Khir Toyo, Dun Selangor, Dun Perak dan ntv7
Nampaknya insiden Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo diarah keluar dewan oleh Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim dimanipulasikan sebaik mungkin oleh BN bagi menggambarkan betapa tidak demokratiknya kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Iklan
Malah mantan MB Selangor itu diposisikan sebagai 'mangsa' sikap balas dendam Speaker Dun Selangor yang pernah mengalami nasib serupa ketika menjawat Ketua Pembangkang Dun Selangor sewaktu pemerintahan BN.
Semuanya berpunca daripada tindakan peguam Khir Toyo yang mengemukakan surat saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim di kawasan Dun Selangor.
Khir Toyo diperintah keluar dewan selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker sebagai 'bias' (berat sebelah).
Teng yang 'terganggu' dengan tuduhan Khir berulang kali meminta Pengerusi Kumpulan Pemikir Umno Selangor itu menarik balik kenyataannya.
Sewaktu sesi perbahasan Bajet Tambahan 2009, Ng Suee Lim mengadu kepada Teng yang beliau telah menerima surat guaman dari Khir di dalam kawasan dewan dan meminta penjelasan sama ada tindakan peguam Khir itu wajar.
Teng kemudian menyatakan bahawa Konvensyen Parlimen Komanwel tidak membenarkan tindakan undang-undang seperti menyampaikan notis guaman dibuat di kawasan dewan kerana ia boleh menghakis imuniti yang dinikmati wakil rakyat.
Teng kemudiannya menegur Khir dan memintanya supaya jangan mengulangi perkara itu, sambil memberi amaran bahawa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan boleh mengambil tindakan terhadapnya.
Khir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa 'standing order' mengehadkan 'dewan' kepada 'dewan mesyuarat'.
Teng kemudiannya meminta Khir membacakan peruntukan tersebut tetapi Khir gagal berbuat demikian setelah terkial-kial membelek buku 'standing order'.
Beliau kemudian tetap berkeras kononnya istilah 'dewan' hanya merujuk kepada dewan mesyuarat dan mendakwa speaker berat sebelah.
Teng yang berulangkali mendesak Khir supaya menarik balik kenyataan 'bias'nya itu akhirnya memerintahkan Khir keluar dewan.
Khir akhirnya akur dengan dituruti 11 lagi Adun BN sebagai membantah tindakan Speaker.
Di lobi Dun, Mohd Khir yang juga Adun Sungai Panjang menyatakan kekesalan terhadap tindakan Teng dan menyifatkannya sebagai satu bentuk ketidakadilan.
Malah katanya, tindakan itu juga jelas menunjukkan Teng menyalahgunakan kuasanya sebagai Speaker Dun.
"Sebab itu saya fikir Speaker bias kerana 'dewan' itu sendiri merujuk sidang yang berlangsung di dalam dewan baik Dun mahu pun Parlimen.
"Saya harap rakyat dapat lihat bagaimana mereka menggunakan Dewan untuk kepentingan peribadi," rungut beliau.
Malah Khir juga akan berbincang dengan peguamnya termasuk mendapatkan nasihat berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Teng.
Untuk makluman pembaca, Mohd. Khir menyerahkan surat saman itu kepada Suee Lim selepas Adun Sekinchan itu mendakwa beliau membina banglo di Seksyen 7, Shah Alam dengan kos RM24 juta.
Dakwaan itu dinafikan Mohd. Khir yang menjelaskan kos sebenar rumah tersebut hanyalah kira-kira RM3 juta sahaja hasil pinjaman bank.
Begitulah hebatnya Khir dan wakil BN mempertahankan hak mereka. Bayangkanlah jika insiden serupa yang berlaku di Dun Perak beberapa bulan lalu berlaku di Dun Selangor dan mangsanya ialah Khir dan Adun-Adun BN.
Apa agaknya yang bakal diulas oleh Khir apabila Speaker Dun yang sah dihalang daripada menjalankan tugasnya oleh SUK. Bukan sahaja mikrofon Speaker dipadamkan, malah Speaker dan kerusinya sekali diusung keluar dewan oleh pegawai polis yang bersenjata! Mengapakah insiden itu tidak pula diwar-warkan oleh media massa arus perdana sebagai "amalan demokrasi gaya BN"?
Benarkah insiden Khir Toyo diarah keluar dewan membuktikan Pakatan Rakyat tidak demokratik? Hanya rakyat sahaja yang dapat menilainya.
Pun begitu, elok rasanya kita meninjau apa yang berlaku di sebuah stesen tv tempatan - ntv7 seperti dilaporkan Malaysiakini.
Kenyataan yang tidak memihak PM oleh salah seorang tetamu jemputan dalam program "Point of View" ntv7 menjadi punca pengacara dan penerbit rancangan itu, Florence Looi menerima surat amaran dan terus ditukar ke meja berita.
Tetamu tersebut memberikan penarafan 'C' atau 'D' terhadap prestasi PM, Dato' Seri Najib Razak bagi 100 hari pentadbirannya.
Looi khabarnya didakwa melanggar dasar redaksi pengarang ntv7, kata sumber-sumber ntv7 yang dipetik Malaysiakini.
Dua tetamu jemputan program yang dipancarkan pada 5 Julai lalu ialah penulis Syed Akhbar Ali dan editor perunding, Leslie Lau dari Malaysian Insider. Lau memberi penarafan 'C' atau 'D' bagi pentadbiran Najib.
Sumber-sumber itu berkata, Looi selepas itu diberitahu secara lisan bahawa dia tidak seharusnya meminta mereka memberi penarafan terhadap prestasi Najib.
Ntv7 adalah salah sebuah daripada empat stesen TV swasta milik Media Prima Bhd yang ada kaitan dengan Umno. Tiga lagi stesen miliknya ialah TV3, 8TV dan tv9.
Sebelum ini berita mengenai banglo mewah milik Khir Toyo hanya sempat disiarkan dalam berita Mandarin jam 5.30 petang di ntv7.
Selepas itu, berita itu tidak lagi disiarkan oleh buletin berita di stesen lain milik Media Prima.
Dilaporkan sejak Najib mengambil alih kuasa, pegawai tinggi Media Prima yang ada kaitan dengan mantan PM Abdullah Ahmad Badawi telah diganti.
Mereka yang berkhidmat sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik semula menerajui media, sehingga mencetuskan persepsi akan mewujudkan suasana media yang lebih banyak sekatan.
Bekas pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk Ahmad Talib kini dilantik sebagai pengarah eksekutif berita dan operasi jabatan pengarang di Media Prima, serta sebagai pengarah Eksekutif (jabatan pengarang) di New Straits Times Press.
Bekas pengarang kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail dilantik sebagai pengarang kumpulan NTV7, 8TV, TV9 dan rangkaian radio, bagi membantu Ahmad.
Dari laporan-laporan media di atas mungkin cukup untuk para pembaca membuat kesimpulan tentang pihak yang sebenarnya tidak demokratik - sama ada "pakatan pembangkang" yang memerintah Selangor ataupun "parti pemerintah BN" yang menjadi pembangkang di Selangor.
Dua istilah itupun sudah dimanipulasikan media arus perdana sehingga memeningkan kepala kita! - tajdid

No comments
Post a Comment