Mufti Perlis masuk DAP

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyampaikan pesanan berupa nasihat kepada Mufti Kerajaan Perlis , Mufti paling muda dalam dunia, Dr Mohd Asri Zainul Abidin :

”Seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan." Lihat sini

"Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan Dato' Nik Aziz. Saya lihatnya dari sudut positif cuma kedudukan saya sebagai Mufti, rasanya tidak sesuai. Lagipun saya belum bersedia," kata Asri.

“Saya belum dan tidak menyertai mana-mana politik, tapi sebenarnya saya sudahpun masuk daerah atau sempadan politik bila saya memberi pandangan tentang isu-isu politik.” tambah Asri lagi di sini

Mufti Perlis, sepertimana pengakuannya bahawa beliau tidak menyertai mana-mana parti bolehlah dianggap sebagai 'orang DAP' - orang 'Di Atas Pagar'

Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya telah menyarankan Mufti Perlis, Mohd Asri agar menyertai parti politik bagi meluaskan dakwah dan syiar Islam.

”Sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong. Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan. Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata.” pesan Tok Guru.

Dalam responnya, Asri menyatakan masanya belum tiba lagi dan dia perlukan kekuatan politik yang 'luar biasa' bukan sekadar jadi orang pinggiran untuk jadi 'gergasi politik'

Nampaknya Asri lebih mementingkan perjawatan.Dia amat sayangkan jawatan yang dianugerahkan atas cadangan bekas MB Perlis dulu, Shahidan Kasim untuk menjawat jawatan Mufti Negeri.Dia hanya akan terjun kedalam bidang politik sekiranya mendapat tawaran untuk jadi ‘gergasi politik’!

Mungkinkah Asri sedang menanti-nantikan tawaran seperti mana yang pernah diperolehi oleh bekas Imam masjid Negara dahulu Datuk Pirdaus Ismail atau seperti Primadona Hadhari Dr Mashitah Ibrahim ?Nasihat saya pada Asri yang suka cakap macam tin kosong tu, cuma satu sahaja - jaga-jaga sikit bila berkawan dengan Pirdaus tu sebab dia suka tendang tin kosong!

http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.