Kahkahkahkahkah... Rendahnya IQ Menteri

Israel: Pas patut keluar Pakatan, kata Umno

SUNGAI BULOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata, adalah lebih baik Pas keluar dari Pakatan Rakyat – yang dianggotai Pas-PKR-DAP daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal.

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah Pas keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Pas perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.

No comments

Powered by Blogger.