawatan beliau diwaktu hidupnya. Sekurang-kurangnya kalau berlaku pergolakan politik kelantan. Tok Guru sebagai penyelesainya. Ataupun sekurang-kurang mereka yang ingin berbuat onar dalam politik kelantan, “malu mata” sikit dengan Tok Guru.

Kalau pergolakan politik itu tidak berlaku, sekurang-kurangnya PAS Kelantan telah berjaya menonjolkan pelapis yang cukup berkaliber seperti YB Ust. Ahmad Yaakob, YB Datok Paduka Husam Musa dan YB Dato’ Mohd Ammar bin Nik Abdullah.

Penulis tidak pasti siapa calon yang paling sesuai. Bagi penulis ramai dikalangan exco Kelantan layak menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Kelantan.

Lebih-lebih penulis mendengar bahawa Tok Guru selalu uzur daripada menjalankan tugasan sebagai MB. Penulis pun tidak pasti kebenarannya.

Mungkin saranan YB Ibrahim Ali boleh di ambil penting oleh pimpinan PAS. penulis difahamkan tugas untuk menukar MB terletak di bawah kepimpinan PAS Pusat. Ini Cuma cadangan penulis.

Sekali lagi penulis menyebut. Cadangan ini bukan bermakna penulis mempertikaikan kehebatan Tok Guru. Tetapi kerana sayangkan Tok Guru Mursyidul Am.

Maafkan penulis kalau tulisan ini boleh mengguris hati pembaca.

SUMBER : www.attakiri.blogspot.com


ULASAN :

PERTAMA - Siapakah penulis? Graduan dari Damsyik? Anak didik Maahad Darul Quran? Adakah semua itu cukup untuk beliau meluahkan pandangan "terbukanya" secara sembrono sedemikian?


KEDUA - Laman web dan pandangan yang digunapakai atau "diambilkira" adalah suara MSO dan suara Ibrahim Ali. Kenapa pandangan dua makhluk perosak nih yang diambil kira?


KETIGA - Kenapa anda tidak menyuarakan pandangan yang sama supaya pimpinan expired di Terengganu berundur ketika PAS tersungkur di Terengganu dahulu?


KEEMPAT - Jika alasan kesihatan dijadikan pegangan untuk meminta TG Hj Nik Aziz berundur, alasan yang sama juga sepatutnya digunakan untuk meminta pimpinan ytang expired di Terengganu tu berundur.


KELIMA - Jika faktor usia itu yang menjadi alasan dan pegangan, maka gunakanlah alasan dan pegangan yang sama untuk pimpinan expired di Terengganu untuk berundur.


KEENAM - Jika alasan sudah ramai pimpinan muda yang berkaliber yang mampu menjiwai perjuangan TG Hj Nik Aziz yang mampu menyambung usaha beliau, adakah di Terengganu tidak ada pimpinan berkaliber yang mampu menjiwai perjuangan pimpinan expired di Terengganu itu?

Atau memang di Terengganu, PAS telah menjadi milik peribadi kelompok kelompok expired itu?

Atau adakah pimpinan expired di Terengganu itu masih gagal mendidik anak muda PAS untuk menjadi waris kepimpinan mereka?


KETUJUH - Anda mengambilkira pandangan MSO dan Ibrahim Ali walaupun anda menyebutkan anda sendiri tidak pasti sejauh mana benarnya dakwaan makhluk dua ekor nih.

Adakah PAS di Terengganu tidak bergolak? Adakah PAS di Terengganu itu tidak punya pertikaian dalaman? Atau adakah anda merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS di Terengganu itu benar dan molek belaka?


KELAPAN - Anda "attakiri". Maknanya, anda dari Terengganu. Anda menggunapakai pandangan dan idea bangang MSO serta Ibrahim Ali yang sudah tidak punya maruah diri itu.

Anda juga langsung tidak menyentuh pimpinan expired di Terengganu. Adakah anda merupakan suara suara Kerajaan Perpaduan yang sudah menjadi gemulah itu?


KESEMBILAN - Kita faham gelodak hari "attakiri" tetapi carilah jalan yang lebih sesuai untuk menyuarakan pandangan supaya pandangan "attakiri" itu tidak menjadi polemik yang panjang.

Mungkin kaedah menulis surat peribadi yang dialamatkan secara terus kepada TG Hj Nik Aziz lebih sesuai untuk anda gunapakai bagi menyuarakan rasa hati anda ini.


KESEPULUH - Jangan ambil maklumat daripada sumber yang gelap atau sumber yang samar samar supaya anda tidak mendapat maklumat yang gelap dan samar samar kerana kebiasaannya maklumat yang gelap atau samar samar ini hanya akan mewujud perpecahan walaupun secara senyap.


Islam mengizinkan perbezaan pandangan tetapi dalam masa yang sama perbezaan itu wajib dipadamkan supaya perbezaan tidak menjadi perpecahan.

Saya bukan lulusan Syria. Saya bukan anak didik Maahad Darul Quran. Saya bukan pelajar PASTI. Tetapi, jangan cuba cuba menyentuh TG Hj Nik Aziz dengan cara yang sembrono begini.

Memang benar, yang membawa kita ke syurga hanyalah al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

Namun, wajib disedari bahawa ulamalah yang akan memahamkan kita tentang al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

Sungguhpun begitu, wajib juga disedari bahawa ulama juga perlu muhasabah dirinya sendiri dan jangan hanya asyik mengeluarkan pandangan ataupun hujah untuk orang lain sahaja.

Jika ulama gagal muhasabah diri dan hanya asyik mengeluarkan pandangan terhadap perilaku orang lain sahaja sehinggakan pandangan beliau itu telah menatijahkan kekalutan di kalangan ahli jemaah, maka muhasabah diri itu menjadi wajib ke atas ulama tersebut.

Nota : Pimpinan expired itu tidak merangkumi TG Presiden dan Ust Bakar Chik.

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/07/ada-makhluk-minta-tg-hj-nik-aziz.html#comments

No comments

Powered by Blogger.