zaman najib altantunya: Bodoh, Atau Sengaja Bodoh?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua pihak supaya jangan memutarbelitkan fakta berhubung kematian Teoh Beng Hock,Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati Khamis lalu beberapa jam selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor.
“Jangan kita putarbelitkan fakta. Kita sedang jalankan siasatan, kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul,” katanya kepada pihak media pagi ini.
Saya setuju dengan kenyataan Tan Sri Musa Hassan ini.
Cuma satu kemusykilan, “kita” di sini yang dilarang memutarbelitkan fakta itu siapa? Kita kata jamak. Ahli politik, Menteri, pemimpin NGO, penyiasat persendirian, peguam, penulis blog, pegawai SPRM, pihak polis yang sedang menjalankan siasatan, rakyat jelata atau ahli keluarga Teoh?
Yang bijak memutarbelitkan fakta biasanya peguam dan ahli politik. Kata orang Cina, putar belit peguam yang pintar boleh menghidupkan ikan yang mati. (Mematikan ikan yang hidup, saya pun boleh). Negara kira ramai peguam yang jadi ahli politik. Tetapi hanya segelintir yang suka memutar belit; berbelit-belit lebih daripada ular sawa. Dan kerana yang segelintir inilah, rakyat menjadi tidak sedap duduk.
Kalau ahli politik yang dimaksudkan, ahli politik mana – Barisan Nasional, Pakatan Rakyat atau kedua-dua sekali? Siapa sebenarnya yang gemar memutarbelitkan fakta? Tepuk dada tanya selera. Kalau penyokong UMNO tepuk dada, dia akan berkata Pakatan Rakyat yang gemar berputar belit. Apabila penyokong DAP yang bertepuk dada, dia pasti menuduh UMNO yang suka memutar belit. Jadi, siapa sebenarnya yang suka berputar belit?
Ditanya tindakan polis jika ada pihak memutarbelitkan fakta, Musa Hassan berkata: “Dalam memfitnah, menghasut orang, kita akan ambil tindakan. Kita akan siasat dulu, kita akan ambil tindakan mengikut fakta siasatan.”
“Kita” lagi? “Kami” tak bolehkah Tan Sri? Walau apapun, memang betul kata KPN itu. Memfitnah dan menghasut boleh dikenakan tindakan. Ini patut kerana menghasut boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir.
Namun, pengertian ‘menghasut’ itu sendiri sering memeningkan kepala. Dalam hal tertentu bercakap benar juga dikatakan menghasut. Percakapan pemimpin pembangkang misalnya, selalu dikategorikan sebagai ‘menghasut’ dan tertakluk di bawah Akta Hasutan 1948.
Kandungan Akta Hasutan 1948 sangat jelas, merangkumi 6 perkara pokok, tetapi pentafsirannya kadangkala terbias. Inilah yang menjadi persoalan pokok. Walau bagaimanapun, memfitnah dan menghasut memang patut diambil tindakan kerana kesannya besar kepada kestabilan negara.
Dalam kes Teoh Beng Hock, bukan setakat hasutan yang dibimbangkan, bahkan kebodohan juga menonjol. Banyak kenyataan yang memperlihatkan kebodohan. Contohnya, ada pemimpin politik tertentu menyeru pemimpin politik lain menutup mulut, sedangkan dia sendiri tidak pernah terdiam. Mulut orang lain mesti ditutup, tetapi mulut sendiri terbuka sepanjang masa tidak mengapa. Apa punya pemimpin.
Malah yang lebih bodoh lagi apabila terdapat pemimpin yang mempertahankan kaedah penyiasatan SPRM yang “mendera” mangsa, kononnya, kaedah itu telah dijalankan sejak sekian lama.
Kalau begitu, tidak perlulah masyarakat Arab menerima Islam kerana cara hidup Jahiliah telah lama diamalkan di bumi Arab. Masyarakat India harus menolak agama Buddha kerana agama Hindu telah beribu tahun diamalkan di India ketika itu. Gagasan 1Malaysia juga wajib ditolak kerana gagasan perpaduan nasional yang sedia ada masih terpakai. Menteri baru juga tidak perlu diganti kerana menteri lama masih hidup.
Benda yang lama sekiranya baik harus dikekalkan, tetapi kalau buruk wajib ditukar baru. Mempertahankan sesuatu yang jelas tidak baik, tidak adil, menindas dan zalim bukan manusia bertamadun namanya. Kita rakyat Malaysia, ada pegangan agama. Oleh itu, sesuatu yang bercanggah dengan nilai agama patut dihapuskan untuk digantikan dengan perkara yang diterima agama.
Tidak ada sesiapa sengaja mempolitikkan kematian seseorang. Kematian Teoh ada kaitan dengan politik kerana dia bekerja dalam bidang politik. Bosnya orang politik. Tidak masuk akal kita melihat isu ini dari sudut ekonomi atau sosial. Walaupun Menteri Besar Selangor menganggapya isu ini sebagai isu keadilan, bukan isu politik, tetapi ia tetap tidak terlepas daripada bicara politik.
Pelik juga kita apabila ada suara-suara kemacar menuduh pihak tertentu menggunakan kematian Teoh untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Jangan takut tidak tentu pasal. Rakyat tidak akan membenci kerajaan semata-mata kerana kematian seorang individu. Setiap hari ada orang mati. Rakyat tidak membenci kerajaan kerana kematian tersebut. Kematian tokoh besar tanah air pun tidak mampu membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Namun, kematian luar biasa seperti kematian Teoh Beng Hock, sekiranya kerajaan gagal memberikan penjelasan wajar, maka tidak mustahil rakyat akan membenci kerajaan. Bukan membenci kerana kematian (semua orang akan mati), tetapi kerana “punca” dan “penjelasan” tentang kematian.
Penjelasan yang boleh diterima rakyat hanya penjelasan yang datang daripada Suruhanjaya Diraja yang telus dan bebas. Bukan rakyat tidak percaya kepada penyiasatan polis, tetapi rekod integriti polis kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
Jangan bodoh, sengaja menjadi bodoh atau cuba membodohkan orang lain. Bercakap biarlah sesuai dengan konteks. Kematian Teoh bukan isu remeh kerana ia ada kaitan dengan integriti sebuah badan profesional.
Apabila SPRM diragui integritinya, siapa lagi yang menjadi harapan rakyat untuk berdepan dengan rasuah? Rakyat begitu menaruh harapan kepada SPRM. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi berjanji kepada rakyat bahawa SPRM akan menentang rasuah habis-habisan dengan adil tanpa memilih bulu warna kulit, ideologi atau kroni. Rasuah musuh negara. Maka wajarlah sekiranya BPR diangkat statusnya menjadi SPRM. Tetapi amat dikesali seandainya SPRM dijadikan alat pihak tertentu untuk menghapuskan musuhnya.
Lazimnya apabila harapan yang tinggi diberikan kepada sesuatu perkara, kesakitannya juga mendalam apabila perkara itu mengecewakan. Inilah yang berlaku dengan SPRM sekarang. Rakyat kecewa, sedih dan marah apabila mendapati SPRM tidak berfungsi seperti yang diharapkan walaupun hakikatnya mungkin bukan begitu.
Namun, kehendak dan pemikiran rakyat tidak boleh diabaikan kerana negara kita dibangunkan oleh rakyat.
1malaysia

No comments
Post a Comment