Jika Asri Sudi Mendengar...
Kurang dapat dipastikan apakah motif sebenar Asri menulis dan menujukan tulisannya kepada Pas. Boleh jadi dia ikhlas untuk menegur Pas dan boleh jadi juga dia membekal ‘peluru’ kepada Umno untuk menghentam Pas. Hanya dia yang tahu isi hatinya sendiri.
Asri menggunakan ungkapan ‘parti itu’ dan ‘mereka’. Contohnya, “…parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca…”. Begitu juga dengan mereka, “…mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka…”.
Ungkapan ‘parti itu’ dan ‘mereka’ adalah terlalu umum. Adakah kedua-dua ungkapan itu merujuk kepada Pas secara keseluruhan atau ahli Pas semua sekali? Begitu juga ungkapan, “…mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri…”, siapa mereka di sini? Semua pemimpin Pas saling mencerca, atau ahli Pas saling mencerca sesama sendiri?
Tentu mustahil semua pemimpin Pas dan ahli Pas kerjanya adalah mencerca. Memang ada yang mencerca, tetapi itu bukan ‘parti itu’ dan ‘mereka’. Memukul borong seperti yang dilakukan oleh Asri di dalam tulisannya mendedahkan bahawa Asri ada niat lain, bukan niat untuk menegur.
Kalau di dalam Pas ada orang yang mencerca, dalam Umno juga ada, dalam mana-mana parti dan pertubuhan pun ada. Asri tidak menghalakan tegurannya kepada Umno dengan menggunakan perkataan ‘parti itu’ dan ‘mereka’. Mengapa kedua-dua ungkapan itu dihalakan kepada Pas?
Kalau Asri berniat menegur, bukan begitu caranya. Apabila Asri menggunakan ‘parti itu’ dan ‘mereka’ mencera, tanpa Asri sedar, Asri juga sebenarnya mencerca. Asri menuduh pemimpin dan ahli Pas yang tidak pernah mencerca sebagai pencerca. Bukankah itu juga adalah cercaan?
Orang berijazah panjang seperti Asri tentu lebih arif mengenai kaedah penulisan secara khusus dan lebih menjurus. Tetapi apabila dia menulis secara borong begitu, ramai tercium bahawa dia ada niat lain. Niat itu ialah menghiburkan hati pemimpin Umno.
Sangkaan itu diperkuatkan lagi dengan kondisi Asri ketika ini. Kalau dia tidak belajar menasihati Pas dari sekarang, tentu dia menghadapi sedikit laluan sukar untuk berjalan seiring dengan pemimpin Umno.
Asri perlu menarik perhatian pemimpin Umno dari sekarang. Masanya di luar negara semakin pendek. Mahu tidak mahu dia perlu pulang ke tanah air. Kalau dia tidak dipandang oleh pemimpin Umno, tentu dia berhadapan laluan berliku dalam kariernya.
Justeru dia perlu lebih kerap menasihati pemimpin Pas dan ahli Pas supaya Pas kelihatan buruk sehingga perlu dinasihati. Itu lebih baik daripada dia menasihati Umno.
Asri merasakan bahawa dia berhak menegur Pas dengan alasan mencerca, bagaimana kalau diputar kembali ucapan-ucapan Asri sendiri yang mengandungi cercaan secara halus kepada mereka yang tidak sealiran dengannya? Sedarkah Asri mengenai perkara ini?
Sebagai mana Asri merasai dan memahami ucapan ‘parti itu’ dan ‘mereka’ sebagai cercaan, bagaimana pula kalau dikatakan ‘parti itu’ dan ‘mereka’ yang mendengar ucapan Asri juga merasai Asri mencerca ‘parti itu’ dan ‘mereka’?
Asri mungkin tidak sedar dengan ‘cercaan’ yang terkandung di dalam ucapannya, kerana dia merasa dia sentiasa benar dan hebat, orang lain pula sentiasa salah dan lemah.
Kalau Asri inginkan ‘Pas’ mendengarnya, Asri juga perlu belajar mendengar orang lain. Itu pun jika Asri sudi mendengar.
(Kiriman ini adalah respon terhadap tulisan Dr Asri dalam blognya).
bila sauh bongkar

No comments
Post a Comment