‘BNBBC boleh hukum saya’

KUALA LUMPUR 27 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) agar menghukumnya jika merasakan beliau bersalah kerana mengutuk ahli-ahli kelab itu sebagai “kebudak-budakan dan dari kelab samseng.”

Malah, Mohamed Nazri menegaskan, Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing juga boleh menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar memecatnya sebagai menteri.

‘‘Kalau beliau (King Sing) ingin mengambil tindakan terhadap saya, maka keputusan yang mereka buat itu biarlah satu keputusan yang boleh menghukum saya, kalau saya telah melakukan kesilapan.

‘‘Seperti minta Perdana Menteri memecat saya daripada menjadi menteri. Kalau mereka tidak boleh membuat keputusan, lebih baik Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BNBBC kerana cakap besar, tak boleh nak tunaikan apa yang dikatakan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai tindakan BNBBC membidas Mohamed Nazri kerana melabelkan anggotanya yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen pada Selasa lalu sebagai “kebudak-budakan dan dari kelab samseng.”

King Sing berkata, wakil rakyat BN merasa terhina kerana dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.

Mohamed Nazri memberitahu, beliau akan menunggu tindakan susulan daripada BNBBC pada Isnin ini ekoran komen terbarunya itu.

‘‘Kalau tidak boleh tunaikan, jangan bercakap sembarangan dengan media,’’ tegas beliau.

Jelas Mohamed Nazri, BNBBC bukan satu badan yang diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia atau Peraturan Mesyuarat

utusan malaysia

No comments

Powered by Blogger.