Tuan Guru Awang Adek Adalah Tuan Guru Yang Tulen Dari Kelantan!



Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.

Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.

"Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.

"Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama).

"Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.


nak tanya tok guru awang adek, mana janji yang tok guru tabur kat bachok dulu? patut la sekarang dah pandai sound tok guru nik aziz! jangan kencing la la awang adek. rakyat kelantan doh kenal perangai mu!

No comments

Powered by Blogger.