Kekusutan Umno Terengganu sukar dipulihkan
Oleh: Mat Zain Mat Isa
Tidak sayugia dipertikaikan lagi sekiranya ada mana-mana pihak mengibaratkan pergolakan dalaman Umno Terengganu persis api dalam sekam. Meski pun sudah dicucuh api, pada zahirnya timbunan kulit padi itu masih kelihatan menarik, bahkan sesuai dijadikan tempat kanak-kanak main pijak-pijak, main lanyak-lanyak.
Permukaannya begitu tenang dan hanya sesekali dihembusi asap dari bawah timbunan. Namun, sesiapa saja yang mengetahui hakikat bahaya tersembunyi di bawah sisa buangan itu tidak akan membenarkan ia didekati. Apatah lagi membenarkan anak-anak bermain atau berlarian di atasnya.
Api dalam sekam tidak pernah padam sehinggalah habis kesemua timbunan sekam itu dimakannya. Meski pun api yang membakarnya tidak galak dan tidak terzahir keluar, ia tetap membara. Api itu hanya menunggu kesempatan yang baik, seumpama tiupan angin kencang, untuk menunjukkan potensi sebenarnya yang ganas membakar.
Api dalam sekam juga sukar dipadamkan terutama dengan sedikit jirusan air hujan. Struktur kulit padi yang poros dan berongga membantu melindungi api daripada diterjah air.
Tidak sukar menghuraikan apa yang telah dan masih dialami Umno Terengganu berdasarkan sifat-sifat api dalam sekam itu. Pada zahirnya parti itu kelihatan tenang, bahkan sangat ‘selamat’ sehinggakan rakyat Terengganu terpedaya lalu menjadikannya tempat menumpang nikmat pemerintahan.
Malangnya, api permusuhan antara para pemimpinnya yang dicucuh pada Mac 2008 tidak kunjung padam. Meski pun bahang tidak terbendung dari pertembungan dalaman itu hanya keluar berkepul-kepul pada ketika tertentu sahaja, ia sudah cukup menakutkan rakyat untuk mendekati ‘timbunan’ para pemimpin parti itu.
Sudah semakin sukar ditelah bilakah dan apakah yang akan berlaku hasil pertembungan di kalangan mereka. Hari ini mereka kata tidak ada persengketaan dan perpecahan, esoknya akan ada yang membelasah pihak lain dengan berbagai alasan. Pertukaran serangan dan kecaman itu berlarutan.
Acapkali disebutkan bahawa pertentangan terbuka antara para pemimpin Umno Terengganu adalah ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Bantahan yang pada awalnya disertai kesemua 23 Adun Barisan Nasional (BN) lain berpanjangan hingga kepada isu usul undi tidak percaya, isu sistem pesanan ringkas (sms) ugutan dan seumpamanya.
Telah dibicarakan juga betapa pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai teraju Umno Terengganu adalah usaha terbaik yang mampu difikirkan Umno Pusat bagi mendamaikan puak-puak bersengketa dalam parti itu.
Pada awalnya semua pihak dalam Umno Terengganu menyambut baik pelantikan itu. Namun mereka tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kata sambutan itu sebenarnya tidak ikhlas.
Sebab itu setelah Hishammuddin mengumumkan pelantikan tiga jawatan utama Umno negeri pada 21 Jun lalu, suara-suara tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Hishammuddin mempertegaskan pendiriannya yang tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.
Keyakinan beliau itu bagaimana pun tidak dikongsi para pemimpin Umno Terengganu, terutama dari puak yang menentang Ahmad. Barisan kepimpinan utama diumumkan Hishammuddin itu dinilai lebih menguntungkan kumpulan menteri besar itu.
Bagai diduga, pemimpin paling berani meluahkan rasa tidak puas hatinya ialah Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid. Bekas anggota Exco negeri itu dikenali menerusi peranan utamanya sebagai jurucakap kepada kumpulan Adun-Adun BN yang menentang Ahmad sepanjang pergolakan dalaman Umno Terengganu sebelum ini.
Kali ini beliau menjadikan Hishammuddin pula sebagai sasaran. Memanfaatkan laman blognya, Rosol menyifatkan Menteri Dalam Negeri itu bersikap berat sebelah.
“Ini disebabkan beliau buat tidak ‘pamme’, buat endah tak endah kepada ‘suara’ ahli Yang Berhormat (YB) ketika pertemuan di pejabatnya sebulan lalu sehingga menyebabkan ramai YB berasa kurang senang,” akhbar harian 8 Julai memetik tulisannya itu.
Rosol merujuk kepada pertemuan tertutup antara Hishammuddin dengan semua pemimpin penting Umno Terengganu sebelumnya.
Hishammuddin dalam reaksinya terhadap kenyataan itu bagaimana pun menegaskan tidak bersedia melayan suara-suara sumbang.
“Saya buat semua ini untuk kebaikan negeri Terengganu dan jika ada suara yang tidak berpuas hati, saya tidak mahulayan. Lagi pun, saya tahu Rosol dalam kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh,” katanya.
Penegasan ketua mereka itu bagaimana pun gagal meredakan tentangan para pemimpin Umno, terutama terhadap Ahmad. Bisik-bisik mengenai rombakan Exco kerajaan negeri pula disebarkan. Kononnya Ahmad yang semakin tertekan dengan desakan berterusan kumpulan penentangnya mahu membersihkan kepimpinan kerajaan diterajuinya daripada pemimpin yang tidak sebulu.
“Siapa kata(rombakan Exco)? Setakat ini semuanya berjalan dengan sempurna. Kita berilah peluang pada mereka (Exco) sekurang-kurangnya pegang jawatan satu penggal. Tidak adillah jika (baru) setengah jalan kita tukar (barisan Exco),” jelas Ahmad, Rabu (15 Julai) lalu.
Itulah hakikat yang melanda Umno Terengganu. Hari ini satu pihak mendakwa begitu, esoknya pihak lain menafikannya. Mainan kata mereka itu akan terus bersilih-ganti, selagi mana api permusuhan antara mereka tidak terpadam

No comments
Post a Comment