Allahu Akbar! Harakah dibenar terbit 2X seminggu, takbir!!

Listed by -mbo -

Oleh sripetaling
Tiada ungkapan yang mampu diungkapkan melainkan mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t ke atas peristiwa yg besar ini! Kemenangan demi kemenangan diberikan oleh Allah s.w.t kepada Parti Islam Semalaysia PAS! waliLLAHIl lhamd! Allahu Akbar! Siapa yang tidak gembira ketikamana membaca berita malaysiakini yang merakamkan:

"Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya."

Dalam masa yang sama juga kita hendaklah senantiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah agar keadaan ini berterusan...InsyaAllah.

malaysiakini melaporkan:

Harakah dibenar keluar dua kali seminggu
Abdul Rahim Sabri | Jun 24, 08 11:10am

Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam. Pada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Ahmad Lutfi juga menyambutkan keputusan kerajaan meluluskan permohonan Harakah untuk dikeluarkan dua kali seminggu.

No comments

Powered by Blogger.