Pengeboman di Jakarta : PAS utus takziah kepada Presiden Susilo

PAS menghantar perutusan takziah kepada Kerajaan Indonesia dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berikutan kejadian pengeboman di Hotel Ritz-Carlton dan JW Marriot Jakarta hari ini.
Iklan




Serentak dengan itu, Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, PAS mengutuk pengeboman yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan 53 yang lain.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terbabit dengan pengeboman tersebut.

"Tindakan (mengebom orang awam) tanpa perikemanusiaan bertentangan dengan ajaran Islam, membunuh serta mencederakan orang awam secara membabi buta adalah amat dikesali dan dikutuk oleh Islam," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, PAS katanya, menyeru seluruh umat Islam dan warga Indonesia supaya bersabar menghadapi cabaran besar tersebut.

"PAS sekali lagi menegaskan sikapnya bersama-sama dengan partai Islam lain di Indonesia seperti PKS dan PPP melahirkan kekesalan dan simpati kepada keluarga mangsa dari pelbagai negara," ujar beliau.

No comments

Powered by Blogger.