Orang ramai dijemput meriahkan Festival Muzik Terunggul Selangor 2009

SHAH ALAM, 28 Julai - Orang ramai khususnya warga Selangor dijemput hadir memeriahkan Festival Muzik Terunggul Selangor 2009, yang bakal berlangsung mulai 1 hingga 9 Ogos ini di enam lokasi terpilih di sekitar Shah Alam dan Subang Parade.

Festival julung kali yang diadakan itu merupakan hasil ilham Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan direalisasikan oleh Tourism Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang festival berlangsung antaranya pertandingan pancaragam, konsert kugiran, persembahan kebudayaan, pameran kereta mini klasik serta lain-lain lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa berkunjung ke program itu bagi memeriahkan acara yang disediakan selain menyemarakkan lagi muzik serta permainan rakyat.

Masuk adalah percuma.

No comments

Powered by Blogger.