Bagaimana Al-Quran Sendiri Menyelar Pandangan Kassim Ahmad
MUQADDIMAH
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Allah S.W.T telah mengangkat agama ini sebagai sebaik-sebaik agama dan telah memilih bagi agama ini penolong dan penegak ke atasnya. Alam telah menyaksikan kebenaran dan kehebatan agama Islam sebagai solusi dan manhaj hidup kepada seluruh makhluk yang mendiami bumi ini. Disebabkan kelebihan inilah, maka Islam sentiasa dikelilingi oleh pelbagai ancaman dan gangguan para musuhnya sama secara zahir mahupun tersembunyi.
Tidak lama sebelum ini, warga Malaysia direnjat kembali dengan isu panas mengenai pandangan Kassim Ahmad, seorang tokoh sosialis yang sekian lama menyepi selepas hangat dibahaskan mengenai fenomena anti hadis yang digerakkan olehnya pada tahun 1985 dahulu.
Dalam sebuah program 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' yang telah diadakan di Putrajaya baru-baru ini, beliau sekali lagi mencetuskan polemik hangat melalui beberapa dakwaannya yang bersifat menghina atau menggugat keaslian sumber dan syariat Islam.
MENJAWAB PANDANGAN KASSIM AHMAD
Tulisan ini merupakan salah satu usaha untuk melampirkan hujah-hujah dari al-Quran sendiri demi menjawab sebarang keraguan yang dilontarkan oleh golongan musyakkikin(pencetus keraguan) bersama para orientalis, antaranya:
1. Menolak Hadis Sebagai Sumber Rujukan Syariat Islam
Kassim Ahmad menyatakan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sebagai rujukan tanpa hadis dan ini merupakan satu kejahilan yang nyata. Pandangan ini tertolak dengan hujah-hujah berikut:
i. al-Quran sendiri menyatakan supaya umat Islam berpegang dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dan meninggalkan segala larangannya. Firman Allah S.W.T :
وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Mafhumnya: "Yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)."
(Surah al-Hasyr 59:7)
Firman Allah S.W.T yang lain juga menyebutkan:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا
Mafhumnya: "Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."
(Surah an-Nisa’ 4:65)
Allah Taala turut menjelaskan berkenaan kewajipan umat Islam dalam mematuhi setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W selepas-Nya:
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا
Mafhumnya: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."
(Surah al-Ahzab 33:36)
Kesemua ayat di atas menjadi bukti akan kekuatan hadis sebagai sumber kedua sekaligus menjadikan ia berada pada kedudukan yang tinggi dalam pensyariatan Islam di mana Allah Taala sendiri mengiktiraf Rasulullah S.A.W untuk berperanan sebagai penghurai atau penentu bagi perkara-perkara yang tidak dijelaskan secara jelas di dalam al-Quran.
Justeru, mana-mana pihak yang mendakwa bahawa hadis bukanlah rujukan yang wajib digenggam oleh umat Islam dan hanya al-Quran yang menjadi satu-satunya sandaran juga terpaksa akur akan hakikat ini, kerana saranan berpegang kepada hadis merupakan arahan secara langsung daripada Allah S.W.T yang terkandung di dalam al-Quran.
ii. Terdapat banyak ayat perintah telahpun Allah S.W.T sebutkan di dalam al-Quran yang wajib dilaksanakan dan penafsiran ayat-ayat tersebut berhajat kepada as-Sunnah (hadis). Tanpa hadis, amalan dan kewajipan yang terkandung dalam sebahagian ayat tidak mampu diketahui dan tidak dapat dilaksanakan oleh manusia biasa. Sebagai contoh, firman Allah S.W.T:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّڪَوٰةَۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Mafhumnya: "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan memperolehi balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah 2:110)
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T telah memerintahkan umat Islam untuk mengerjakan solat, namun tidak diperincikan waktu, cara pelaksanaan, rakaat bacaannya. Maka jelaslah bahawa suatu sumber yang lain diperlukan bagi menerangkan mengenai ibadat solat secara terperinci dan sumber tersebut tidak lain tidak bukan ialah hadis Rasulullah S.A.W.
Begitulah seterusnya pada contoh-contoh yang lain. Seandainya hanya al-Quran yang menjadi pegangan, sudah tentu banyak kewajipan yang terkandung di dalam al-Quran tidak dapat dilaksanakan.
