budak hitam bersuara sumbang....beruk j

Selepas orang no 1 dan 2 saling nafi dan menafikan penglibatan mereka dalam kes DSAI II, kini menantu orang no 1 a.k.a budak nakal tingkat 4 mula bersuara.

Telah diketahui umum bahawa budak yang satu memang suka menggunakan isu liwat ini sejak dari dulu kini dan selama-lamanya, kini dia mula bersuara lagi katanya :‘ “Mungkin Anwar sendiri arah Saiful lapor untuk raih simpati rakyat" Khairy ‘ Oleh Utusan Isnin, 30 Jun 2008

Nada suara ini pernah didengar dalam KES DSAI I (1998), DSAI dituduh mencederakan matanya sendiri.

Budak nakal ini terlalu dangkal dan mentah pemikirannya, terlalu ghairah dan terlalu gelojoh dalam membuat kenyataan berbanding dengan lain-lain politikus yang lebih matang dan established. Kita belum mendengar mereka membuat komen-komen sebodoh ini.

Budak ini perlu belajar dan diajar. Jika semasa di Kubang Krian mempermainkan mizzan Allah dengan dacing BN dan membuat tuduhan bahawa Kelantan adalah negeri perasuah no satu, ini beliau menonjolkan lagi kebodohannya yang tidak setara langsong dengan status ‘graduan Oxford’.

Jika dalam tulisan yang lalu saya ada andaikan bahawa Paklah cuba menaikan imej budak ini dengan kenaikan harga minyak yang gila itu. Kini dia juga berfikir orang lain seperti dia dan bapa mertuanya menggunakan kesempatan untuk meindas rakyat untuk menaikan imej dan meraih popularit melalui tindakan wiranya, mencadangkan pemansuhan cukai jalan dan TOL.

Budak ini beranggapan semua orang bodoh dan bengal macam dia, jika dulu orang hanya mengandaikan ada seolah satu ‘grand design’ untuk menjatuhkan Najib apabila budak ini bersuara ianya seolah-olah memberikan satu pengesahan tidak resmi memang ada ‘grand design’ seperti itu dengan menuduh kononnya DSAI mengarahkan Saiful Bukhari membuat laporan ke atasnya dan menggunakan gambarnya di pejabat TPM.

Alangkah dangkal dan ceteknya pemikiran budah oxford ini. Kalau pun nak meraih simpati tak adakah cara lain. Maruah tuan maruah tidak boleh di jual beli, walaupun kita billionaire…….

Akhir Qalam : Berfikir sebelum bercakap, jangan fikir orang semua tak bermaruah seperti kamu.

No comments

Powered by Blogger.