Sistem Pendidikan Negara dan Persepsi Masyarakat Terhadap Pelajar

pemikiranmahasiswa writes " Sistem Pendidikan Negara dan Persepsi Masyarakat Terhadap Pelajar, Satu Penilaian.

Dalam titahnya,Raja Muda Perak,Raja Dr Nazrin Shah berkata, sistem pendidikan yang berorientasikan hafalan menghalang para pelajar daripada meneroka ilmu pengetahuan dan gagal menghayati falsafah pendidikan negara, baginda juga berkata sebuah Negara akan menjadi maju dengan menghargai setiap potensi pelajar dan rakyatnya, setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam membangunkan Negara.



Jika kita melihat pada sistem pendidikan di Malaysia, ia adalah system yang berorientasikan perperiksaan dan hafalan semata-mata, persoalannya adakah potensi sebenar seseorang pelajar dapat dinilai hanya dengan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam perperiksaan?.

Pelajar-pelajar sekarang lebih mementingkan keputusan yang cemerlang di dalam perperiksaan daripada kemahiran yang lain. Kesannya lahirlah para graduan yang hanya menjadi ulat buku, mereka tidak dapat bersaing untuk mendapat perkerjaan apabila sudah bergraduan, walaupun mereka cemerlang dengan mendapat ijazah kelas pertama atau sebagainya.

Dimanakah silapnya?, adakah sistem pendidikan atau persepsi masyarakat yang mengatakan kecemerlangan di dalam perperiksaan sahajalah menjadi satu kayu ukur kepada kecemerlangan kesuruhan individu itu?. Masyarakat juga memandang para pelajar yang mengambil jurusan yang kompetitif seperti perubatan,farmasi dan kejuruteraan sebagai satu kejayaan yang membanggakan sehinggakan kursus-kursus lain dipandang enteng sahaja. Tidakah masyarakat sedar bahawa untuk menjadikan sesebuah Negara itu perlu ada keseimbangan dalam semua aspek.Setiap individu mempunyai tugas dan tangunggjawab masing-masing.

Melihat pada perkara ini, seharusnya persepsi masyarakat patut diubah. kejayaan seseorang tidak dapat dinilai secara keseluruhannya hanya dengan keputusan perpperiksaan. Sistem pendidikan negara seharusnya tidak terlalu berorientasikan perperiksaan kerana ini akan melahirkan mahasiswa yang static dan tidak dapat berfikir secara analitikal dan kreatif.

No comments

Powered by Blogger.