Kerajaan Selangor Menolak Amalan Kalung Bunga Di Tugu Negara
SHAH ALAM, 24 Julai - Pada kelazimannya, pemimpin negara ini menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun dengan mengalung bunga dan bertafakur di dataran Tugu Negara atau tugu peringatan.
Malah ada juga yang mengadakan konsert amal bagi mengutip derma dan sumbangan sebagai tanda menghargai pengorbanan wira yang sanggup berkorban, mempertahankan tanah air tercinta ini.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan Kerajaan Selangor yang mengadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil untuk dihadiahkan kepada pejuang yang sudah terkorban ataupun yang masih hidup.
“Program ini usaha untuk memperingati sumbangan pahlawan kita iaitu tentera yang telah bersedia untuk mempertahankan negara dan untuk menjaga keamanan negeri. Jadi oleh sebab itu kita mengadakan majlis baca Yaasin dan Tahlil untuk mereka yang telah meninggalkan kita. Di samping itu membaca doa selamat supaya mereka dapat terus berjuang demi kejayaan negara Malaysia dan rakyat Selangor merasakan usaha kita ini sedikit banyak dapat memberi perangsang dan motivasi kepada mereka”, kata Tan Sri Abdul Khalid.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tengahari tadi.
Menurutnya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sudah mengaturkan pelbagai program sempena Hari Pahlawan 2009.
Antaranya, membuat kutipan derma dan sumbangan bukan sahaja kepada bekas askar, malah keluarga dan balu mereka juga turut dibantu untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.
“Kita telah buat beberapa rancangan antaranya ialah kutipan derma yang dulunya tidak berapa banyak mereka yang digalakkan untuk menderma, tapi kali ni kerajaan negeri dan beberapa MAIS, Majlis Agama Islam juga akan mengadakan perbincangan dimana kita boleh memberikan sumbangan kita untuk masa depan balu-balu, keluarga dan askar-askar yang telah bersara. Saya ingat dalam bulan puasa”, jelas Tan Sri Abdul Khalid. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments
Post a Comment