Ronnie nafi dakwaan Hasan Ali jadi wakil MB

Oleh: RISWANDI RAZAK

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menafikan dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakilkan beliau bagi meyelesaikan isu kepala babi di sebuah masjid di Rawang.

Menurutnya, beliau sememangnya hadir di masjid berkenaan sejurus mendapat maklumat insiden yang berlaku di Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, 31 Januari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu menjelaskan, kehadiran beliau adalah atas keprihatinan dan inisiatif sendiri tanpa mewakili menteri besar.

“Dakwaan itu tidak benar, saya prihatin dengan mengambil inisiatif melawat masjid dan cuba memahami isu ini.

“Saya juga telah meminta Adun kawasan terbabit untuk memberi segala bantuan kepada ahli jawatankuasa masjid termasuk dari aspek meningkatkan keselamatan,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Hasan bahawa Abdul Khalid selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam telah mewakilkan Liu untuk berbincang dengan ahli jawatankuasa kuasa masjid berkenaan ekoran isu kepala babi.

Semalam. Hasan menegaskan, sekiranya maklumat tersebut yang diperolehi menerusi panggilan telefon itu benar, beliau menggesa agar satu bantahan besar-besaran diadakan.

Menurutnya, tindakan menteri besar selaku Exco hal Ehwal Agama Islam telah melanggar hukum syariah dan mencabar nilai-nilai insan.

Hasan, yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan itu akan memberi implikasi besar terhadap masa depan negara sekiranya Pakatan Rakayat (PR) terus diberi mandat memerintah Selangor selain menawan Putrajaya.

No comments

Powered by Blogger.