Guru berpolitik?…..Tak kisah pun, kata pembangkang

Oleh Staf FMT

KUALA LUMPUR: Parti-parti pembangkang menganggap "tidak ada benda baru" mengenai pengumuman semalam membenarkan guru-guru gred DG41 dan DG48 melibatkan diri dalam politik.

Kedua-dua PAS dan PKR berkata, pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan hanya mengesahkan secara rasmi dasar yang sedia ada "yang menguntungkan Barisan Nasional (BN)".

"Jika mereka (guru-guru) perlu kepada pengesahan daripada ketua-ketua mereka bermakna mereka tidak bebas. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja yang akan mendapat kelulusan.

"Mereka yang menyokong pembangkang hanya menanti untuk didenda. Akhirnya tidak ada kebebasan," kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.

Sidek dilaporkan berkata, mulai 1 Ogos, guru-guru sekolah kerajaan dalam gred DG41 dan DG48 boleh mengambil bahagian dalam politik secara aktif.

Bagi tujuan ini katanya, Yang diPertuan Agong memperkenankan pindaan ke atas Peraturan 21 Penjawat Awam (Tata Tertib dan Disiplin) 1993. Usaha sedang dijalankan bagi menggazet pindaan terhadap Peraturan tersebut.

Sekarang ini, Peraturan 21 (2) menghadkan penglibatan dalam politik untuk Kumpulan Sokongan sahaja.

Hanya politik BN sahaja

Zaid 3 Pegawai-pegawai ini boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik untuk sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik dengan syarat mereka terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada ketua pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam atau ketua setiausaha kementerian yang berkenaan.

Dengan pindaan itu, semua pegawai pelajaran, selain daripada gurubesar dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan pentadbiran di mana-mana agensi kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik selagi mereka mendapat kelulusan bertulis daripada ketua setiausaha Kementerian Pelajaran.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyatakan reaksi beliau melalui Twitter, berkata, "Para pendidik dan kerajaan hanya boleh aktif dalam politik BN sahaja dan bukan dalam parti-parti lain.

Beliau yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkata, langkah ini hanya bersifat pengesahan secara rasmi amalan ini dan tidak memeranjatkan.

No comments

Powered by Blogger.