Kenapa aku tetap pilih PAS/PN walaupun tahu bakal berdepan kemelesetan ekonomi pada tahun 2023

Kenapa aku tetap pilih PAS/PN walaupun tahu bakal berdepan kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. Bagi aku hanya PAS yang pernah diuji dengan ekonomi yang teruk. Lebih teruk daripada kemelesetan ekonomi yakni sekatan ekonomi. 

Ye, Kelantan dan Terengganu pernah dikenakan sekatan. Namun kedua-dua negeri ini dapat bertahan dengan sumber-sumber yang ada, tekanan itu membangunkan pelbagai pendekatan. 

Kelantan, kita tahu bagaimana layanan Kerajaan BN kepada Kelantan puluhan tahun. Tapi Kelantan berjaya bertahan dari tekanan ekonomi tersebut dan rakyat memilih untuk bertahan sama.

Terengganu pernah disekat royalti pada 2000-2004 yang merupakan pendapatan utama Terengganu. Bayangkan 85% pendapatan negeri hilang. 

Contoh selalunya kita belanja RM 100, tapi kena potong 85% tinggal hanya RM15 sahaja untuk belanja. Gila. Namun, Terengganu juga berjaya bertahan dari segi ekonominya.

Begitu juga ketika berada dalam kerajaan pusat PN, kita berdepan dengan pandemik COVID19. Tetap juga kita berjaya atasi krisis ekonomi yang berlaku. 

Malah hari ini pun, prestasi ekonomi negeri-negeri PAS lebih baik dari negeri lain. 

Contohnya, Kelantan yang dikatakan mundur itu pun KDNK 2021-nya sama dengan Johor malah lebih baik daripada Melaka, Sabah, Perlis dan Pahang. 

KDNK Kedah ditangga kelima manakala KDNK Terengganu di tangga ketiga, menghampiri Pulau Pinang dan Selangor yang maju itu. Negeri miskin berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju. 

Kerana itulah, masa depan ekonomi negara kita boleh dipacu dengan memberikan mandat kepada PAS/PN. Ribuan profesional dalam PAS yang berintegriti lebih baik daripada BN yang telah hilang nilai integritinya. 

Maka, satu undi saya kepada PAS/PN.

Ahmad Fahmi Mokhtar 

#PASTerengganu #TeguhPertahan #MalaysiaSejahtera #BersihDanStabil #TerengganuMajuBerkatSejahtera

No comments

Powered by Blogger.