Pembukaan Kawasan Perlombongan Pasir Baharu Bakal Atasi Kes Kecurian

Hulu Selangor,27 Julai - Daerah Hulu Selangor adalah antara kawasan yang paling kerap berlaku kes kecurian pasir menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.

Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, ini kerana kumpulan curi pasir ini didapati lebih cekap memantau pengawasan pihak berkuasa.

Justeru, katanya kerajaan negeri menyegerakan pembukaan kawasan baharu pengeluaran pasir di daerah ini bagi mengurangkan kegiatan curi pasir di tanah-tanah milik kerajaan.

“Hari ini saya merasmikan kawasan ini dan kenapa saya memilih kawasan ini ,kerana selama ini kegiatan curi pasir tidak dapat dikawal disini.Jadi sekarang kita kawal tempat ini melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan operasi curi pasir dapat dikawal 100 peratus.”

Kawasan seluas kira-kira 50 hektar ini akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Yaakob berkata, kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen mengeluarkan pasir di kawasan terbabit sejak awal tahun ini

Beliau berkata, operasi perlombongan pasir ini dibahagikan kepada dua bahagian dan akan diusahakan oleh dua kontraktor yang dilantik. Mereka juga bertanggungjawab memastikan tiada kerosakan atau pencemaran disebabkan kegiatan itu.

“Hari ini juga kita mulakan dengan 50 ekar bermula sebelah sana dan sini agar kawasan ini dapat dikendalikan dengan baik bagi mengawal kekirisan kerana banyak berlaku kecurian menyebabkan pendapatan negeri akan menurun atau mungkin tidak dapat langsung.Kedua kawalan alam sekitar,kalau kita lihat disebelah sana tebing sungai didapati pecah dan menyebabkan air sungai itu masuk ke kawasan tanah persendirian dan lombong di tanah milik kerajaan,sekarang kita mahu betulkan semula elemen sungai itu supaya operasi perlombongan ini tidak mencemarkan sungai.”

Yaakob Sapari turut menekankan teknik perlombongan yang betul supaya operasi membekal pasir ini dapat diuruskan secara konsisten dan harga pasaran bagi pasir terus stabil.

No comments

Powered by Blogger.