‘CATCH-UP’ ISU PANAS NETIZEN

‘CATCH-UP’ ISU PANAS NETIZEN

Hari ni admin saja nak up sikit isu-isu yang pernah berlegar dalam medsos kita. Ada beberapa point posting ini sebenarnya penting untuk pihak-pihak tertentu ambil peduli terutamanya berkaitan SOP. Netizen sudah penat dengan ‘double standard kayangan mangan’ semua ini..
.
Dua Darjat Majlis Menikah
……………………………........
Sapa tak marah, kita yang susah makin disusahkan, yang dah senang lenang dapat privilege pulak. Neelofa berkahwin tu ok-lah, kita ucap tahniah. Tapi SOP majlis apa cita. Ada sorang pasangan tu, cuma buat sesi bergambar ja, majlis apa tak buat, dah Rm2000 sorang sorang melayang. Dah orang buat laporan, polis pulak buat macam nak tak nak ja. Kalau anak Pak Ali jual tebu menikah, hah… belum masuk FB dah sampai ‘surat cinta’.
.
Lepas tu pergi ler honeymoon. Mata netizen cekap betul. Hanya dengan ternampak pasangan dekat airport jer, terus keluar spekulasi. Tapi ada bukti katanya selain urusan kerja, ada curi-curi masa sikit pergi honeymoon. Macam biasa, bila orang adu dekat polis, sampai berjanggutlah nak tunggu saman. Cuba rakyat marhaen rentas negeri sebab nak jumpa ibu bapa, esoknya adalah viral kena saman tu. 
.
Kes menteri pun apa kurangnya. Bermesyuarat beramai-ramai, majlis nikah sanak saudara, turun padang tak pakai mask. Sampai kesudah beritanya ‘polis akan menyiasat’.
.
Bidaah Capal
……………………………..
Isu membidaahkan orang ni ‘common’ sangat dekat Malaysia. Ada satu posting ni, dekat sebuah surau di negeri Perak, pada kawasan solat imam, terpampang besar betul replika capal sebagai hiasan dinding. Bukan lah nak kata halal haram, cuma pandangan orang apabila bersolat, beranggapan ia menjadi satu tempat sembahan semasa solat. Niat lillahi ta’ala mungkin akan terpesong. Maklum lah, rakyat Malaysia kalau bertawasul, boleh membawa kepada menikam nombor ekor. Nauzubillah.
.
Hashtag Menjadi-Jadi
……………………………..
Hashtag yang menjadi perhatian tajuk ni adalah #TamatDarurat dan #DengkiKe.
.
#TamatDarurat ni dijanakan oleh kumpulan pembangkang katanya. Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat ni agak koyak dengan tindakan kerajaan menggantung parlimen. Tambahan pula, mereka akan hilang kemampuan untuk menyerang secara agresif dalam platform yang lebih tingi iaitu parlimen bagi menuntut PRU ke, turun jawatan ke, itu ini. Kiranya banyak jugak lah gerak kerja pembangkang terganggu. Tapi diorang still menjaja nama demokrasi dan rakyat. Tapi ada isu sikit dalam isu minta petisyen,minta IC. haaa dah kenapa nak minta IC, nak daftar mengundi untuk orang awam ke. 
.
Isunya #DengkiKe, Tuanku Permasuri Agong membalas komen daripada seorang rakyat ni, berkenaan isu vaksin percuma dari UAE. Kemudian, Tuanku membalas pendek, ‘dengki ke’. Bermula dari situ twitter bubble mula membuat gelombng retweet #DengkiKe. Ada yang kata dah hilang kepercayaan kepada Permaisuri, ada yang kata Permaisuri tak professional. Trending ini masih naik setelah beberapa individu tweetfemes cuba naikkan balik hashtag ini.
……………………………..
Pelajar 18 Tahun Dikompoun di Dalam Kolej.
Satu hal yang menyedihkan rakyat adalah pelajar matrikulasi dikompoun semasa berada di dalam kolej. Mengikut kepada keadaan gambar tersebut, pelajar dilihat berada di kawasan kafe. Yang menghairankan, apakah punca pelajar tersebut didenda RM1500. Tambahan pula mereka memang berada dalam keadaan berkurung di kawasan kolej. Jadi, punca kenaikkan kluster mungkin mustahi untuk terjadi. Kalau terjadi juga kluster baru, mungkin berpunca daripada orang luar.

Admin
Bapak Anak Tiga (B.A.T)

No comments

Powered by Blogger.