Ketua Penerangan Umno Yang Banyak Menipu!

Satu program sebulan di semua 56 DUN, intipati Pintas rampas Selangor KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (Pintas) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui Pintas, semua jentera penerangan di setiap DUN diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.

“Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini.

- Bernama

buat la tajuk " banglo mu ku was-was saudara khir"
Lembu punya susu, SPRM dapat nama! kahkahkahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.