Janji beri tanah menang PRU-13, hanya janji kosong Pas - MB Pahang

KUANTAN 26 Jan. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji Pas untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak mustahil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

"Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?.

"Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. — BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.