Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini bakal menyaksikan pertarungan dua musuh tradisi iaitu UMNO dan PAS. UMNO mempertaruhkan Tuan Aziz
Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini bakal menyaksikan pertarungan dua musuh tradisi iaitu UMNO dan PAS. UMNO mempertaruhkan Tuan Aziz Tuan Mat, manakala PAS mempertaruhkan Mohd Fauzi Abdullah.
Calon Bebas ternyata serik setelah menyaksikan episod hilang wang deposit dalam beberapa pilihan raya kecil yang lepas. Dulu bukan main galak hendak berbakti kepada rakyat. Kenapa sekarang tiada lagi yang mahu berbakti kepada rakyat Manek Urai?
Calon UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi dan diikuti oleh calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah 50, seorang pemborong ikan. Kedua-dua calon diiringi ribuan penyokong masing-masing. Penyokong PAS hadir kira-kira 7,000 orang manakala penyokong UMNO lebih kurang 4,000 orang.
Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pihak polis mengaku tiada sesuatu yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pencalonan berjalan. Semua pihak tenang dan tertib. Pihak polis berharap keadaan ini akan berkekalan sehingga ke hari mengundi. Kira-kira 3,000 anggota polis yang ditempatkan di Manek Urai tidak perlu bekerja keras.
UMNO melahirkan keyakinan akan menang. PAS juga penuh yakin mampu mengekalkan kerusi. UMNO pasti akan mengusung segala modal insan dan modal wang ke Manek Urai untuk memenangi hati anak cucu Mak Nik Urai. PAS juga tentu akan menggunakan kepakaran yang ada. Pengaruh Tok Guru adalah modal utama PAS.
Pilihan raya ini bakal memperlihatkan pengaruh Datuk Mustafa Muhamamd (Tok Pa) yang dikatakan lebih disenangi rakyat Kelantan berbanding dengan pemimpin UMNO Kelantan yang lain. Pada tahun 2004, Tok Pa hampir-hampir menyebabkan PAS berputih mata.
Bagi orang PAS pula, tidak mungkin Manek Urai akan kalah kerana pilihan raya kecil yang lain semuanya Pakatan Rakyat menang. Kelantan kubu kuat PAS. Kalau PAS tewas, malu Tok Guru. Oleh itu ada orang kata Tok Guru memang patut letak jawatan apabila kerusi Manek Urai terlepas ke tangan UMNO. Dalam 10 kali pilihan raya hanya pada tahun 1982 dan 2004 Manek Urai mengurai di tangan UMNO.
Kalah menang adat pertandingan. Kotor bersih adat pilihan raya. Awal-awal lagi terdapat pemimpin yang melahirkan rasa bimbang akan permainan kotor. Usah bimbang. Permainan kotor tentu ada, sedikit atau banyak. Menyerang peribadi calon, atau menaburkan fitnah termasuk dalam permainan kotor. Pendekatan pilihan raya masa kini seakan-akan tidak sah kalau tidak dibongkarkan “rahsia” calon yang bertanding.
Dalam bukunya, The Audacity of Hope, Presiden Amerika, Barack Obama berkata calon yang kalah akan menyesal apabila tidak memburukkan calon lawan masa berkempen. Ini menunjukkan bahawa pilihan raya di negara maju seperti Amerika pun dipenuhi dengan fitnah dan kutukan terhadap pribadi calon.
Walau apapun, pengundi Manek Urai harus memperhitungkan beberapa perkara sebelum menurunkan pangkah di kertas undi.
Pertama, jangan mengambil kira sangat pendidikan calon. Pendidikan tinggi belum tentu mampu membela nasib rakyat. Ramai ahli politik yang berkelulusan tinggi tetapi terbabit dalam rasuah. Kalau tidak percaya pergilah semak surat khabar lama, cari muka yang didakwa kerana rasuah. Semuanya tamat universiti, ada ijazah berjela-jela, ada master, ada PhD. Malahan yang bersikap mementingkan diri dan kroni juga lulusan universiti. Lulusan sekolah tidak reti menipu kerana belum khatam dalam bab tersebut.
Lagipun seorang ADUN tidak perlu membahaskan isu besar di Parlimen. Oleh itu, pendidikan tinggi bukan kemestian. Yang penting, calon itu beriman, tahu akan tanggungjawab dan integriti.
Kedua, calon tidak boleh ada bau-bau bacang dengan manusia katak. Manusia katak ialah manusia yang suka melompat. Pantang ada peluang cari makan di mana, dia akan melompat ke situ. Dalam kubang kerbau, kubang babi asalkan ada serangga boleh mengenyangkan perut, dia akan melompat ke situ.
Oleh itu, kalau anda masih beranggap diri sebagai murid Tok Guru, jauhkan diri daripada kerabat manusia katak. Apabila memilih calon manusia katak, menyesal di belakang hari apabila manusia katak itu melompat ke tempat lain. Orang yang berkawan dengan katak pun tidak boleh dipilih kerana takut akan berjangkit dengan perangai katak. Namun, nasib baik calon di Manek Urai adalah manusia tulen, dan tiada yang bau-bau bacang dengan manusia katak?
Ketiga, calon seorang pelakon pun tidak boleh dipilih. Rakyat memilih wakil rakyat untuk membela nasib mereka bukannya untuk mereka mempersembahkan lakonan. Malah calon yang memuliakan pelakon juga tidak boleh dipilih kerana takut perjuangannya kelak sekadar lakonan. Rakyat mesti pilih orang yang ada kesungguhan, bukannya orang yang pandai berlakon semata-mata.
Keempat, calon mesti ada ajaran agama, mengamalkan suruhan Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Islam sahaja belum cukup kerana Islam tanpa iman adalah munafik. (Waspada manusia munafik yang bakal membanjiri Manek Urai kelak). Manakala Islam disertai iman dipanggil muttaqiin. Inilah calon pilihan rakyat. Walaupun seorang marhaen, kalau ada sifat-sifat muttaqiin, pilihlah calon tersebut.
Diharapkan pengundi Manek Urai tidak termakan janji manis. Perhitungkan dengan waras akal sebelum membuat keputusan. Kualiti hidup tidak akan dapat dinikmat
i hanya dengan kekayaan dan pembangunan fizikal. Kebahagiaan sebenar terletak pada kesederhanaan.
Walau apapun, pemenang sebenar dalam pilihan raya bukannya calon tetapi penduduk. Satu lawan satu, tetapi pemenangnya ramai!
1malaysia

No comments
Post a Comment