Kalau bukan kerana Tuhan, sia-sialah Perjuangan dan Pengorbanan.

Kalau bukan kerana Tuhan, sia-sialah Perjuangan dan Pengorbanan.


Pada awalnya aku ada pandangan yang berbeza tentang PAS meletakkan calon melawan Dato Seri Anwar Ibrahim di PRK PD. Aku fikir, baguslah biar Anwar menang di PD boleh gantikan PM sedia ada Tun Dr Mahathir. Anwar dan Mahathir lagi baik Anwar. Bukan?


Aku lupa. Ya Allah! Aku lupa perjuangan Islam itu menegakkan kebenaran melawan kebatilan. Aku fikir diri sendiri aku lupa hati hati para pengundi di PD nanti.


Bagaimana jika mereka tertindas namun tiada pilihan? Terpaksa memberikan undi kepada calon kerajaan yang memberikan janji-janji palsu, yang menekan ekonomi rakyat lebih teruk dari kerajaan yang terdahulu. Siapa nak bawa suara-suara mereka? Undi protes mereka nak disalur kepada siapa? Bekas Pengerusi Felda yang korup?


Kini Alhamdulillah mereka ada pilihan yang lebih baik. Abah aku. Hah ini pun satu hal. Aku dihubungi jam 11 malam suruh bawak turun kasut, seluar & baju abah ke PD esok pagi. Eh apehal la pulak ni. Rupanya PAS letak abah jadi calon. 


Sepanjang perjalanan sampai ke tapak program aku masih harap abah ni main2 ni. Tak posible lah. Tapi lepas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden umum confirm semalam aku jadi pening nak pitam. Rasa bahu berat gila bapak punya. Poyo gila macam aku pulak jadi calon kan? Selang 5 minit lepas tu MC panggil abah berucap.


Ini aku takkan lupa bhai. Saf pimpinan tertinggi PAS duk belakang abah berucap sikit takda rasa takut. Bersemangat dan yakin macam laskar muda dapat peluang pergi berperang. Abah buat lebih seribu orang di tapak program bangun melaungkan "Gempur Rakyat" bersama-sama! Aku diri belakang media tengok wartawan Melayu Cina India yang tadi pasif je merakam sekarang duk tepuk tangan muka teruja.


Disini datangnya yakin aku dengan ketentuan Allah dan wala' keputusan jemaah. Kalau Allah nak beri menang, pasukan bola sepak Korea boleh kalahkan German. Belgium boleh kitaikan Brazil. 


Dan TIDAK MUSTAHIL, Lt.Kolonel TUDM (B) Haji Nazari boleh kalahkan  DS Anwar Ibrahim.


Masakan nak pelik Bekas Tentera mengalahkan Bekas Banduan.


Ini adalah sejarah Malaysia malah sejarah Dunia jika kejayaan kita perolehi. Ayuh sahabat-sahabat kita turun! Berjumpa menerangkan kepada setiap pengundi di PD! 


Kita usaha, moga Allah membuka hati pengundi disini berkat kebersamaan Jemaah kita.


Siruu Ala Barkatillah


#KolNazari4PD

No comments

Powered by Blogger.