Khir Tolo! Tolong Basuh Najis Anda Terlebih Dahulu!

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Skandal pembinaan banglo mewah milik mantan Menteri Besar Selangor menjadi hangat apabila satu lagi pendedahan baharu dibuat oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu di pejabatnya, pagi tadi.

Katanya, laporan Jabatan Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini, mendapati pemilik asal tanah banglo kontroversi di lot PT 62 (No.8) dan PT 65 (No.10) adalah milik Saiful Aznir Shahabudin.

Ronnie berkata, dua lot tanah yang berstatus pajakan 99 tahun itu kemudian dipindah milik kepada syarikat Tetuan Ditamas Sdn Bhd untuk mengaburi pandangan pihak tertentu, sebelum diserahkan kepada Khir Toyo selaku pembeli.

“Ditamas all who put in the application of transfer the title, apply for perobohan. Everything done by Ditamas, but Ditamas do not need such a banglo lah. So semua ni Ditamas seolah-olahnya Ditamas buat untuk seorang lah, dia bukan untuk syarikat”, katanya.

Ronnie melihat syarikat Tetuan Ditamas Sdn Bhd, dipercayai sebagai orang suruhan Khir Toyo, untuk menguruskan segala urusan pembelian hartanah tersebut.

Ini termasuklah dari proses memindahkan hak milik tanah sehinggalah kepada pembinaan banglo mewah tersebut walaupun tidak mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri.

“Apa yang saya tahu, sebelum cantuman diluluskan, rumah itu telah dibuat or sedang dibuat. So Ditamas is doing it for somebody, he got apply for roboh, then he built the one with the gazebo, with a kolam air, all that & all that”, jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ronnie memberitahu permohonan cantuman kedua lot tanah itu diluluskan oleh beliau sendiri kira-kira pada Jun tahun lepas.

Dalam masa yang sama, Ronnie sendiri tidak mengetahui bangunan banglo tersebut sedang dibina di atas tanah tersebut kerana beliau beranggapan pegawai-pegawai berkuasa negeri sudah membuat pemantauan dan siasatan sebelum diluluskan.

“Cantuman tanah approve by me, after the election, approve by exco lah, thats means dia sudah buat rumah dulu, sebelum dia buat cantuman application. I did not know that he started building, we taught we want to cantum dua tanah why should I stop it”, tegasnya.

Berdasarkan laporan, Jabatan Bangunan MBSA lagi, dipercayai transaksi pindah milik kedua tanah berkaitan dibuat pada 26 Oktober 2005 kepada Pejabat Tanah Selangor yang kemudiannya diluluskan pada 29 Jun 2007.

Selain itu, syarikat Ditamas Sdn Bhd juga dilaporkan mengemukakan permohonan untuk menyatukan dua lot tanah seluas 1.3 ekar ke Pejabat Tanah Daerah Petaling pada 22 Jun 2007.

Walau bagaimanapun, Ditamas Sdn Bhd sudah dikenakan denda kerana membina dahulu sebelum mendapat kebenaran Majlis dan terkeluar daripada garisan anjakan bangunan.

Pada masa ini, Khir sekeluarga masih tidak dibenarkan pindah masuk ke kediaman baharunya itu sebelum Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan pihak majlis.

Sehubungan itu, satu siasatan menyeluruh terhadap Jabatan Bangunan, MBSA bakal dijalankan bagi mengenalpasti pegawai-pegawai yang terbabit dalam kerja-kerja pemantauan dan penilaian pencantuman tanah yang terlepas pandang, ekoran kesalahan membina dahulu sebelum permohonan pencantuman tanah tersebut diluluskan.

Sehingga kini, pihak perunding Khir Toyo, Tetuan Mohd Riza Architect masih gagal mengemukakan borang-borang Perakuan Berperingkat kepada MBSA sebelum sijil CCC dapat diberikan untuk menduduki kediaman tersebut.

No comments

Powered by Blogger.