Melayu keparat, Melayu melarat - Papan dinding dia makan, atap rumah dia makan

Oleh DAP Melayu

Umno tidak pernah jujur dalam membantu nasib orang Melayu. Umno memang suka orang Melayu hidup melarat, dan lebih suka orang Melayu hidup dalam kesusahan, dalam kemiskinan kerana mudah diumpan dengan gula-gula pembangunan. Mudah dibeli bila perlu.

Di mana ramai orang Melayu yang hidup melarat, di situ UMNO kuat. Bukan aku nak mereka-reka cerita, tetapi sudah nyata.

Lihatlah ! Umno dan BN boleh menang kerusi di pedalaman di Temengor dan Kenering tetapi kalah di Simpang Pulai dan Kepayang di Perak. Umno dan BN boleh menang di Paloh dan Kuala Balah di Hulu Kelantan tetapi kalah di kerusi bandar dan pinggir bandar, Bunut Payong dan Tanjung Mas.

Di Selangor UMNO mempunyai kekuatan dan menang di kerusi Batang Kali dan Hulu Bernam di Hulu Selangor tetapi kalah teruk di DUN Kota Raja, Shah Alam dan DUN Pelabuhan Klang. Ini hanyalah sekadar contoh, tetapi menjadi fakta bahawa Umno boleh menang di kawasan luar bandar tempat ramai orang Melayu hidup susah dan melarat tetapi kecundang di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai baru-baru ini bukti nyata bagaimana UMNO dan Kerajaan Malaysia (kerana UMNO menggunakan jentera Kerajaan) mengeksploitasi kesusahan hidup warga Manek Urai dengan sogokan kebendaan dan wang ringgit. Majoriti penduduk dan pengundi di Manek Urai adalah berkerja sendiri, buat kerja kampung, menoreh getah, menjadi buruh di ladang kelapa sawit, sesetengahnya menjadi peneroka KESEDAR. Anak-anak muda Manek Urai ramai yang menganggur, Ada juga yang menjadi buruh dan ramai juga berkerja sebagai pembantu kedai dan pembantu restoran di Guchil dan Kuala Krai, yang gajinya kurang dari RM 400 sebulan.

Pengundi Manek Urai tidak mahu tahu apa itu royalti minyak. Yang mereka mahu ialah jalan yang selesa untuk mereka naik motorsikal (tanpa road tax) pergi menoreh dan mengait tandan kelapa sawit. Mereka tidak impikan kereta yang besar, tetapi cukuplah anak-anak mereka berbasikal, tidak lagi berjalan kaki pergi sekolah. UMNO mengkaji semua ini.

Walaupun berlaku kekosongan kerusi pada 23 Mei 2009, SPR menetap hari penamaan calon pada 6 Julai 2009 iaitu 45 hari selepas berlaku kekosongan. Tempoh 45 hari itu serta tempoh kempen selama 8 hari telah dimanfaat oleh UMNO untuk menipu rakyat Manek Urai sebagaimana mereka menipu dalam beberapa siri PRK sebelum ini.

Sangat berbeza PRK Manek Urai dengan PRK Lundang juga di Kelantan beberapa tahun dahulu. PAS bersendirian menghadapi parti Melayu keparat UMNO dalam PRK Lundang dengan berslogan “BERI DUIT AMBIL, BERI KAIN PAKAI, BERI BERAS MAKAN…..UNDI PANGKAH PAS”. Alhamdulillah PAS menang dengan majoriti yang selesa di kerusi di pinggir bandar Kota Bharu itu.

Lain pula jadinya di PRK Manek Urai, pengundinya terutama golongan ‘atas pagar’ sapu semua dan makan semua lantaran desakan hidup. Bukan sekadar bagi beras dia makan, kain dia makan, papan dinding dia makan, atap rumah dia makan malah duitpun dia makan !

Tulisan ini tidak bermaksud menghina pengundi Manek Urai, makan kayu dan atap rumah. Maksud di sini ialah mereka bukan sekadar menerima ’sedekah dan hibah’ dari UMNO tetapi juga berterima kasih kepada UMNO dengan memberi undi kepada UMNO walapun mereka ini datang menyemak nama daftar pemilih di pondok panas PAS.

Melayu keparat UMNO mengajar orang kampung supaya menipu! Akhirnya PAS tertipu dan ditipu…… menang 65 undi sahaja !

Hadiah daripada UMNO selepas PRK Manek Urai……kenaikan tambang bas dan teksi !
Fikir-fikirkanlah……….
- PerakExpress

No comments

Powered by Blogger.