Polis Nafi Luna & Ariel Akan Nikah Di Penjara

JAKARTA: Lawatan ibu Luna Maya, Desa Maya, ke balai polis menguatkan gosip Luna dan Ariel akan bernikah di penjara. Namun, polis menafikan gosip tersebut.

Pegawai polis, Marwoto berkata, gosip itu adalah tidak benar dan jika mereka mahu bernikah, majlis berkenaan hendaklah dibuat di luar tempat tahanan.

"Itu semua tidak betul. Sekarnag fokus kami untuk kes vidoe lucah Ariel dan bukan mengenai mereka hendak menikah," kata Marwoto kepada portal Inilah.com, Selasa.

Mengenai lawatan Desa Maya ke balai polis, Marwoto mengaku dia tidak pasti tujuannya.

Namun katanya, kedatangan Desa bukan untuk membicarakan pernikahan anaknya dengan Ariel.

"Mungkin hanya ingin jenguk Ariel," ujar Marwoto.

No comments

Powered by Blogger.