Hala Tuju 10 Tahun UNISEL:Giat Program Pemantapan Reputasi Akademik
SHAH ALAM, 28 Julai - Selepas 10 tahun ditubuhkan, Universiti Industri Selangor (UNISEL) akan mempergiatkan lagi pelbagai program pemantapan reputasi akademiknya, mulai tahun ini.
Timbalan Naib Canselor Akademik Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pelbagai program telah disusun sebagai hala tuju Unisel untuk lebih berdaya saing mencapai sasaran kecemerlangan akademik.
Antaranya, menggalakkan lebih banyak program penyelidikan dan rekacipta inovasi, penambahan staf akademik berstatus professor, dan menganjurkan lebih banyak seminar di peringkat kebangsaan dan persidangan bertaraf dunia.
Katanya, pengambilan tenaga pengajar adalah satu aspek yang penting dalam hala tuju ini dan menetapkan satu polisi baru iaitu pemilihan pensyarah-pensyarah yang berkelulusan PHD.
“Kita dalam proses untuk mengambil pensyarah-pensyarah baru dan polisi untuk menentukan hala tuju ini adalah mengambil pensyarah baru yang mempunyai PHD sahaja, bagi yang tiada PHD sebagai penolong atau pembantu pensyarah dan professor terkenal akan di rekruit ke setiap fakulti,” katanya.
Disamping itu, sebanyak 87 program yang ditawarkan di Unisel setakat ini menunjukkan prestasi kuantiti pelajar yang menggalakkan, begitu juga dengan kualiti.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di kampus Shah Alam Seksyen 7, hari ini.
Di samping itu, buat julung kalinya tahun ini Unisel akan bekerjasama dengan universiti dari Indonesia untuk mengadakan seminar bertajuk ‘The First Two-In-One UNISEL-MALAYSIA hosting both 1st Malaysia-Indonesia Private University Industry Linkages Conference dan 2nd World Conference Of International Entrepreneur and Family Business 2009.
Menurut Pengarah Institut Kerjasama Malaysia-Indonesia, Profesor Madya Dr Mohd Zaidi Hajazi, seminar yang bermula pada 29 Oktober hingga 1 November depan, dihadiri pelajar dari Sulawesi dan Surabaya Indonesia serta pelajar Malaysia, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“ Apa yang menarik tentang seminar ini adalah ia merupakan satu seminar yang julung kali diadakan untuk mewujudkan hubungan yang baik kedua-dua buah Negara dan melalui seminar ini akan merapatkan hubungan antara satu sama lain dengan hubungan lebih baik,” katanya.
Turut hadir pada sidang media ini, wakil dari Universitas Widyatama Indonesia, Dr Petrina Faustine. - ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment