Sekat Ibrahim Ali daripada cetuskan huru-hara
(Hrkh) - Tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.
Demikian ulasan yang diberikan oleh Senator Ir. Zamri Yusuf yang juga merupakan Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah kepada Harakah ekoran tindakan Ibrahim yang mahu menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada 1 Ogos nanti.
"Saya menyeru agar beliau segera menginsafi bahawa tindak tanduk beliau sebelum ini, dan sekarang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.
"Terkini, beliau seolah-olah mengugut utk menimbulkan huru-hara ketika rakyat berhimpun dan menghantar memorandum suara hati rakyat, yang tidak redha dengan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain yang sepertinya," ujar Zamri.
Menurutnya lagi, Ibrahim harus lebih rasional dan insaf dengan suasana kebangkitan dan kesedaran rakyat. Keperihatinan jelas di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan sebagai penguasa, menyalahgunakan undang-undang zalim seperti ISA mesti segera dimansuhkan.
Rakyat, katanya akan turun berhimpun menggunakan hak dan peruntukan perlembagaan sebagai rakyat negara merdeka, untuk menyatakan pendirian bahawa, kezaliman dan penindasan keatas rakyat harus segera dimansuhkan.
"Saya menyeru kepada sukarelawan Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar menyediakan petugas mencukupi, serta mengingatkan rakyat yg berhimpun supaya peka dengan provokasi yang mungkin diadakan dan disengajakan oleh pihak yg cuba menimbulkan huru-hara pada perhimpunan aman 1 ogos nanti.
"Ini susulan kepada sambutan yg begitu menggalakan dari kalangan rakyat seluruh malaysia, dengan jangkaan kehadiran boleh mencecah 500,000 orang," ujarnya.
Senator Zamri menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menunjukkan sikap sebenar, bahawa mereka bersedia mengkaji Akta ISA, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini.
"Malah saya juga meminta agar KDN mengelakkan kalangan pengikut Ibrahim Ali dari menghampiri tiga lokasi himpunan aman serta Istana Negara, kerana tujuan mereka tidak sesuai dengan sikap KDN yang telah bersedia untuk mengkaji Akta ISA dan undang-undang yang telah tidak relevan ketika ini, khususnya yang melanggar Hak Asasi Rakyat sebuah negara merdeka seperti Malaysia," tegasnya.

No comments
Post a Comment