2. Mendewakan Nabi S.A.W dan Tunduk Kepada Kasta Ulama.
i. Kassim Ahmad mendakwa bahawa umat Islam tidak perlu mendewa-dewakan Nabi S.A.W. Sedangkan Allah S.W.T memberikan kemuliaan ke atas para anbiya dan rasul dengan kelebihan tertentu sebagaimana firman-Nya:
تِلۡكَ ٱلرُّسُلُ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ۘ مِّنۡهُم مَّن كَلَّمَ ٱللَّهُۖ وَرَفَعَ بَعۡضَهُمۡ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ
Mafhumnya: "Rasul-rasul kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)."
(al-Baqarah : 253)
Bahkan terdapat hadis Rasulullah S.A.W menyokong ayat al-Quran di atas secara tidak langsung berperanan menguatkan dalil yang menjelaskan kedudukan baginda sebagai hamba yang paling mulia dalam kalangan nabi dan rasul sebagaimana sabda baginda:
انا سيد ولد ادم
Ertinya: "Aku adalah penghulu bagi sekalian anak Adam."
Berdasarkan hadis tersebut, maka layaklah bagi Rasulullah S.A.W untuk diagungkan dan ditinggikan sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Pengakhiran bagi sekalian nabi dan rasul dan penghulu bagi seluruh umat manusia.
Meskipun begitu, mengangkat dan memuliakan baginda tidak dibolehkan sehingga menyamai darjat ketuhanan. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran:
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
Mafhumnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu."
(al-Kahf 18:110)
Maka dakwaan ini tertolak secara automatik dengan hujah dan bukti yang dikemukakan di dalam al-Quran sendiri.
ii. Beliau juga mendakwa bahawa kediktatoran kasta ulama harus disingkirkan dan kaedah yang demokratik seperti berdebat secara rasional perlu diutamakan. Dakwaan ini juga tertolak kerana:
· Setelah mengangkat kedudukan para rasul, Allah Taala turut meninggikan darjat para ulama mukmin menerusi firman-Nya:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
"Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat."
(al-Mujadalah 58:11)
· Ulama mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat kerana mereka menjadi tempat rujukan dalam persoalan yang berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Sepertimana orang yang sakit perlu bertemu dengan pakar kesihatan iaitu doktor, maka sebarang persoalan mengenai hukum hakam dalam Islam tentulah perlu dirujuk kepada ulama.
· Mereka layak untuk diangkat dan dimuliakan kerana mereka merupakan pewaris kepada para anbiya dan para rasul sebagaimana sabda baginda:
وان الأنبيأ لم يورثوا دينارا ولا درهما ولكن ورثوا العلم
Ertinya: "Sesungguhnya para anbiya tidak mewariskan wang emas ataupun perak selepas kewafatan mereka, akan tetapi mereka mewariskan ilmu."
iii. Ulama merupakan golongan intelektual yang pakar terhadap nas-nas al-Quran dan hadis. Sikap memperlekeh atau tidak meletakkan ulama di posisi yang sepatutnya akan mengundang pelbagai masalah yang besar kerana tanpa ulama, manusia akan berada dalam kejahilan, kegelapan dan terhalang dari suluhan wahyu.
Meskipun begitu, memuliakan ulama mestilah tidak sehingga merosakkan akidah tauhid seperti mendakwa ulama adalah maksum atau mempunyai kemampuan untuk memberikan manfaat atau mudarat.
3. Rambut Wanita Bukan Aurat
Kassim turut mendakwa bahawa pemakaian tudung bukanlah daripada ajaran Islam dan tidak terdapat nas-nas yang menyatakan secara khusus mengenai rambut sabagai aurat wanita di dalam al-Quran. Dakwaan tersebut difatkan sebagai satu dakwaan yang sangat dangkal kerana pemakaian tudung ataupun hijab telahpun dinaskan oleh Allah S.W.T menerusi firman-Nya:
وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ
Mafhumnya: "Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(surah an-Nur 24:31)
Pandangan Para Ulama Muslimin Berkaitan Aurat Wanita
i. Menurut Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi, telah menjadi suatu ijmak bagi kaum muslimin, para fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf di semua negara bahawa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup. Tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya.
ii. Imam Al-Qurthubi pula mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa Allah Taala telah melarang kaum wanita daripada menzahirkan perhiasannya(keindahan) kecuali kepada beberapa golongan tertentu, atau harus menzahirkan keindahan yang biasa untuk diperlihatkan. Manakala Imam Ibn Jubair dan Imam Al-Auza'ie pula menambah dengan menyatakan bahawa perhiasan yang biasa diperlihatkan ialah wajah, kedua belah tangan dan pakaian.
iii. Syeikh Muhammad Ali assobuni turut menyatakan:
"Perkataan وليضربنَ بخمرهن sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Kathir, ia merupakan sesuatu yang menutupi kepala, dan ia juga ditulis di dalam kamus Lisanul Arab oleh Ibnu Manzur sebagaiخمرت المرأة yang bermaksud kepalanya ditutupi."
Berdasarkan beberapa huraian di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa setiap keindahan yang yang dimilik oleh kaum wanita selain daripada wajah, kedua belah tangan dan pakaian merupakan aurat yang wajib dilitupi dengan sebaiknya.
Inilah kelebihan para ulama yang mampu menghuraikan hukum hakam mengenai syariat Islam dengan begitu cermat dan mendalam. Pandangan mereka juga terbukti mampu untuk melindungi kaum wanita sesuai dengan kehendak syarak.
RESOLUSI
1. Rukun Iman menyatakan bahawa wajib beriman kepada para anbiya dan para rasul selepas mengimani Allah Taala.
2. Sebarang bentuk ideologi atau sistem yang dilihat baik namun menyanggahi matlamat dan pembawaan Islam, maka secara automatik ianya tertolak.
3. Islam tidak pernah menghalang sebarang bentuk perbincangan yang diadakan secara terbuka dan bijaksana. Malah, lembaran sejarah menyaksikan bahawa para ulama yang berperanan sebagai nadi kekuatan Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W turut membuka seluas-luas rundingan dan perbincangan mengenai hukum hakam agama tanpa sebarang kepentingan peribadi dan diskriminasi.
4. MANHAL ingin memulangkan semula persoalan kepada Kassim Ahmad mengenai cara beliau melaksanakan dasar syariat Islam seperti solat dan sebagainya yang terkandung di dalam rukun Islam itu sendiri. Jika tidak wajib mempercayai hadis yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W, maka di manakah letaknya tafsiran jelas secara mengenai kaifiyat solat sebagai contoh yang terkandung di dalam al-Quran.
5. Terdapat dua golongan anti hadis yang berbahaya:
i. Golongan yang cenderung menolak hadis keseluruhannya. Maka golongan ini layak dihukumkan sebagai golongan yang murtad.
ii. Golongan yang cenderung menyamakan hadis bertaraf dhaif(lemah) sebagai hadis maudhuk(palsu) lalu menolaknya sedangkan terdapat beberapa hadis lain yang menyokong hadis tersebut sehingga mampu naik ke taraf hasan lighairih.
Di mana hadis ini masih boleh diguna pakai dalam perkara-perkara berkaitan fadhilat-fadhilat amal dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Maka kecenderungan ini juga disifatkan sebagai sikap menolak sebahagian hadis yang masih diiktiraf kedudukannya.
6. Pihak berkuasa yang berautoriti seperti pihak kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan, institusi-institusi agama Islam dan mana-mana badan yang berkaitan perlu bersikap tegas mengenai isu seumpama ini dengan menjalankan usaha membasmi secara menyeluruh ke atas penganjur sehinggalah para pendukungnya.
7. Meskipun isu ini merupakan isu yang mesti diberikan perhatian, umat Islam keseluruhannya diseru agar tidak mengabaikan isu-isu kebersamaan yang lain yang melibatkan cakna umat Islam di seluruh dunia dan juga hak-hak rakyat yang perlu ditunaikan.
8. Umat Islam diseru untuk kembali kepada al-Quran dan as-sunnah serta sumber-sumber Islam yang lain dalam setiap permasalahan yang berkaitan dengan syariat Islam.
Disediakan oleh:
Felo MANHAL PMRAM 2103
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Rujukan:
1. Al-Quran Al-Karim
2. Sahih Bukhari
3. Sahih Muslim
4. Tafsir Ayat Ahkam Min Al-Quran, Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni 2:104 (Cetakan Dar As-Sobuni)
5. www.islam2u.net

No comments
Post a Comment