Aliff dibebaskan dengan jaminan polis
BELLA ketika ditemubual wartawan Harian Metro petang semalam. Gambar kecil, Aliff Aziz. FOTO Saiful Iskandar
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my
PENYANYI dan pelakon berasal dari Singapura, Aliff Aziz, 26, yang ditahan semalam atas kesalahan memukul isteri dalam pantang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek akan diberi jaminan hari ini berikutan siasatan kes sudah selesai.
Katanya, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.
Hari ini, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan artis itu yang membelasah isterinya di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras susulan dari penemuan lelaki itu bersama wanita lain dalam satu bilik karaoke.
Bella Atillah, 23, isteri artis itu menjadi tidak puas hati dan berlaku pertengkaran mulut sebelum wanita itu merakam gambar suaminya bersama wanita di dalam bilik berkenaan.
Akibatnya, wanita itu yang baru melahirkan anak sulung 20 hari lalu dipukul artis berkenaan hingga cedera di muka dan lutut.
Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
No comments
Post a Comment