Pemuda PAS – Tak usahlah berilmiah dan berwacana dengan UMNO

Oleh Muramatsu

Heran juga, kenapalah PAS kini gian sangat nak berakademik atau berilmiah dengan UMNO. Bermula dari Presiden, Naib Presiden dan kini Pemudanya pula. Walapun PAS tegas tidak akan berkerjasama dengan UMNO, tetapi akibat kerana hendak berakademik dan berilmiah dengan UMNO, PAS sentiasa diperangkap oleh media buatan UMNO.

PAS sebenarnya tidak perlu susah-susahlah hendak berdebat, bermusyakarah atau apa-apa pertemuan dengan UMNO, sebab UMNO tidak pernah hormati kebijaksanaan ilmiah atau kebijaksanaan akademik.


Sejak 20 tahun lebih yang lalu, Malaysia berpendana menterikan UMNO, tetapi mereka tidak pernah hormat atau memahami ilmu ilmiah. Kalau UMNO ini tahu ilmiah, mereka tidak akan sanggup untuk menipu diri sendiri dengan mempercayai bahawa royalti minyak itu wang ehsan. Keseluruhan anggota UMNO mempercayai Tun Salleh Abas bersalah bukannya Mahathir Presiden UMNO yang jahat.

Apa yang boleh diharap kalau begitulah pemikiran UMNO, hendak berdebat secara ilmiah dengan UMNO?. Tak usahlah, contoh di atas itu jelas manusia jenis UMNO ini tidak pandai ilmiah. UMNO bukan jenis pandai wacana, lihatlah sendiri bagaimana UMNO ini putar maklumat melalui media, dalam keadaan baik-baik pun mereka akan tikam belakang, inikan pula hendak berwacana dan berilmiah dengan mereka.

UMNO ini sudah sampai satu tahap maksimum kedurjanaannya. Mereka tidak boleh dicuci dengan sabun lagi tetapi perlu dibakar jadi debu. Hendak berwacana macamana sedangkan UMNO sendiri tidak pernah mengenali diri mereka sendiri. Tiba-tiba PAS hendak berwacana dan berilmiah dengan orang jenis ini?.

Tak payahlah, kalau nak juga tanya satu soalan saja kepada UMNO, UMNO yang ada hari ini siapakah pengasasnya?.

Kalau mereka jawab selain dari Mahathir, itu bermaksud mereka jenis yang tidak kenal diri atau dalam ertikata lain gila. Ini hakikat sejarah yang seharusnya disedari oleh PAS. Kalau PAS mampu membetulkan fakta ini kepada UMNO dan UMNO menerima itulah hakikatnya, maka lepas itu mungkinlah sesuai sedikit untuk PAS berunding, berwacana atau berilmiah dengan UMNO.

Adalah lebih elok Pemuda PAS berwacana dengan masyarakat melayu lain yang masih mempercayai UMNO kini bukan UMNO Mahathir. Lebih baik Pemuda PAS anjurkan program wacana atau program ilmiah itu dengan golongan yang tidak ada kepentingan politik tetapi mereka sokong UMNO, kerana pada golongan ini UMNO yang ada hari inilah yang memerdekakan Malaysia. Walhal UMNO itu sudah dimatikan oleh Mahkamah correct! correct! correct ! Mahathir sendiri.

Pemuda PAS elok fikir jauh sedikit, kenapa ahli-ahli akademik yang perihatin kepada bahasa dan bangsa melayu tidak mahu berilmiah atau berakademik dengan UMNO ini misalnya dalam kes PPSMI?.

Kenapa Sasterawan Negara sanggup turun sendiri menuju ke istana raja dan menumpang atas pentas politik untuk mempertahankan semua itu tetapi tidak mahu pilih jalan akademik atau wadah ilmiah untuk berhujah dengan UMNO?.

Pemuda PAS harus ingat peristiwa debat Anwar Ibrahim - Shabeery Chik, UMNO bawa Nordin Kardi untuk menyoal Anwar Ibrahim. Nordin Kardi ialah Naib Canselor UUM di Sintok, orang kuat BIROTATANEGARA dan Institut Pemikiran Mahathir, adakah soalan dia yang bodoh itu berbentuk akademik atau ilmiah?.

Fikirkan perkara ini baik-baik sebelum PAS berakademik atau berwacana dengan UMNO.

Dan yang paling kritikal ialah, UMNO mempunyai jentera yang kerjanya untuk mengelirukan siapa saja. Apa yang Pemuda PAS ada untuk melawan jentera propaganda UMNO itu?.

Oleh yang demikian, eloklah berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. Tak usahlah nak guna ayat yang hebat-hebat apabila berdepan dengan kamera atau apabila diberi mikrophone oleh wartawan.

Akhir sekali ialah PAS jangan merasa diri kuat dan jangan pula anggap UMNO sudah lemah. Kalau itulah anggapan PAS, tunggulah PAS akan jadi makanan UMNO tidak lama lagi.

Buanglah tanggapan ini dan tak usahlah berwacana atau berilmiah dengan UMNO. Biar UMNO tersungkur ke bumi dulu kemudian barulah panggil mereka untuk berilmiah atau berwacana. Itu saja cara mengajar UMNO.


muramatsu
England

No comments

Powered by Blogger.