Berita Lawak! 1malaysia Muhyiddin Sembab Nak Tipu!

Pusat tak pernah aniaya Kelantan: Muhyiddin

MUNYONYO (Uganda): Kerajaan Pusat tidak pernah menganiayai kerajaan mana-mana negeri yang diperintah pembangkang termasuk Kelantan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Kerajaan Pusat telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di sini hari ini.

Sambil mengambil contoh peruntukan untuk negeri Kelantan, beliau berkata Kerajaan Pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kita tak pernah abaikan Kelantan. Misalnya kerajaan Persekutuan menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membantu kerajaan Kelantan membiayai projek bekalan air bersih.

"Sebenarnya tidak ada negeri pun yang dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya daripada segi tanggungjawab pusat kepada negeri, kita telah laksanakannya," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa kerajaan Kelantan hanya mahu merapatkan hubungan dengan Kerajaan Pusat dan bukan dengan Umno, Muhyiddin berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri tidak boleh dielakkan.

"Secara langsung atau tak langsung mesti ada kerjasama...tak boleh dielakkan kerana dasar kerajaan BN ialah pembangunan untuk semua.

"Memang agak sukar untuk membezakan kerjasama Barisan Nasional dan kerajaan negeri. Kita tidak boleh asingkan. Lebih baik, contohnya, kalau kita ada persefahaman daripada segi soal politik, barulah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan boleh jalin kerjasama," katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan kerjasama di peringkat kerajaan sahaja tanpa kerjasama politik sebagai sesuatu tidak wajar dan tidak pernah berlaku.

"Jadi terserah pada mereka (kerajaan Pas Kelantan). Kita berniat baik dan kita buat benda yang baik. Itu tujuan kita respon untuk kebaikan bukan untuk faedah parti...bukan untuk pemimpin tetapi untuk negara.

"Bila kita cakap (beri reaksi), dia (Nik Aziz) cakap lain pula...saya tidak tahu mana satu yang betul," katanya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.